omniture

Peranti Mudah Alih ialah GOAT (Greatest of All Time) atau Terhebat Sepanjang Zaman

App Annie
2022-01-12 16:15 16

Mencatatkan 3.8 Trilion Jam Digunakan pada Peranti Mudah Alih pada Tahun 2021, Mengikut App Annie 

SAN FRANCISCO, 12 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Peranti mudah alih terus mendominasi apabila pengguna menghabiskan masa selama 3.8 trilion jam pada peranti mudah alih pada tahun 2021, menurut App Annie, syarikat analisis dan data mudah alih terkemuka yang membantu jenama dan penerbit mencipta pengalaman yang menarik. Syarikat ini mendedahkan beberapa trend tentang cara dunia terus bergerak ke arah peranti mudah alih dalam laporan Kedudukan Peranti Mudah Alih 2022

"Peranti mudah alih ialah Terhebat Sepanjang Zaman dan peranti pilihan masa depan," kata Theodore Krantz, Ketua Pegawai Eksekutif. "Skrin besar perlahan-lahan akan lenyap apabila peranti mudah alih terus memecahkan rekod secara maya pada setiap kategori - masa penggunaan, muat turun dan pendapatan."

Tahun 2021 merupakan tahun yang mencatatkan rekod kerana para pengguna kekal menerapkan gaya hidup mudah alih. Dalam 10 pasaran mudah alih terbaik, terdapat penemuan memeranjatkan iaitu sebanyak 4.8 jam sehari telah digunakan untuk peranti mudah alih. Pengguna membelanjakan sebanyak $170 bilion pada aplikasi, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 19% berbanding tahun lepas. Muat turun terus meningkat sebanyak 5% dari tahun ke tahun yang mencapai jumlah sebanyak 230 bilion.

Penemuan tambahan termasuk:

  • Penerbit telah mengeluarkan sebanyak 2 juta aplikasi dan permainan baharu yang menjadikan jumlah kumulatif kepada 21 juta
  • Walaupun terdapat IDFA, perbelanjaan pengiklanan berjumlah melebihi $295 bilion, peningkatan sebanyak 23% dari tahun ke tahun dan dianggarkan bernilai melebihi $350 bilion pada tahun hadapan
  • Permainan mudah alih telah meningkat kepada $116 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15% yang didorong oleh pilihan kepada kasual hiper
  • Aplikasi memperoleh pendapatan melebihi $100 juta dalam perbelanjaan pengguna yang telah meningkat sebanyak 20%
  • Diterajui oleh TikTok (peningkatan sebanyak 90% di seluruh dunia selain daripada China), 7 daripada setiap 10 minit telah digunakan untuk sama ada aplikasi sosial, foto dan/atau video
  • Perbelanjaan pengguna di seluruh dunia bagi aplikasi cari jodoh telah meningkat melebihi $4.2 bilion (peningkatan sebanyak 55% berbanding tahun 2019)
  • Masa yang digunakan dalam aplikasi beli-belah mencapai 100 bilion jam, peningkatan sebanyak 18% dari tahun ke tahun, diterajui oleh fesyen pantas, beli-belah sosial dan syarikat fesyen terkemuka
  • Aplikasi Makanan dan Minuman mencapai pencapaian baharu dengan 194 bilion sesi pada tahun 2021 (peningkatan sebanyak 50% dari tahun ke tahun)
  • Metaverse melonjakkan aplikasi avatar terkenal ke hadapan dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 160%

"Peranti mudah alih mendekatkan kita sama ada secara maya atau peribadi," kata Krantz. "Masa depan akan berdasarkan pengalaman hiburan yang mengasyikkan yang anda cipta. Anda tidak akan menonton filem, sebaliknya anda yang akan membintangi filem tersebut."

Laporan Kedudukan Peranti Mudah Alih pada tahun ini mengenal pasti trend makro supaya jenama dan penerbit terkemuka dapat memberikan prestasi optimum di seluruh permainan, teknologi kewangan, peruncitan, sosial, video dan pelbagai lagi. Sila baca laporan penuh di sini. 

Tentang App Annie:
App Annie ialah piawaian untuk peranti mudah alih. Misi kami adalah untuk menjadi yang pertama menyatukan data pengguna dan pasaran bagi menjana pemahaman dan hasil yang memanfaatkan kuasa AI sepenuhnya. Kami menyampaikan pengalaman digital yang menarik kepada lebih 1,300 pelanggan perusahaan dan lebih 1 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia. Syarikat ini beribu pejabat di San Francisco dan telah ditubuhkan pada tahun 2010.

 

Source: App Annie
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Survey, Polls & Research Data Analytics Financial Technology