omniture

Xinhua Silk Road: Wuhu Timur China hargai inovasi, beri sokongan komprehensif kepada perniagaan

Xinhua Silk Road
2022-01-13 11:16 108

BEIJING, 13 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Bandar Wuhu di Wilayah Anhui, timur China menampilkan nilai intrinsik inovasi yang membimbingnya untuk mewujudkan persekitaran yang memberi sokongan dan inklusif untuk badan-badan inovatif, lalu membawa kepada laluan pembangunan swakonsisten, kata Shan Xiangqian, ketua Parti Wuhu

Foto menunjukkan Shan Xiangqian, Ketua Parti Bandar Wuhu di timur Wilayah Anhui China.
Foto menunjukkan Shan Xiangqian, Ketua Parti Bandar Wuhu di timur Wilayah Anhui China.

sebagai sub-pusat wilayah, Wuhu merupakan bandar yang memiliki KDNK kedua tertinggi di Wilayah Anhui. Dalam tiga suku pertama tahun 2021, bandar ini menyaksikan kadar pertumbuhan KDNK mencecah 13.6 peratus, yang tertinggi antara bandar-bandar di wilayah Delta Sungai Yangtze.

Kenderaan berpandukan inovasi, tenaga-baharu dan terhubung secara pintar telah menjadi industri terunggul Wuhu dengan 311 perusahaan industri melebihi saiz yang ditetapkan berhimpun di bandar ini, menjadikan nilai keseluruhan mencecah hampir 130 bilion yuan (kira-kira 20.39 bilion dolar A.S.). Dengan tujuh platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) peringkat kebangsaan dan 77 platform peringkat wilayah, bandar ini telah membentuk rantaian industri lengkap yang menampilkan firma-firma utama termasuk Chery Automobile.

Tatkala bandar Wuhu berusaha untuk memupuk syarikat-syarikat inovatif yang cemerlang, ia mendapat inspirasi daripada usaha inovasi yang turut dibuat oleh perusahaan, ujar Shan. Menerusi pelaburan R&D yang menyumbang sebanyak 3.34 peratus daripada jumlah keseluruhan, bandar ini bermatlamat untuk menghimpunkan lebih 2,000 perusahaan berteknologi tinggi dan 2,500 perusahaan industri melebihi saiz yang ditetapkan menjelang tahun 2023.

"Sama ada sesebuah syarikat memilih untuk menetap di sebuah bandar akhirnya berkaitan dengan potensi untuk menjana keuntungan," kata Shan, menjelaskan mengapa peningkatan keuntungan korporat merupakan tumpuan utama dalam usaha Wuhu untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Wuhu memperkenalkan beberapa langkah inovatif untuk menambah baik persekitaran perniagaan. Sebagai contoh, bandar ini telah menubuhkan sembilan kumpulan kerja dalam bidang-bidang yang berbeza untuk membantu syarikat-syarikat meningkatkan keuntungan mereka melalui kajian yang mendalam terhadap 300 syarikat tempatan yang utama.

"Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan pelaksanaan dasar semudah membeli belah secara dalam talian," kata Shan, menyatakan bahawa bandar ini akan mencuba yang terbaik untuk menyediakan perkhidmatan kepada perusahaan tempatan. "Walaupun tiada satu syarikat pun yang dapat mewakili Wuhu sepenuhnya, mereka bersama-sama dapat membentuk intipati bandar ini," kata beliau.

https://en.imsilkroad.com/p/325892.html


 


Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis