omniture

DAPPER LABS DAN UFC MELANCARKAN 'UFC STRIKE': SATU PENGALAMAN NFT BAHARU UNTUK PARA PEMINAT MMA DI MANA-MANA SAHAJA

Dapper Labs, Inc.
2022-01-21 20:59 142

Pengalaman Koleksi Digital Eksklusif akan Menampilkan Detik Ikonik dan Sorotan Video Mendebarkan daripada Pertarungan Epik UFC

Pek pertama akan Dilancarkan pada hari Ahad, 23 Januari 

VANCOUVER, BRITISH COLOMBIA dan LAS VEGAS, 21 Januari 2022 /CNW/ - UFC®, organisasi seni mempertahankan diri campuran yang unggul di dunia dan Dapper Labs, pembuat NBA Top Shot dan NFL ALL DAY, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi produk koleksi NFT mereka yang amat dinanti-nantikan, UFC Strike.  Pengalaman koleksi serba baharu ini tersedia kepada para peminat bermula pada pukul 2 petang ET/ 11 pagi PT pada hari Ahad, 23 Januari, buat pertama kalinya akan memberikan peluang kepada para peminat MMA untuk memiliki detik-detik perjuangan yang paling epik yang pernah diperkatakan dalam sejarah UFC. 

Dilancarkan dahulu sebagai tawaran terbuka sebanyak 200,000 jumlah pek, UFC Strike akan bermula dengan pusingan pertama sebanyak 100,000 pek "Fully Loaded", yang terdiri daripada tiga NFT Moments yang merakam kemasan yang luar biasa dan paparan menyerang dan bergelut yang menakjubkan daripada pejuang UFC seperti Francis Ngannou, Amanda Nunes, Kamaru Usman, Rose Namajunas, Derrick Lewis, Justin Gaethje dan ramai lagi. NFT Moments ini akan menyertakan syot aksi terbaik dari pelbagai sudut kamera, ulasan juruhebah dan respons orang ramai daripada pertarungan sebenar – Dapper Labs terlebih dahulu – untuk menghidupkan lagi pengalaman tersebut. Dengan kandungan audio dan video yang mantap, setiap UFC Strike Moment NFT direka bentuk untuk merakam, mengingati dan meraikan kejadian tertentu daripada sejarah UFC.

"Dapper Labs ialah inovator dalam bidang ini yang mewujudkan industri yang tidak wujud beberapa tahun yang lalu," kata Naib Presiden Kanan Produk Pengguna Global UFC, Tracey Bleczinski.  "Visi syarikat tersebut untuk potensi produk ini adalah penyebab UFC memilih Dapper Labs sebagai rakan kongsi NFT pertamanya.  Kami teruja kerana akhirnya dapat menawarkan koleksi digital yang luar biasa ini untuk memperkayakan pengalaman UFC kepada para peminat kami."

Untuk mengakses tawaran terbuka permulaan ini, para peminat hanya perlu melayari ufcstrike.com di mana mereka akan dapat menyertai barisan tersebut untuk berpeluang membeli pek (sementara stok masih ada) pada harga USD50.00.  Ketika UFC Strike terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang, pengalaman ini akan merangkumi keluaran tambahan yang sejajar rapat dengan kalendar acara UFC. Ia juga akan merangkumi ciri-ciri tambahan seperti pasaran rakan ke rakan bagi para peminat untuk berhubung, membeli dan menjual Moments mereka. 

Berikutan tawaran awal pada 23 Januari, pusingan kedua pek "Fully Loaded" UFC Strike berharga USD50.00 akan tersedia kepada peminat (sementara stok masih ada) bermula pada pukul 2 petang ET/ 11 pagi PT pada hari Isnin, 31 Januari.

"Dapper Labs telah mempercepat langkah ke Web3 dengan membina aplikasi dan platform baharu yang membolehkan pengalaman pengguna yang hebat untuk jutaan peminat. Bekerjasama dengan UFC, salah satu sukan yang paling pesat berkembang di dunia dengan pangkalan peminat global yang terdiri daripada lebih 625 juta orang, adalah langkah seterusnya untuk membawa lebih banyak manfaat secara tidak berpusat sambil turut memberikan pengalaman yang bermakna kepada para peminat tegar UFC untuk mengumpul dan memiliki detik-detik yang penting kepada mereka," kata Caty Tedman, Ketua Kerjasama Dapper Labs.

Untuk maklumat lanjut tentang pelancaran UFC Strike dan cara untuk membeli pek, sila layari: ufcstrike.com.

Tentang UFC® 

UFC® ialah organisasi seni mempertahankan diri campuran (MMA) yang unggul di dunia dengan lebih 625 juta peminat dan 178 juta pengikut media sosial. Organisasi ini menghasilkan lebih 40 acara langsung setiap tahun di beberapa buah gelanggang yang paling berprestij di dunia, sambil menyiarkannya kepada kira-kira 900 juta isi rumah yang menonton TV di lebih 170 buah negara. Atlet UFC menampilkan atlet MMA terbaik di dunia yang mewakili lebih 70 buah negara. Tawaran digital organisasi ini termasuk UFC FIGHT PASS®, perkhidmatan penstriman terkemuka di dunia untuk sukan pertarungan. UFC telah diambil alih pada tahun 2016 oleh syarikat sukan dan hiburan global, Endeavor bersama-sama pelabur strategik Silver Lake Partners dan KKR.  UFC beribu pejabat di Las Vegas, Nevada. Untuk maklumat lanjut, sila layari UFC.com dan ikuti UFC di Facebook.com/UFC, Twitter, Snapchat, Instagram dan TikTok: @UFC.

Tentang Dapper Labs

Dapper Labs ialah syarikat di sebalik NBA Top Shot dan rantaian blok Flow, yang menggunakan teknologi rantaian blok untuk membawa NFT dan bentuk penglibatan digital baharu kepada para peminat di seluruh dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, Dapper Labs telah memberi pegangan sebenar dalam permainan ini kepada para pengguna yang merupakan peminat dengan membawa mereka lebih dekat kepada jenama yang mereka sayangi, membangunkan komuniti yang terlibat dan menarik untuk mereka memberikan sumbangan serta menghasilkan laluan baharu untuk mereka sendiri menjadi pencipta. Rakan studio Dapper Labs pada masa ini merangkumi NBA, NBPA, WNBA, WNBPA, LaLiga, NFL, NFLPA, Warner Music Group, Ubisoft, Genies dan UFC. Pelabur terkemuka dalam Dapper Labs termasuk Andreessen Horowitz, Coatue, Union Square Ventures, Venrock, Google Ventures (GV), Samsung dan pengasas Dreamworks, Reddit, Coinbase, Zynga serta AngelList dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan misi Dapper Labs, sila layari dapperlabs.com.

 

Source: Dapper Labs, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Blockchain