omniture

Hisense Umum Keputusan Sepanjang Tahun 2021, Hasil Cecah Paras Tinggi Bersejarah sebanyak US$27.2 Bilion

Hisense
2022-01-24 09:05 197

QINGDAO, China, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Hisense mengumumkan keputusan kewangan 2021nya, menunjukkan jumlah hasil mencecah US$27.2 bilion, meningkat 33% berbanding tahun sebelumnya, yang mencatat rekod baharu bagi jumlah hasil; Hasil luar negara mencecah US$11.3 bilion, meningkat sebanyak 43% berbanding tahun sebelumnya, dengan hasil luar negara menyumbang sebanyak 42%, seraya menunjukkan kedudukan pasaran dominan Hisense dalam pasaran antarabangsa dan memberikan cerminan sepenuhnya keputusan cemerlang yang dicapai oleh Hisense selama bertahun-tahun dalam pembangunan perniagaan luar negara.

"Kami mengakhiri tahun 2021 dengan keputusan cemerlang, menerusi pertumbuhan hasil yang besar dan peningkatan produk dari segi kualiti dan reputasi. Dengan memfokuskan kepada kecekapan teknologi teras, menyediakan produk dan pengalaman pengguna yang sangat baik dan dalam masa yang sama melaksanakan strategi pemasaran yang hebat dan keupayaan pelaksanaan yang cekap, Hisense mencapai keputusan signifikan baik dalam perniagaan mahupun prestasi kewangan," kata Presiden Kumpulan Hisense Jia Shaoqian.

Jualan Paparan TV Hisense Meningkat dengan Pesat, Jumlah Jualan TV Laser Melonjak sebanyak 279%

Permintaan terhadap TV melonjak ketika trend "Di-rumah" meningkatkan jualan pawagam rumah beresolusi tinggi di bawah pengaruh pandemik. Hisense bertindak balas dengan cepat terhadap permintaan pasaran dengan keupayaan SCM global yang kukuh, meningkatkan pembuatan dan jualan barisan produk premium seperti TV ULED dan TV Laser bagi mencipta pengalaman tontonan yang hebat dan membawa keriangan kepada pelanggan semasa pandemik. Hasilnya, pada tahun 2021, TV Hisense mengalami lonjakan jualan global, dengan pertumbuhan hasil jualan TV wilayah AS melebihi 32.8%; Mexico melebihi 36.4%; jumlah jualan TV Laser Hisense luar negara meningkat 279% berbanding tahun sebelumnya. 

Sementara itu, Hisense Commercial Display turut menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada tahun 2021. Bandar Pintar Hisense dan perniagaan Pengurusan Lalu Lintas Bandar bertapak secara rasminya di Etiopia, Afrika, berserta Ultrabunyi, Paparan Perubatan dan beberapa paparan komersial lain digunakan beberapa kali di peringkat antarabangsa; Hisense Commercial Display mengalami pertumbuhan 323% berbanding tahun sebelumnya dalam hasil jualan luar negara setiap tahun.

Susun Atur Strategi Pemasaran Berbilang Dimensi Tingkatkan Kuasa Jenama, Kesedaran Jenama Melonjak sebanyak 11% 

Selain daripada pertumbuhan jualan yang mantap, Hisense turut memfokuskan kepada pembinaan reputasi jenama dan menjadi jenama global melalui pelbagai strategi pemasaran.

Sebagai contoh, Hisense melancarkan ribuan kempen pemasaran sekitar kemuncak EURO2020 di seluruh dunia. Menurut data terkini daripada IPSOS, melalui kempen pemasaran dan strategi penyetempatan, kesedaran global Hisense pada tahun 2021 meningkat dengan pesat sebanyak 11%, hasil jualan meningkat 64.7% di UK dan lebih 90% dalam pasaran Perancis dan Jerman. Hisense percaya bahawa dengan mematuhi strategi globalisasi dan menaja pemasaran sukan akan dapat meningkatkan kesedaran perusahaan, pengaruh dan memacu jualan.

Pada November 2022, Hisense juga merupakan penaja rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™. Melalui beberapa strategi pemasaran global yang taktikal dan menyentuh perasaan, Hisense percaya dan mengharapkan peningkatan ketara dalam kuasa jenama dan pertumbuhan jualan pada tahun 2022.

Pada tahun 2021, Hisense beroperasi dan menjual secara berterusan di lebih daripada 160 negara. Pada masa akan datang, Hisense akan berusaha untuk membangunkan teknologi dalam keupayaan B2B mahupun B2C, menyediakan perkhidmatan dan produk dengan standard tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna global dalam segenap aspek, lalu menjadi jenama yang paling dipercayai dan bernilai di seluruh dunia.

Hisense 2021 Financial Result
Hisense 2021 Financial Result

 

Hisense Global Awareness Up 11%
Hisense Global Awareness Up 11%

 

Hisense Laser TV Laboratory
Hisense Laser TV Laboratory

 

Source: Hisense
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Earnings