omniture

Jack Ma dan Cathy Zhang Sertai Penganjur Utama Hadiah Kejayaan Cemerlang dalam Sains Hayat Membawa Jumlah Keseluruhan Hadiah Tahunan kepada Enam dengan $3 juta Setiap Satu

Breakthrough Prize in Life Sciences Foundation
2013-09-28 01:28 152

-- Pencalonan Dalam Talian Bagi Hadiah Kejayaan Cemerlang dalam Sains Hayat 2014 Dibuka Sehingga 2 Oktober 2013

SAN FRANCISCO, 28 September 2013 /PRNewswire/ -- Yayasan Hadiah Kejayaan Cemerlang dalam Sains Hayat mengumumkan Jack Ma, pengasas Alibaba Group dan usahawan Internet berbangsa Cina yang terkenal, dan isteri beliau Cathy Zhang telah bersetuju untuk turut serta bersama para penaja utama Yayasan Hadiah Kejayaan Cemerlang dalam Sains Hayat (Sergey Brin dan Anne Wojcicki, Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan, dan Yuri Milner). Ini menjadikan jumlah keseluruhan hadiah tahunan kepada enam dengan $3 juta setiap satu. Semua hadiah akan diberikan bagi penyelidikan yang bermatlamat untuk mengubati penyakit yang sukar diubati dan melanjutkan kehidupan manusia dengan memberi perhatian khas terhadap penemuan terkini. Salah satu hadiah yang akan diberikan bertujuan khusus untuk menggalakkan kemajuan dalam penyelidikan penyakit Parkinson. Nama pemenang akan diumumkan sebelum akhir tahun 2013.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130926/NY87765 )

Di samping bantuan kewangan berkaitan dengan Hadiah itu, Yayasan ini turut mengumumkan Jack Ma telah bersetuju untuk berkhidmat sebagai pengarah dan menyertai Art Levinson (Pengerusi), Mark Zuckerberg, Anne Wojcicki dan Yuri Milner.

Pencalonan dalam talian bagi Hadiah Kejayaan Cemerlang 2014 ini telah dibuka pada 3 September 2013 dan masih diterima sehingga 2 Oktober 2013. Borang pencalonan dan syarat-syaratnya boleh didapati di: http://www.breakthroughprizeinlifesciences.org/nominations.

"Saya amat berbesar hati boleh memberi sumbangan untuk inovasi dalam bidang penyelidikan perubatan dan saya berharap ia boleh mengubah kehidupan orang ramai pada satu hari nanti," kata Jack Ma, Pengerusi Eksekutif Alibaba Group.

"Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Jack Ma ke projek ini. Ia merupakan berita baik bagi yayasan ini dan juga bidang sains perubatan: kini terdapat enam hadiah yang bernilai 3 juta dolar setiap satu untuk para penyelidik berinovatif yang terus berusaha memajukan bidang sains dan membantu menyelamatkan nyawa,"  kata Art Levinson, Ketua Pegawai Eksekutif Calico dan Pengerusi Apple Inc., Genentech, Inc., dan Yayasan Hadiah Kejayaan Cemerlang dalam Sains Hayat.

Bagi maklumat lanjut, hubungi:


Bagi Yayasan Hadiah Kejayaan Cemerlang dalam Sains Hayat
Oliver Phillips
Brunswick Group
+1-212-333-3810
ophillips@brunswickgroup.com

Bagi Jack Ma
John W. Spelich 
Alibaba Group
+852-9017-7444 
johnspelich@hk.alibaba-inc.com



+44-7590-976-334 
Media@breakthroughprizeinlifesciences.org


Tentang Jack Ma:

Jack Ma
Pengerusi Eksekutif, Alibaba Group

Jack Ma merupakan pengasas teraju Alibaba Group. Selepas kemunculan pertama syarikat itu pada tahun 1999, beliau berkhidmat sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutif untuk lebih satu dekad, dengan bertanggungjawab terhadap tumpuan dan strategi keseluruhan kumpulan ini. Pada 10 Mei 2013, beliau meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif, namun beliau masih menjadi pengerusi eksekutif dan terus membentuk pembangunan pengurusan dan strategi perniagaan Alibaba Group.

Jack, yang memegang ijazah sarjana muda Bahasa Inggeris daripada Institut Perguruan Hangzhou kini berkhidmat di lembaga Softbank Corp, syarikat maklumat digital yang meneraju dan didagangkan secara awam di Bursa Saham Tokyo. Beliau juga merupakan pengarah Syarikat Media Huayi Brothers, syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen. Pada tahun 2009, Jack menjadi pemegang amanah program Pemuliharaan Alam Semula Jadi China dan beliau menyertai lembaga pengarah global bagi organisasi itu pada tahun 2010. Sejak 11 Mei 2013, beliau telah berkhidmat sebagai pengerusi bagi lembaga pengarah Pemuliharaan Alam Semula Jadi China.

Tentang Yayasan Hadiah Kejayaan Cemerlang:

Yayasan Hadiah Kejayaan Cemerlang dalam Sains Hayat merupakan syarikat bukan untuk keuntungan yang dikhususkan untuk memajukan penyelidikan cemerlang dalam bidang sains hayat, meraikan ahli sains dan menggalakkan minat dalam bidang sains sebagai kerjaya. Maklumat tambahan tentang Yayasan ini dan penerima hadiah pada tahun 2013 boleh didapati di www.breakthroughprizeinlifesciences.org.

Pemenang bagi tahun 2014 akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Yayasan yang terdiri daripada penerima sebelumnya bagi Hadiah Kejayaan Cemerlang dalam Sains Hayat, termasuk:

  • Cornelia I. Bargmann
  • David Botstein
  • Lewis C. Cantley
  • Hans Clevers
  • Napoleone Ferrara
  • Titia de Lange
  • Eric S. Lander
  • Charles L. Sawyers
  • Bert Vogelstein
  • Robert A. Weinberg
  • Shinya Yamanaka
Source: Breakthrough Prize in Life Sciences Foundation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Not for profit