omniture

"CULTURE GATE to JAPAN"

CULTURE GATE to JAPAN Initiative
2022-01-28 10:27 160

Projek Komunikasi Budaya oleh Agensi Hal Ehwal Kebudayaan

Pameran Seni Media menggabungkan antara budaya Jepun tradisional dan teknologi untuk dipamerkan di Lapangan Terbang Haneda dan satu lagi lokasi lain bermula pada hari Rabu, 19 Januari 2022 

TOKYO, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun melancarkan projek promosi budaya inovatif yang dikenali sebagai "CULTURE GATE to JAPAN" di lapangan terbang Haneda dan Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo untuk tahun keduanya pada 19 Januari 2022. Projek ini membolehkan para artis dan pencipta yang aktif dalam bidang Seni Media untuk mencipta karya berdasarkan kepada pelbagai aspek daripada budaya Jepun dan mempamerkannya di lapangan terbang dan terminal pelayaran untuk mempersembahkan daya tarikan budaya Jepun.

CULTURE GATE to JAPAN
CULTURE GATE to JAPAN

Dua seni pemasangan akan dipamerkan di Lapangan Terbang Haneda. Pemasangan pertama, "NEO-KAKEJIKU", menerapkan skrol gantung tradisional dengan teknologi dan interpretasi moden manakala seni pemasangan kedua adalah berdasarkan kepada tema 'bunga api'.

Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo akan menganjurkan "+A+" (disebut "Plus A-Plus"), pameran karya video berkisarkan tema lautan dan jantung manusia, dikuratorkan oleh TAKEKAWA Junichi (wakil daripada David Watts inc.), terkenal dengan hasil tangan beliau sebagai Pengarah Kreatif MUTEK.JP.

[Gambaran Keseluruh Setiap Pameran]
<Lapangan Terbang Haneda>
(1) Judul Pameran: "NEO-KAKEJIKU"
Lokasi: Terminal 2 Lapangan Terbang Haneda, tingkat 2 Marketplace
Tempoh: 19 Januari 2022 –21 Mac 2022*
Pautan YouTube:https://youtu.be/AT8JmxsPREQ 

Penggabungan dan percampuran antara budaya tradisional yang diwarisi dan teknologi canggih dapat ditonjolkan sebagai daya tarikan budaya Jepun. Kami akan mempamerkan seni pemasangan Welcome Art di lapangan terbang, menjemput pengunjung untuk mengalami dan menghargai penyatuan seni Jepun tradisional dengan pelbagai jenis Seni Media kontemporari termasuk bentuk hiburan moden seperti manga dan animasi selain bentuk seni lain yang menggunakan teknologi.

Skrol gantung melekapkan lukisan dan kaligrafi di tempat-tempat seperti alkof dan dinding sebagai hiasan atau untuk dihargai. Dalam pameran ini, kami telah menambah teknologi dan interpretasi moden kepada media tradisional bagi menghasilkan manifestasi baharu. Monitor telah ditempatkan di kawasan tengah yang digelar sebagai 'honshi' yang biasanya dihiasi oleh gambar atau kaligrafi untuk memainkan video yang dicipta oleh lima orang artis yang berkhidmat dalam bidang Seni Media Kontemporari.

Dalam skrin yang menyerupai skrol gantung, artis dan pencipta mempersembahkan budaya serta daya tarikan Jepun menggunakan perspektif serta kaedah baharu untuk menyambut dan memberi inspirasi kepada pengunjung lapangan terbang.

  • Sumber Budaya × Artis:
    -Maneki-neko (kucing bertuah) × AC-bu
    - Lukisan dakwat cair (ink wash) × Creative Label nor
    - The Tale of the Bamboo Cutter × MIYAZAKI Natsujikei
    - Kertas 'washi' (kertas Jepun)× Nyamyam
    - Kaitai Shinsho (Teks Baharu pada Anatomi) × YOSHIGAI Nao

(2) Judul Pameran: "Transcending Prayers"
Lokasi: Terminal 2 Lapangan Terbang Haneda, tingkat 2 Marketplace
Tempoh: 19 Januari 2022 – TBD*

Tajuk Pameran: “Transcending Prayers”
Tajuk Pameran: “Transcending Prayers”

"Hanabi/Fireworks", pemandangan mempesonakan yang dikongsi oleh ramai orang di serata dunia, telah memilih laluan perkembangan yang sedikit unik di Jepun. Sejak abad ke-17, ia telah berkembang bersama budaya setempat di pelbagai kawasan dalam seluruh negara ini dan membawa kepentingan budaya negara ini. Artis, SHIMADA Sayaka menggunakan simbol global namun berciri tempatan iaitu "bunga api" sebagai kaedah ekspresi, meneroka budaya Jepun yang kompleks yang sarat dengan kewujudan bersama konsep-konsep bahkan dalam sejarah, falsafah dan estetika.

Dari segi sejarah, paparan bunga api diketahui mempunyai erti yang bercanggah antara "festival" dan "upacara memperingati/persemadian ruh" dan telah berkembang maju dengan kedua-dua aspek. Untuk karya ini, SHIMADA memfokuskan kepada dualisme festival bunga api ini. Beliau mengumpul dan menganalisis data batas waktu dan geografi kesemua bunga api yang dibatalkan di Jepun sepanjang tahun 2020 akibat COVID-19 dan mencipta bunga api sebenar yang membangkitkan kemungkinan kewujudan dunia lain dan untuk memberi penghormatan kepada festival yang hilang. Bentuk pameran berubah secara berperingkat-peringkat, bermula daripada karya video proses penghasilan dan simulasi data hinggalah seni pemasangan yang terdiri daripada tiub terpakai daripada pelancaran bunga api sebenar dan bahan visual yang dirakam.

Bukan sahaja sebagai seorang artis tetapi juga pereka bunga api pemenang anugerah, SHIMADA, membayangkan untuk mencipta dunia yang membezakan pelbagai aspek bunga api dengan meneliti latar belakang sejarah dan budaya.

  • Sumber Budaya × Artis:
    Bunga Api ×  SHIMADA Sayaka

Arkib karya seni tahun lalu akan turut dipamerkan pada monitor dan panel di DEK PENERBANGAN TOKYO di tingkat 5 Lapangan Terbang Haneda, Terminal 2, hingga 21 Mac 2022*.

*Sila ambil maklum bahawa terdapat kemungkinan bahawa pameran ini dipindahkan atau ditangguhkan ekoran keadaan tempat atau situasi yang berkaitan dengan pandemik COVID-19. Sila kunjungi laman sesawang rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini.

<Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo>
Judul Pameran: "+A+"
Lokasi: Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo, tingkat 3, pameran LED
Tempoh: TBD

*Ketika ini, Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo ditutup selaras dengan dasar oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo. Pameran ini dijadualkan dibuka serentak apabila terminal dibuka semula kepada orang awam. Sila kunjungi laman sesawang rasmi untuk mendapatkan jadual terkini dan maklumat lain.

Pautan YouTube: 

1. https://youtu.be/h8oisus5qr8

2. https://youtu.be/28fWPuCvdUs

3. https://youtu.be/lXtQ_3AqWV0

"Selamat datang ke terminal yang menggamit anda untuk merasai semangat lautan"

Sambil memandang ke arah laut dari Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo, dalam deburan ombak yang semakin mendekat dan menjauh tanpa henti, selaku pencipta kami merasakan bahawa 'masa' diukur oleh skala berbeza berbanding jam masyarakat manusia dan membayangkan interaksi baharu dari segi semangat dalam diri kita dan orang lain.

+A+ (Plus A Plus) ialah pameran yang menggunakan bunyi dan imej untuk menghargai 'dunia' +A+, kod imejan yang bersambung ke pelabuhan. 'A' mewakili proses aktiviti kebudayaan dan artistik yang mana 'A'rtist (Artis) mengekspresikan 'A'rchive (Arkib) interaksi antara kewujudan pelabuhan yang merangkumi pertembungan dan tradisi, serta lautan yang 'A'dapts (beradaptasi) dengan konteks budaya Jepun.

Ketiga-tiga artis yang mana karyanya dipamerkan di sini mengambil pandangan budaya introspektif dan merangkumkan hubungan semangat insani dan laut ini sebagai dunia yang mengutamakan diri sendiri. Karya ini menjemput anda kepada pemandangan yang menyentuh semangat, menandakan waktu yang berhadapan dengan soalan-soalan penting ibarat ombak bergelora yang melangkaui tepian. Di Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo, temui 'lautan' dalam 'jiwa' anda dan bersama pemandangan Tokyo Bay, hargailah perspektif baharu budaya lautan Jepun ini melalui persembahan artistik.

  • Kurator: TAKEKAWA Junichi
  • Sumber Budaya × Artis:
    -Pandangan dari udara (Bird's-eye view) Jepun × OISHI Hiroaki + NAGASHIMA Minori
    - Enoshima Engi (kisah asal-usul Enoshima) ×  EHARA Saeko
    - Edo eel × TAKIDO Dorita

<Artis> turutan abjad

AC-bu 

Pasukan kreatif ini menghasilkan karya seni topikal melalui pelbagai media termasuk televisyen, iklan dan video muzik berdasarkan kepada ekspresi yang hebat dan bertenaga serta ilustrasi yang penuh perasaan dan realistik. Pameran kisah-bergambar berkelajuan tinggi, "Safe Driving Guide" (2014) telah dipilih dalam Pilihan Juri untuk Bahagian Hiburan di Festival Seni Media Jepun ke-18. "Powder/New Tribe" (2019) dicalonkan untuk kategori TV dan Filem Tempahan di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy. Sejak tahun 2019, AC-bu menjadi profesor pelawat di Kyoto University of the Arts.

Creative Label nor

Creative Label nor ialah kolektif seni yang dilancarkan pada tahun 2017 oleh ahli-ahli daripada pelbagai latar belakang dan melibatkan saintis, pemuzik, arkitek, pengatur cara, jurutera dan pereka. Dengan menggunakan teknologi untuk mengekspresikan fenomena semula jadi sebagai karya seni, kumpulan ini bermatlamat untuk merangkumkan 'sublasi sains dan seni'. Karya seni, "dyebirth" (2017) yang menitiskan dakwat mengikut algoritma dipilih dalam Pilihan Juri untuk Bahagian Seni di Festival Seni Media Jepun ke-22.

EHARA Saeko 

EHARA Saeko dilahirkan di Tokyo pada tahun 1985. Beliau ialah seorang artis dan joki video. Setelah menamatkan pengajian daripada Royal Academy of Art, The Hague (KABK) di Belanda, selama lebih sepuluh tahun beliau terlibat dalam dunia hiburan, bekerja di pelbagai pentas, terutamanya di konsert, melalui peranan seperti penerbitan dan pengendalian video sebagai joki video. Beliau memulakan aktiviti beliau dengan bersungguh-sungguh di Jepun dan luar negara pada tahun 2020. Di bawah tema 'landskap tidak tercemar dalam ingatan saya', beliau mencipta karya seni dalam bidang seni digital. Aktiviti utama yang terkini oleh beliau termasuk "MUTEK.JP" (2021) dan "XRE's Ars Electronica Festival Garden NYC Portal" (2021).

MIYAZAKI Natsujikei 

MIYAZAKI Natsujikei dilahirkan di Wilayah Miyagi pada tahun 1987 dan merupakan seorang artis manga. Beliau bermula pada tahun 2010 menerusi penerbitan siri pertama beliau "Yugata madeni Kaeru yo" (I'll Be Home by Evening; Kodansha, Ltd.) dalam "Gekkan Morning Two" No. 40. "The News of Transformation" (Kodansha, Ltd., 2013) dipilih dalam Pilihan Juri untuk Bahagian Manga di Festival Seni Media Jepun ke-17. Beliau menggambarkan turun naik emosi yang sangat kuat dalam kehidupan harian melalui rekaan yang bebas tanpa kerunsingan.

Buku-buku beliau termasuk "There's Nothing Wrong with Me" (Kodansha, Ltd.), "To, Aru Hi no Sugoku Fushigi" (Something Really Weird Happened One Day; Hayakawa Publishing Corp.) dan "Anata wa Bun-chan no Koi" (You're Bunchan's Love; Kodansha, Ltd.).

Nyamyam 

Nyamyam (UK) ialah studio pembangunan bebas yang terdiri daripada tiga pencipta permainan berkemahiran dari Jepun, UK dan Jerman yang memiliki rasa cinta yang mendalam terhadap budaya Jepun. "Tengami" (2014) ialah permainan pengembaraan teka-teki yang menggabungkan antara tekstur kertas 'washi' Jepun, salah satu keindahan tradisional Jepun dan struktur buku timbul ke dalam visualnya. Ia memenangi anugerah di SXSW 2014, IndieCade, SOWN, Develop Showcase dan Game Connection BIG Festival dan telah dipilih dalam Pilihan Juri untuk Bahagian Hiburan di Festival Seni Media Jepun ke-18.

OISHI Hiroaki NAGASHIMA Minori 

-OISHI Hiroaki 

OISHI Hiroaki dilahirkan di Wilayah Fukuoka pada tahun 1984. Beliau menamatkan pengajian daripada Kyushu University Graduate School of Design. Beliau menghasilkan seni media video yang mengusahakan ekspresi interaktif, organik dan emosi dengan tubuh serta persekitaran melalui grafik komputer dan algoritma serta menjalankan aktiviti pendidikan dan penyelidikan. Projek-projek utama yang terkini melibatkan penerbitan video teamLab "Universe of Water Particles" (2013) dan penerbitan video muzik "Queen of xxx" (2019) Minori Nagashima. Beliau ialah seorang pensyarah kanan bagi Informatik Reka Bentuk, Musashino Art University. 

-NAGASHIMA Minori 

NAGASHIMA Minori ialah seorang artis yang bekerja dengan bebas bertukar-tukar antara bidang muzik dan seni. Beliau menamatkan pengajian daripada Tokyo University of the Arts dan sekolah siswazah Keio University. Di samping terlibat dalam persembahan pentas, pertunjukan fesyen dan penerbitan video sebagai komposer dan penyusun, beliau turut mengambil bahagian dalam kumpulan, QUEEN BEE. Beliau juga aktif sebagai pengarah pameran dan karya seni. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau memainkan peranan penting dalam projek-projek seni utama seperti "yorunoyo - YOKOHAMA CROSS NIGHT ILLUMINATION" (Bandar Yokohama, 2020) dan "JINTAI NETWORK SYMPHONY at THE BODY—Challenging the Mystery" (National Museum of Nature and Science, 2018). Karya beliau termasuk penggubahan muzik dan reka bentuk akustik untuk karya seni berkenaan.

SHIMADA Sayaka 

SHIMADA Sayaka menamatkan pengajian daripada Kursus Wayang Nihon University College of Art dan kini terlibat dalam program kedoktoran di Tokyo University of the Arts.

Beliau mempersembahkan karya seni yang menumpukan kepada filem dan seni pemasangan. Semasa menjadi mahasiswa universiti, beliau menemui bunga api dan menjadi terpesona dengan tenaganya. Beliau juga berkhidmat sebagai pereka pertunjukan bunga api. Beliau berusaha untuk menonjolkan kesedaran dan isu baharu dengan menyelidik dan membina semula unsur-unsur yang membentuk bunga api, kehadiran fizikal (physicality), kejuruteraan bahan letupan dan latar belakang budaya serta sejarah dalam bidang-bidang dari pelbagai sudut.

Selain daripada bunga api, beliau juga mencipta karya seni bermotifkan unsur-unsur semula jadi seperti api, kilat, sinaran dan air. Beliau mengambil bahagian dalam pertunjukan bunga api di Jepun dan negara-negara lain sebagai pengarah bunga api.

TAKIDO Dorita 

TAKIDO Dorita ialah seorang artis dan pereka yang berpangkalan di Tokyo. Beliau mencipta pengalaman amali baharu yang mengganggu deria dengan menggabungkan fungsi dan deria yang berbeza. Beliau membina portal ke pemikiran di samping menerokai teknologi dan reka bentuk sofistikated seiringan. Beliau menerima Sebutan Kehormat di Digital Musics & Sound Art of Prix Ars Electronica dan dicalonkan untuk Ars Electronica STARTS Prize 2017 untuk "Bug's Beat" (2017). "Slime Synthesizer" (2014) memenangi New Face Award dalam Bahagian Hiburan di Festival Seni Media Jepun ke-18. Beliau aktif di Jepun dan di peringkat antarabangsa dengan karya beliau dipamerkan di Singapura dan juga Belanda.

YOSHIGAI Nao 

YOSHIGAI Nao dilahirkan di Wilayah Yamaguchi pada tahun 1987. Beliau ialah seorang pembikin filem, penari dan pereka tari. Beliau mengarah, membuat persembahan dan menghasilkan koreografi video, filem, iklan dan video muzik dan dalam masa yang sama menumpukan kepada sensasi fizikal dan emosi beliau sendiri. Filem beliau, "hottamaru days" (2015) memenangi New Face Award dalam Bahagian Hiburan di Fesival Seni Media Jepun ke-19. Beliau muncul dan menghasilkan koreografi video muzik untuk YONEZU Kenshi "Lemon" (2018) dan filem beliau, "Grand Bouquet" (2019) ditayangkan secara rasmi di Festival Filem Cannes dalam Directors' Fortnight.

<Kurator>

TAKEKAWA Junichi 

TAKEKAWA Junichi dilahirkan di Shinjuku pada tahun 1972 dan merupakan wakil daripada David Watts Inc. Beliau bekerja terutamanya di Tokyo dan Kanagawa. Beliau mencipta detik-detik yang membangkitkan kreativiti manusia sebagai pengalaman yang menemui perkaitan antara seni dan teknologi yang melangkaui ruang dan masa. Beliau sentiasa mencari pengalaman secara langsung yang baharu melalui projek-projek perancangan dan pementasan komprehensif dalam industri-industri dan perniagaan-perniagaan yang berbeza dari segi pemikiran. Beliau merupakan pengarah General Incorporated Association PEACE NIPPON PROJECT yang menjalankan aktiviti untuk menyampaikan mengenai keindahan Jepun sebagai pesanan untuk masa depan. Beliau juga merupakan pengarah General Incorporated Association MUTEK Japan dan pengarah kreatif MUTEK.JP, satu-satunya festival muzik elektronik dan seni digital di Asia.

―――――――――――――――――――――――――――――――――――――――― 
Latar Belakang CULTURE GATE to JAPAN

Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun melancarkan projek promosi budaya inovatif yang dikenali sebagai "CULTURE GATE to JAPAN". Projek ini merupakan siri seni pemasangan yang diadakan di Lapangan Terbang Haneda serta Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo. Artis dan pencipta yang mengambil bahagian dan aktif dalam bidang Seni Media mempamerkan karya seni yang diilhamkan oleh budaya unik setiap kawasan tumpuan di Jepun dengan matlamat untuk menyampaikan daya tarikan lebih luas yang semakin berkembang berkisarkan budaya Jepun.

Penganjur: Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun 
Laman Sesawang Rasmi: https://culture-gate.jp/ 

Source: CULTURE GATE to JAPAN Initiative
Keywords: Airlines/Aviation Art Entertainment Travel New products/services