KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Bagi mengakhiri tahun 2021 dan memulakan tahun 2022 dengan jayanya, Huawei mengumumkan pemenang-pemenang bagi acara "Guess the Ornaments" AppGallery Rewards – Christmas Edition yang telah dianjurkan sepanjang bulan Disember 2021. Sepuluh peserta pertama yang meneka perhiasan dengan betul memenangi ganjaran yang menarik daripada kempen tersebut termasuk peranti pintar Huawei, DJI Mavic 2, Nintendo Switch dan hadiah utama berupa Proton x70 SUV.
Pemenang-pemenang "AppGallery Rewards-Guess the Ornaments" Ismat Nazarul Mat Isa dan Hii Tung Yue masing-masing memenangi Proton X70 SUV dan HUAWEI Mystery Box.
Merangkul hadiah tempat pertama ialah Ismat Nazarul Mat Isa dari Kuala Lumpur yang mana beliau pulang dengan hadiah Proton X70 SUV bernilai lebih RM106,800. Menceritakan pengalaman beliau sebagai pengguna AppGallery, Ismat berkongsi bahawa, "AppGallery menyediakan saya dengan kesemua aplikasi penting harian saya termasuk aplikasi perbankan mudah alih, Grab, Mysejahtera dan banyak lagi yang dapat dimuat turun dengan sentuhan hujung jari saya."
Hadiah kedua menjadi milik Hii Tung Yue dari Sarawak dan beliau menerima HUAWEI Mystery Box bernilai lebih daripada RM16,000. Kotak misteri tersebut mengandungi HUAWEI Matebook 14 i5 2021, HUAWEI Mate 40 Pro, HUAWEI Mate Pad 11, HUAWEI Watch 3 Pro dan HUAWEI Freebuds 4.
"Meninjau-ninjau AppGallery sentiasa memberi kejutan yang menyenangkan. Selain memuat turun aplikasi terkini, saya teruja untuk mencuba aktiviti dalam-aplikasi yang menyeronokkan dan menarik. Saya juga dapat berkongsi aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan saya yang mana kami dapat berseronok, malah dapat memenangi sesuatu dalam proses tersebut. Saya tidak sabar-sabar menantikan tempoh perayaan untuk melihat apa yang ada di AppGallery," kata Hii.
"Tahniah diucapkan kepada semua pemenang daripada Guess the Ornaments AppGallery Rewards, amat menggembirakan mengetahui bahawa pengguna kami menemui sinergi antara tawaran aplikasi kami dan kehidupan harian mereka," kata Pengarah Ekosistem Peranti Huawei APAC, Rei Xiao. "Di AppGallery, matlamat kami adalah untuk menawarkan pengalaman digital yang menyeluruh kepada pengguna kami. Dengan menjadikan matlamat ini keutamaan kami, kami komited untuk terus memperluaskan tawaran aplikasi kami bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai."
Bersiap Sedia untuk Menjalani Kehidupan bersama AppGAllery
Kini, AppGallery bersiap sedia dengan aneka aplikasi tempatan yang pelbagai dan semakin berkembang bagi memenuhi sebahagian besar daripada keperluan kehidupan harian pengguna. Melalui pasaran aplikasi, pengguna dapat menemui aplikasi yang penting dan popular dalam pelbagai kategori seperti:
Selain melancarkan aplikasi berkualiti tinggi secara berterusan ke platform ini untuk memenuhi keperluan gaya hidup yang komprehensif, AppGallery turut bekerjasama dengan jenama-jenama aplikasi tempatan bagi menyediakan baucar dan tawaran eksklusif kepada pengguna. Pengguna juga boleh menantikan hadiah percuma dan kempen eksklusif daripada platform ini untuk pengalaman yang dipertingkatkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran aplikasi AppGallery, sila kunjungi: https://appgallery.huawei.com/Featured