omniture

Richard Attias & Associates (RA&A) Mengumumkan Strategi Global & Barisan Kepimpinan Baharu 2022

Richard Attias & Associates
2022-01-28 23:15 68

- Richard Attias & Associates, salah sebuah firma komunikasi strategik dan kurator platform terkemuka di dunia telah menyusun semula penawarannya merangkumi lima kepakaran teras untuk menyokong pembuat dasar, perbadanan, syarikat dan institusi semasa tempoh perubahan yang julung-julung kali berlaku.

- Transformasi RA&A akan mengukuhkan keupayaannya untuk menghasilkan impak melalui strategi diplomasi yang berani serta platform secara nyata dan maya yang serba baharu.

- Peluasan ini akan disokong oleh barisan kepimpinan global dengan pelantikan utama yang baharu.

NEW YORK, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Richard Attias & Associates, salah sebuah firma komunikasi dan kurator platform yang terkemuka di dunia, melancarkan strategi global baharu bagi menyokong peluasannya dan berkhidmat dengan lebih baik demi keperluan pelanggan dan pasarannya yang semakin meningkat. Setelah 15 tahun mencipta dan menghasilkan platform antarabangsa yang mengubah keadaan semasa seperti Inisiatif Pelaburan Masa Hadapan (FII), Persidangan Pemenang Nobel, Sidang Kemuncak Pemimpin, acara Sukan Permainan dan G20, RA&A telah menyusun semula penawarannya yang merangkumi lima kepakaran teras bagi menyokong pembuat dasar, kerajaan, perbadanan dan institusi sewaktu transformasi yang julung-julung kali berlaku ini dan membimbing mereka mendepani cabaran dan peluang dalam suasana geopolitik yang berubah-ubah.

"Inilah masanya ketua negara, pemimpin kerajaan dan peneraju perniagaan global membina persekitaran dunia yang lebih mampan dan saksama yang menumpukan pada keutamaan abad ke-21 yang baharu," kata Pengasas & Pengerusi Eksekutif, Richard Attias. "Transformasi dan peluasan RA&A akan mengukuhkan keupayaan kami untuk mendorong impak melalui strategi diplomasi yang berani, kandungan yang unik serta platform nyata dan digital yang serba baharu, serta menerusi pengalaman sukan dan hiburan yang membangkitkan inspirasi."

Richard Attias melantik barisan kepimpinan baharu untuk menyokong peluasan global RA&A 

Richard Attias telah melantik Marina de Coatgoureden sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global RA&A untuk memimpin peluasan syarikat. Marina memulakan kerjayanya dengan menganjurkan acara untuk Kerabat Diraja British dan GCC serta jenama mewah seperti Chanel, Dior dan Louis Vuitton. Pada tahun 2018, beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Timur Tengah untuk Quintessentially Group, salah sebuah peneraju dunia dalam industri acara dan gaya hidup.

Marina de Coatgoureden akan disokong oleh barisan kepimpinan yang kukuh meliputi seluruh pasaran strategik RA&A:

  • Fahad AlRajhi, Pengarah Urusan, RA&A Arab Saudi
  • Frederic Divay, Pengarah Urusan, RA&A Senegal
  • Vincent Perroud, Pengarah Urusan FII
  • Cedric Roux, Pengarah Urusan, RA&A Emiriah Arab Bersatu
  • Qi Tian, Pengarah Urusan, RA&A China
  • Sophie Titolo, Pengarah Urusan, Amerika, RA&A Amerika Syarikat
  • Victoria Vincent, Pengarah Urusan, RA&A Perancis

Richard Attias menambah: "Saya amat berbangga dengan peralihan kepada generasi eksekutif seterusnya ini. Mereka semua secara individu mempunyai kelayakan dan nilai bersama yang membanggakan. Komitmen mereka di bawah kepimpinan Marina akan membawa RA&A ke tahap seterusnya untuk terus menerajui industri."

Richard Attias akan berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif, yang disokong oleh:

  • Cécilia Attias, Naib Presiden Kanan Hal Ehwal Awam; Setiausaha Lembaga Penasihat RA&A
  • Fabien Philippe, Ketua Pegawai Kewangan
  • Anastasia Colosimo, Ketua Kakitangan
  • Liz Borod Wright, Pengarah Media sosial

Organisasi Baharu RA&A 

Syarikat ini telah memperkenalkan lima subjenama bagi menyokong kedudukan dan kepakaran utamanya yang baharu.

  • Penasihat & Diplomasi RA&A: Mengenal pasti peluang tersembunyi dalam hal ehwal awam, menjalin kerjasama yang bermanfaat dan mewujudkan pelan pelaksanaan terperinci yang memberikan hasil
     
  • Makmal RA&A: Menyusun kandungan dan pengaturcaraan asal, mengenal pasti arah aliran masa hadapan dan menghasilkan pemikiran kepimpinan yang berpengaruh dan berkesan
     
  • Pengalaman Secara Langsung RA&A: Membangunkan penyelesaian penting untuk mencipta pengalaman secara langsung yang sentiasa diingati, termasuk persidangan dan forum antarabangsa peringkat tinggi
     
  • Metaverse RA&A: Mewujudkan platform maya interaktif yang tersendiri yang tertumpu pada hubungan sosial dan penyelesaian digital inovatif yang melangkaui sempadan fizikal dan menjangkau khalayak baharu
     
  • Sukan & Hiburan RA&A: Mereka bentuk dan menganjurkan acara sukan yang mengagumkan, festival kebudayaan, acara hiburan dan pertunjukan tetap serta menyediakan khidmat nasihat sukan pakar

Tentang Richard Attias & Associates 

Sebagai firma komunikasi strategik dan kurator platform terkemuka, RA&A menyediakan dan menyusun idea, hubungan dan acara untuk membina pengaruh pelanggannya — perbadanan, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan bukan keuntungan. Pengalaman selama beberapa dekad telah mendorong RA&A membuat kesimpulan tersendiri tentang cara terbaik untuk mereka bentuk platform fizikal dan maya, majlis, forum dan sidang kemuncak yang memberikan kesan jangka pendek dan jangka panjang yang mampan dengan hasil yang ketara. Melalui strategi diplomasi yang berani, RA&A membantu pelanggannya menangani peluang dan cabaran suasana geopolitik sewaktu transformasi global yang belum pernah berlaku dahulu. 

Kejayaan Richard Attias & Associates berakar umbi daripada pengalaman pengasasnya dan pasukannya yang pelbagai budaya, dipercayai oleh pemimpin dunia, eksekutif perniagaan dan pemimpin sivik yang ingin membina pengaruh dan melaksanakan perubahan. RA&A kini telah berkembang menjadi sebuah pasukan antarabangsa yang terdiri daripada lebih 100 orang pakar dengan pejabat di setiap benua. RA&A mempunyai Sanabil Equities (sebahagian daripada Dana Pelaburan Awam – PIF) sebagai pemegang saham minoriti.

Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi laman web baharu kami di: http://richardattiasassociates.com/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1735912/Richard_Attias_Associates_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Richard Attias & Associates
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Publishing/Information Service Corporate Expansion Personnel announcements