omniture

Analisis agensi bebas: Trina Solar di tempat kedua bagi penghantaran modul global pada 2021

Trina Solar Co., Ltd
2022-01-29 04:56 243

CHANGZHOU, China, 29 Januari 2022 /PRNewswire/ -- PV InfoLink, agensi analisis fotovolta berwibawa global, mengeluarkan senarai kedudukan penghantaran modul global bagi tahun 2021 pada 21 Januari dan Trina Solar menduduki tempat kedua. Ia selari dengan ramalan yang dibuat oleh penyedia maklumat industri PV, PVTech seminggu lebih awal, yang menyenaraikan Trina Solar di tempat kedua antara 10 pembekal modul global tahun lalu.


Senarai kedudukan yang terkini ini adalah berdasarkan kepada pangkalan data bekalan dan permintaan PV InfoLink. Dari segi saiz modul, PV InfoLink menganggarkan penghantaran modul besar oleh 10 pengeluar teratas (kecuali First Solar) adalah kira-kira 60GW atau lebih, menyumbang sekitar 40% antara jumlah penghantaran oleh 10 pengeluar teratas pada tahun 2021 yang mana penghantaran dalam separuh kedua tahun berkenaan adalah dua kali ganda berbanding penghantaran dalam separuh pertama tahun tersebut. Setakat ini, modul besar menjadi yang paling popular.

Industri PV global berkembang dengan pesatnya pada tahun lalu, menurut PV-Tech, dengan kedua-dua kapasiti dan penghantaran keseluruhan melebihi 190GW. Angka ini konsisten dengan ramalan untuk tahun 2021 yang dihasilkan oleh PV-Tech pada penghujung tahun 2020. Bahagian penghantaran bagi ramalan senarai kedudukan tersebut berdasarkan kepada penjejakan berterusan terhadap kapasiti pengeluaran dan penghantaran tahunan setiap pembuat modul. Kedudukan penghantaran pembekal modul bagi tahun 2021:

https://static.trinasolar.com/sites/default/files/20220124152946.png 

Menurut data yang tersedia secara terbuka, jumlah kapasiti modul terancang oleh Trina Solar pada tahun lalu mencecah 50GW, yang mana modul berasaskan wafer silikon 210mm menyumbang sebanyak lebih daripada 70%. Trina Solar menghantar lebih daripada 16GW modul 210mm, menduduki tempat pertama antara kesemua pembuat modul besar. Penghantaran kumulatif bagi modul 210mm di seluruh dunia melebihi 25GW.

Modul berkuasa ultra tinggi digunakan dalam projek solar di seluruh dunia termasuk dalam banyak projek gred GW dan 100 MW. Dalam masa yang sama, terdapat permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran PV global untuk modul 210mm dan ini dijangka akan mendorong peningkatan selanjutnya dalam kapasiti dan penghantaran modul berkuasa tinggi.

Modul besar mula mendominasi pada tahun 2021 dengan modul 210mm menerajui dengan mantap. Menurut laporan terkini daripada penyedia perisikan pasaran TrendForce, kapasiti modul bersaiz besar dijangka mencecah 349.9GW pada tahun ini, menguasai gabungan bahagian pasaran sebanyak 74.6%. Kapasiti bagi modul 210mm sahaja dijangka mencecah 206.8GW, menyumbang sebanyak 44.1%.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Transportation Utilities Survey, Polls & Research