omniture

CGTN: Dunia berhimpun sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing

CGTN
2022-02-07 21:31 135

BEIJING, 7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telahpun diadakan di Stadium Negara di Beijing pada malam Jumaat.

Opening ceremony of the 2022 Winter Olympic Games at the National Stadium in Beijing, China, February 4, 2022. /Xinhua News Agency
Opening ceremony of the 2022 Winter Olympic Games at the National Stadium in Beijing, China, February 4, 2022. /Xinhua News Agency

Presiden Cina Xi Jinping mengisytiharkan Sukan Musim Sejuk ini dibuka selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach menyampaikan ucapan.

"Tahun Harimau ini juga merupakan Tahun Olimpik," kata Bach. "Baik Tahun Harimau mahupun Harimau Olimpik bererti cita-cita, keberanian dan kekuatan. Hari ini, hasil daripada cita-cita ini, China menjadi sebuah negara sukan musim sejuk. Lebih 300 juta orang terlibat dalam sukan musim sejuk kira-kira di 2,000 pusat peranginan ski dan gelanggang ais."

"Para atlet yang dihormati," tambah beliau, "Kami semua berdiri bersama anda. Kami semua menyokong anda. Kami semua bersorak untuk anda."

A part of the performance at the opening ceremony of the 2022 Winter Olympic Games at the National Stadium in Beijing, China, February 4, 2022. /Xinhua News Agency
A part of the performance at the opening ceremony of the 2022 Winter Olympic Games at the National Stadium in Beijing, China, February 4, 2022. /Xinhua News Agency

Zhang Yimou, individu di sebalik upacara perasmian epik Sukan Olimpik Musim Panas Beijing pada tahun 2008, sekali lagi menjadi ketua pengarah bagi upacara perasmian Sukan Musim Sejuk 2022. Emping salji menjadi tumpuan dalam idea utama oleh beliau untuk pertunjukan malam Jumaat yang menampilkannya dalam dua program. Pencahayaan nyalaan Olimpik juga membawa motif yang sama.

"Emping salji yang berbeza datang ke Beijing dan berkumpul menjadi emping salji gergasi manusia," kata Zhang mengenai konsep oleh beliau untuk upacara perasmian dalam satu wawancara bersama China Media Group (CMG).

Delegasi-delegasi dari lebih 90 negara dan wilayah menghadiri upacara berkenaan, bersama-sama pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Serbia Aleksandar Vucic, Presiden Argentina Alberto Fernández dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, antara lain.

Athletes of Team China attend the parade at the opening ceremony of the 2022 Winter Olympic Games at the National Stadium in Beijing, China, February 4, 2022. /Xinhua News Agency
Athletes of Team China attend the parade at the opening ceremony of the 2022 Winter Olympic Games at the National Stadium in Beijing, China, February 4, 2022. /Xinhua News Agency

Sebagai sebahagian daripada tradisi Olimpik, ahli-ahli Pasukan Greece merupakan pasukan pertama yang memasuki stadium semasa perbarisan para atlet, diikuti oleh Pasukan Turki. Sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk ini, Pasukan China menjadi pasukan terakhir yang berarak. Pemain luncur laju Gao Tingyu dan atlet sukan skeleton Zhao Dan membawa bendera negara China untuk skuad tersebut.

Pada akhir majlis ini, Kawah Olimpik dinyalakan di tengah-tengah stadium oleh obor yang telah dihulurkan melalui tangan kira-kira 1,200 pembawa obor termasuk Bach sendiri semasa lari berganti-ganti selama tiga hari di tiga zon pertandingan iaitu Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.

Sepanjang 16 hari yang berikutnya, kira-kira 2,900 atlet akan bersaing dalam 109 acara daripada 15 disiplin di bawah tujuh sukan di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

https://news.cgtn.com/news/2022-02-04/Beijing-2022-Winter-Olympics-opening-ceremony-begins-17nLl93I95S/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports