omniture

Tinjauan Yili Group Dinaik Taraf kepada Stabil dan Penarafan Disahkan "A-" oleh S&P Global

Yili Group
2022-02-21 13:24 190
  • Komitmen Yili untuk mengekalkan leveraj rendah tatkala ia mengejar pertumbuhan menyokong penaiktarafan tinjauannya kepada stabil.  
  • Yili dapat mencapai sasaran pertumbuhan 2025 melalui pertumbuhan organik sahaja.

HUHHOT, China, 21 Februari 2022 /PRNewswire/ -- S&P Global Ratings mengumumkan bahawa ia telah menyemak semula tinjauan penarafannya untuk Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd. ("Yili") kepada stabil dan mengesahkan penarafan kredit penerbit jangka panjang "A-" ke atas Yili dan penarafan terbitan "A-" ke atas nota tanpa cagaran senior yang dijamin oleh syarikat ini.

S&P berkata bahawa tinjauan yang stabil menggambarkan pandangannya bahawa Yili akan mempunyai keupayaan dan disiplin untuk memenuhi sasaran pertumbuhannya. S&P juga menyatakan bahawa menerusi dasar kewangannya yang berdisiplin, pertumbuhan organik yang mantap dan aliran tunai bebas yang stabil, Yili dapat mengekalkan kedudukan leveraj minimumnya ketika ia mengejar pertumbuhan.

Yili, ketika ini merupakan pengeluar produk tenusu kelima terbesar di dunia, mendedahkan matlamat strategik jangka pertengahan hingga panjang baharunya. S&P berkata bahawa syarikat ini perlu meningkatkan hasil kepada lebih 10% setiap tahun untuk menjadi salah satu daripada tiga pengusaha produk tenusu global terunggul menjelang tahun 2025, menambah bahawa Yili dapat mencapai sasaran ini melalui pertumbuhan yang organik sahaja.

Data menunjukkan bahawa dalam tiga suku pertama tahun 2021, Yili mencatatkan hasil kasar sebanyak RMB 85.007 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RMB 7.967 bilion, menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 15.23% dan 31.82% berbanding tahun sebelumnya.

Secara signifikan, S&P meramalkan bahawa saiz pemerolehan luaran berpotensi lain selain daripada pemerolehan strategik Ausnutria tidak akan memberi kesan yang ketara terhadap nisbah leveraj Yili. Tambahan pula, pertumbuhan EBITDA syarikat yang bagus dan aliran tunai operasi yang kukuh seharusnya menyokong leveraj rendahnya, menurut S&P.

Dari satu segi, kawalan kos kendalian Yili yang baik dapat mengimbangi impak harga bahan mentah yang lebih tinggi dengan lebih baik. Yili juga mempunyai harga yang lebih baik, campuran produk premium dan susun atur margin yang lebih tinggi untuk perniagaan susu tepungnya. S&P meramalkan margin EBITDA syarikat ini meningkat secara berperingkat-peringkat kepada 11.2-12.0% pada tahun 2021 dan 2022, meningkat daripada 11.1% pada tahun 2020.

Dari sudut yang lain pula, kelebihan Yili dalam kecairan telah diperkukuh lagi lantaran aliran tunai operasinya yang mantap, rizab tunai yang mencukupi pada kunci kira-kiranya serta tawaran persendirian. Syarikat ini turut menikmati akses pasaran modal yang kukuh serta hubungan yang mantap dan bertahan lama bersama bank-bank, seperti yang ditunjukkan oleh terbitan bonnya dengan kadar kupon yang rendah. Justeru itu, S&P menganggarkan bahawa aliran tunai operasi bebas Yili akan kekal pada RMB 2.5 bilion hingga RMB 4.0 bilion pada tahun 2022 sementara aliran tunai operasi yang mencukupi akan membantu perbelanjaan modal yang semakin meningkat pada tahun 2023.

Pada penghujung tahun 2021, Yili mengumumkan Wawasan Baharunya untuk penciptaan nilai korporat dalam aspek-aspek penting termasuk pembangunan yang berkualiti inggi, prestasi perniagaan yang luar biasa serta matlamat nilai pemegang saham yang secara bersama akan mengukuhkan lagi momentum pertumbuhan Yili yang stabil dan bagus.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Accounting news, issues