omniture

CGTN: China gesa Rusia, Ukraine selesaikan isu melalui rundingan

CGTN
2022-03-01 06:56 76

BEIJING, 1 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Keadaan di timur Ukraine baru-baru ini telah mengalami perubahan pesat, lalu menimbulkan kebimbangan yang besar dalam kalangan komuniti antarabangsa. Terdapat konteks sejarah yang rumit dalam isu Ukraine dan keadaan semasa merupakan hasil daripada saling tindakan banyak faktor yang rumit.

Pada hari Jumaat, Presiden Cina Xi Jinping bercakap bersama rakan sejawat Rusia beliau, Vladimir Putin, di telefon, bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan di Ukraine.

Presiden Cina menjelaskan bahawa pihak Cina menyokong pihak Rusia untuk menyelesaikan isu berkenaan melalui rundingan dengan pihak Ukraine.

Pendirian tekal China terhadap isu Ukraine

Semasa perbualan telefon pada hari Jumaat, Xi memberitahu Putin bahawa China menentukan kedudukannya berhubung isu Ukraine atas meritnya sendiri.

Xi menyatakan bahawa China telah lama memegang kedudukan asas untuk menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua negara serta mematuhi tujuan dan prinsip Piagam PBB.

Baru-baru ini, China mengulangi gesaannya kepada semua pihak yang terlibat dalam isu Ukraine agar mengekang tindakan bagi mengelakkan ketegangan yang semakin meruncing dan menentang tindakan yang mencetuskan peperangan.

Berkenaan isu-isu kawasan panas serantau, seperti yang dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying, China sentiasa komited untuk menggalakkan keamanan dan rundingan serta memainkan peranan membina untuk mencari penyelesaian yang aman berhubung isu-isu ini.

Menolak pola fikir Perang Dingin 

"Penting untuk menolak mentaliti Perang Dingin, mengambil serius dan menghormati kebimbangan keselamatan yang munasabah bagi semua negara dan mencapai mekanisme keselamatan Eropah yang seimbang, efektif dan mampan melalui rundingan," kata Xi pada hari Jumaat.

Beliau menambah bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan anggota-anggota komuniti antarabangsa yang lain bagi menggalakkan keselamatan bersama, komprehensif, koperatif dan mampan serta untuk melindungi dengan tegas sistem antarabangsa yang berpusatkan PBB dan aturan antarabangsa yang ditunjangi undang-undang antarabangsa.

Xi menegaskan, dalam satu perbualan telefon bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron pada 16 Februari, bahawa pihak-pihak yang berkaitan harus berpegang kepada hala tuju umum dalam penyelesaian politik, memanfaatkan sepenuhnya platform pelbagai hala dan mencari penyelesaian yang komprehensif berkenaan isu Ukraine melalui dialog dan juga perundingan.

Putin menyatakan kesediaan Rusia untuk mengadakan rundingan peringkat tinggi bersama Ukraine semasa berbincang bersama Xi. Pihak Kremlin selanjutnya turut mengumumkan bahawa Moscow bersedia untuk menghantar delegasi ke ibu negara Belarus, Minsk untuk berbincang bersama Ukraine.

https://news.cgtn.com/news/2022-02-25/China-calls-on-Russia-Ukraine-to-solve-issue-through-negotiation-17WIP1jPxpS/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion