omniture

Jasmine Food: Temui semula keseronokan memasak dengan Jasmine Sunwhite New Crop pada Tahun Baharu Lunar ini

Jasmine Sunwhite New Crop merupakan keluaran beras paling segar, memberikan kualiti dan citarasa yang unggul untuk hidangan istimewa pada tahun baharu.
Jasmine Food
2022-03-01 10:00 62

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (Jasmine Food), syarikat beras yang terkemuka di Malaysia, menggalakkan rakyat Malaysia untuk memanfaatkan musim tanaman baharu pada Tahun Baharu Cina ini bersama Jasmine Sunwhite New Crop.

Jasmine Food: Temui semula keseronokan memasak dengan Jasmine Sunwhite New Crop pada Tahun Baharu Lunar ini
Jasmine Food: Temui semula keseronokan memasak dengan Jasmine Sunwhite New Crop pada Tahun Baharu Lunar ini

Musim tanaman baharu bermula dari November hingga Mac menghasilkan beras yang wangi, gebu dan lembap apabila dimasak. Ketibaan perayaan pada bulan Februari ini, Jasmine Food bermatlamat dengan menggunakan Jasmine Sunwhite New Crop dapat memberi inspirasi kepada meraikan tahun baru ini mahupun pada hidangan traditional dan modern.

"Kami inginkan keluarga menemui semula keseronokan memasak di rumah pada Tahun Baharu Lunar ini," kata En. Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food. "Semua orang menggemari semangkuk nasi wangi dan perasa yang lazat untuk dinikmati dengan hidangan istimewa Tahun Baharu kegemaran mereka. Kami juga tidak sabar-sabar untuk mengangkat beberapa hidangan klasik Tahun Baharu Lunar berasaskan beras yang bertuah seperti Nuo Mi Fan (pulut dengan sosej Cina), nasi periuk tanah dan bebola nasi manis dengan beras berkualiti terbaik kami."

Jasmine Food telah memberi tumpuan untuk membawakan rangkaian luar biasa beras berkualiti terbaik ke negara ini. Pelbagai beras premium di import dari negara-negara penanam padi terpilih seperti Thailand, Myanmar, China, India, Pakistan, Vietnam, AS dan Australia. Penuaian hanya dilakukan sekali dalam setahun antara bulan Oktober dan Mac, menjadikan tempoh ini sebagai waktu yang terbaik untuk pengguna menikmati produk beras paling segar dalam pasaran.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang bersiap sedia untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Lunar pada bulan Februari 2022 akan dapat memanfaatkan sepenuhnya tawaran ini bagi menyajikan jamuan masakan rumah yang klasik dan enak untuk seisi keluarga.

Sebagai peneraju pasaran dalam industri beras Malaysia, Jasmine Food kerap bekerjasama dengan peneraju-peneraju industri yang lain bagi mendorong inovasi produk. Kali ini, Jasmine Food bekerjasama dengan Angel Brand, pengeluar sos dan perasa. Jenama ini terkenal dan masykur kerana membawakan rasa masakan rumah rakyat Malaysia yang terbaik ke meja hidangan, berganding bahu ketika musim tanaman baharu tiba, dengan Tahun Baharu Lunar 2022 yang semakin hampir.

"Kolaborasi bersama Angel Brand begitu serasi sekali dari awal lagi," tambah beliau. "Dengan sos yang dihasilkan secara semula jadi, pes kacang dan perasa tradisional yang lain, Angel Brand merupakan padanan kami yang sempurna untuk mencipta pengalaman rasa yang terbaik untuk rakyat Malaysia."

Bermula pada 1 Januari, pelanggan yang membeli mana-mana kampit 5kg varian beras Jasmine Food seperti Calfresh, Sunwhite, Moly, Pearl dan Royal Siam daripada kedai-kedai e-dagang Jasmine Food di Shopee atau Lazada akan menerima satu botol percuma Angle Light Soy Sauce.

Dengan beberapa anugerah yang telah dicapai termasuk anugerah Pengurusan Kualiti ISO, anugerah Superbrand dan anugerah Laureate jenama berprestij, Jasmine Food berazam untuk merancakkan lagi sambutan bersama rakyat Malaysia. Paling terkini, jenama ini mencapai kedudukan jenama beras terunggul di Malaysia, menurut data indeks Nielsen Company (M) Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.facebook.com/jasminefoodmy/.

Latar Belakang Jasmine Food Corporation Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 1960, Jasmine Food Corporation, subsidiari Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), merupakan peneraju bagi pengedaran dan pemasaran industri beras di Malaysia menerusi pelbagai anugerah yang telah dicapai olehnya. Jasmine Food mengedarkan produk beras termasuk beras wangi, beras basmati, beras putih, beras khas, beras perang, beras pulut dan bihun beras melalui jaringan wakil penjual yang komprehensif di seluruh negara.

Source: Jasmine Food
Keywords: Agriculture Food/Beverages