LONDON, 1 Mac 2022 /PRNewswire/ -- LCM Partners dengan bangganya mengumumkan bahawa firma tersebut telah memenangi Anugerah Private Debt Investor 2021 bagi "Pelabur Hutang Kecemasan dan Situasi Khas Tahun Ini, Eropah" dan juga "Pemberi Pinjaman Khas Tahun Ini, Eropah".
Private Debt Investor (PDI-Pelabur Hutang Swasta) ialah sebuah penerbitan global tentang rekod hutang swasta yang mengesan institusi, dana dan transaksi yang membentuk pasaran kredit swasta dunia. Anugerah tahunan tersebut kini berada pada tahun kesembilan dengan para pemenang dipilih berdasarkan undian yang diterima daripada pembaca penerbitan tersebut, termasuk para peserta industri hutang swasta dan komuniti pelabur institusi.
Ini merupakan kemenangan keenam LCM dalam kategori Hutang Kecemasan Eropah yang sebelum ini turut menjadi pemenang pada tahun 2015, 2016, 2018, 2019 dan 2020. Strategi utama LCM iaitu Peluang Kredit ("COPS"), adalah dengan memperoleh pinjaman pengguna dan PKS yang berbayar, dijadualkan semula dan tidak berbayar, dan anugerah ini juga merupakan pengiktirafan terhadap kedudukan firma tersebut yang inovatif dan terkemuka dalam kelas aset kepakaran ini sejak 23 tahun yang lalu.
Berdasarkan kejayaan COPS, firma tersebut melancarkan strategi kewangan khusus iaitu SOLO (Peluang Permulaan dan Pinjaman Strategik) pada Mac 2018, yang berfokus pada pinjaman bersandarkan butiran aset melalui perkongsian strategik jangka panjang dengan syarikat pemula yang mantap. Anugerah "Pemberi Pinjaman Khas Tahun Ini, Eropah" menjadi bukti pencapaian firma ini dalam meningkatkan penggunaan strategi dalam bidang pasaran seperti kewangan aset dan pinjaman bercagar.
Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif LCM Partners, berkata:
"Kami amat berbesar hati dan bersyukur kerana menerima dua anugerah penting ini daripada Private Debt Investor dan kami amat menghargai sokongan yang diterima daripada Rakan Kongsi Terhad serta komuniti PDI yang lebih luas.
Kami melihat aktiviti dalam pasaran pinjaman pengguna dan PKS Eropah sedang kembali ke peringkat sebelum Covid dan kami menjangkakan 2022 akan menjadi tahun yang paling sibuk. Bilangan pinjaman tidak berbayar dalam pasaran dijangka akan terus bertambah apabila kita bangkit daripada fasa pandemik Covid. Selain itu, bank sentiasa mendorong kecekapan melalui model perniagaan mereka, maka, kami melihat peluang yang semakin meningkat untuk mewujudkan perkongsian pinjaman bersandarkan aset dengan profil pulangan terlaras risiko yang menarik."
LCM Partners
James Hogan
T: +44 203 457 5050
jhogan@lcmpartners.eu
Nota kepada Editor:
LCM ialah pengurus aset alternatif Eropah yang terkemuka dan berpangkalan di London serta mengkhusus dalam keseluruhan portfolio kredit pinjaman pengguna dan PKS. LCM menawarkan kepakaran yang tiada tandingan dalam portfolio pelaburan dan pengurusan kredit serta mempunyai modal dikeluarkan dan/atau modal komited bernilai kira-kira €6.8 bilion dan telah melabur dalam lebih 2,800 portfolio pinjaman berbayar, dijadualkan semula dan tidak berbayar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LCM di www.lcmpartners.eu.