omniture

ZTE lancar siri produk dan penyelesaian 5G baharu di MWC 2022

ZTE Corporation
2022-03-03 01:39 140

SHENZHEN, China, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini melancarkan siri produk dan penyelesaian 5G baharu di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, Sepanyol. Produk dan penyelesaian baharu ini menunjukkan komitmen tinggi ZTE untuk membina rangkaian 5G yang paling ringkas dengan kecekapan tenaga, meningkatkan transformasi digital industri-industri dengan rangkaian peribadi semua-dalam-satu dan mengendalikan rangkaian yang rumit dengan mudah.


UniSite NEO ZTE, antara penyelesaian baharu ini, merupakan penyelesaian tapak yang paling ringkas dalam industri. Dikuasakan oleh unit radio bersepadu OmniUBR Series, ia berupaya mengurangkan unit radio daripada 18 kepada 5 dan menyokong tapak 6-jalur 3-sektor dengan hanya 5 unit, mengurangkan kos sewa tapak dengan ketara sehingga 57% dan membawakan 40% penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Selain itu, ZTE telah mengemas kini portfolio 5G RAN dengan siri produk Massive MIMO generasi baharu. Ia termasuk 32TR dan 64TR AAU, sehingga 192 elemen antena dan 320 watt serta memperkenalkan produk Massive MIMO yang paling ringan dalam industri iaitu seberat 9kg untuk tapak trafik tinggi dengan ruang terhad. Kemas kini portfolio produk senario penuh ZTE melengkapkan peningkatan rangkaian radio dan meningkatkan ROI untuk pengendalinya.

Di MWC 2022, ZTE membawakan penyelesaian rangkaian peribadi 5G semua-dalam-satu berdasarkan kepada model baharu rangkaian 5G sebagai satu perkhidmatan. Ini merupakan pakej pesanan-ke-perkhidmatan sehenti dengan perisian dan perkakas yang diprasepadukan selain rangkaian 4G dan 5G tertumpu. Pakej ini mempunyai ciri-ciri rangkaian buatan khas untuk memperkasa masyarakat digital.

ZTE memperkenalkan tiga jenis rangkaian peribadi 5G yang utama termasuk kabinet kompak untuk kilang pintar dengan berpuluh-puluh aplikasi perusahaan akan dilancarkan di awan, pelayan tunggal i5GC untuk kampus komprehensif di mana aplikasi adalah lebih terpelbagai dan keselamatan data serta khidmat kendiri adalah wajib dan MEC terbenam untuk bilik peralatan yang sangat terhad serta senario aplikasi yang ringkas.

Di samping itu, ZTE melancarkan VMAX, pemecut transformasi digital di MWC 2022 bagi memenuhi kerumitan yang semakin meningkat daripada O&M rangkaian yang dianggap sebagai salah satu isu terbesar untuk pengendali. VMAX ZTE dapat membantu meningkatkan pengalaman pelanggan, mengurangkan kos dan meningkatkan prestasi operasi.

VMAX merupakan sebahagian daripada uSmartNet, penyelesaian Rangkaian Berautonomi ZTE dan mengubah operasi domain-tunggal kepada perspektif semua-domain dan hujung-ke-hujung yang menyediakan Pandangan Sehenti. Apabila ralat rangkaian berlaku, VMAX menyokong pembaikan kendiri perkhidmatan silang-domain. Ia dapat mengetahui punca utama masalah perkhidmatan dan aduan pelanggan dalam beberapa minit dengan lebih daripada 80% ketepatan lokasi dan peningkatan kecekapan sebanyak 30%.

Di samping itu, VMAX dapat menafsirkan maksud perkhidmatan, cadangan perancangan rangkaian output yang tepat dengan intervensi minimum. Sementara itu, ia memberikan keselamatan hujung-ke-hujung untuk senario berbeza bagi melindungi privasi peribadi.

"Peningkatan prestasi, perluasan sempadan dan penambahbaikan kecekapan merupakan tiga kunci kepada strategi '5G Berkembang' ZTE," kata Zhang Wanchun, Naib Presiden Kanan ZTE Corporation. "ZTE berharap dapat bekerjasama dengan rakan industrinya untuk membina rangkaian awam yang paling ringkas dan paling kukuh, rangkaian peribadi tersuai dan rangkaian perniagaan paling pintar."

Klik untuk versi penuh pelancaran baharu ZTE 2022:
https://topicsen.zte.com.cn/Online-Events/5G_Growing_Part.html

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news