omniture

Huawei Perkenal Penyelesaian Pemeriksaan Talian Penghantaran Kuasa Pintar 2.0 -- Mengesan Risiko dan Melindungi Talian

Huawei
2022-03-04 17:10 150

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Di Kongres Dunia Mudah Alih 2022, semasa sidang kemuncak transformasi digital industri, Huawei memperkenalkan Penyelesaian Pemeriksaan Talian Penghantaran Kuasa Pintar 2.0. Melalui dua sub-penyelesaian – visualisasi saluran dan keselamatan tapak menara — ia menumpukan kepada beberapa isu penting dalam pemeriksaan talian manual dan keselamatan perimeter tapak menara. Penyelesaian ini dijangka dapat membantu perusahaan kuasa elektrik mengesan setiap risiko dan melindungi setiap talian. 

Huawei memperkenalkan Penyelesaian Pemeriksaan Talian Penghantaran Kuasa Pintar 2.0
Huawei memperkenalkan Penyelesaian Pemeriksaan Talian Penghantaran Kuasa Pintar 2.0

Pemeriksaan manual tradisional talian penghantaran kuasa menghadapi pelbagai isu termasuk keselamatan, pengurusan, kecekapan, respons, prestasi waktu sebenar dan risiko operasi. Bagi menangani isu ini, Huawei membangunkan Penyelesaian Pemeriksaan Talian Penghantaran Kuasa Pintar 1.0 yang menyepadukan visi pintar, tenaga tapak dan angkut balik gelombang mikro. Ia memastikan angkut balik data yang andal dan memvisualkan status talian penghantaran kuasa dalam persekitaran di mana isyarat hilang, bekalan kuasa tidak tersedia dan pengimejan adalah sukar. Versi 2.0 yang dinaik taraf ini menambah beberapa fungsi penting. Ini termasuk pautan video-radar yang sentiasa memantau keadaan di sekitar tapak menara, bagi menjamin grid kuasa.

Tapak menara merupakan rangka yang menyokong operasi talian penghantaran kuasa yang stabil dan andal. Walau bagaimanapun, ia berhadapan dengan banyak ancaman buatan dan semula jadi. Dalam masa yang sama, pemeriksaan manual adalah berbahaya dan dilakukan dalam persekitaran yang sukar. Atas sebab inilah, Huawei menambah keselamatan tapak menara kepada penyelesaian pemeriksaannya yang dinaik taraf. Kini, ia dapat beradaptasi dengan penyelesaian talian untuk pelbagai jarak, mengurus sehingga 600,000 kamera dan memproses banyak data. Pusat pemeriksaan dan pasukan bekerjasama untuk menyokong pemeriksaan di setiap langkah. Ini dilengkapi dengan pautan video-radar, membolehkan pemeriksaan liputan penuh dan mengesan sebarang pencerobohan oleh kakitangan yang tidak dibenarkan pada waktu sebenar.

Pemeriksaan Talian Penghantaran Kuasa Pintar 2.0 Huawei mengintegrasikan empat keupayaan teras: pelbagai jenis algoritma berkejituan tinggi, teknologi rangkaian kendiri yang selamat dan boleh dikawal, produk bersepadu yang ringan dan mudah dipasang serta O&M yang cekap dengan lelaran pantas dan hayat bateri yang panjang. Penyelesaian ini melindungi setiap talian penghantaran kuasa dengan menjadikannya selamat, cekap, mesra alam dan memfokuskan kepada pengalaman.

  • Selamat: Menggantikan lawatan ke tapak manual dengan pemeriksaan pintar, mendiagnosis risiko berpotensi secara jarak jauh, meningkatkan kepadatan liputan pemeriksaan daripada 60% kepada 100%, mengurangkan kekerapan terputus bekalan kuasa tahunan, mengelakkan 90% terputus bekalan kuasa sementara yang tidak dirancang dan memastikan penggunaan kuasa yang stabil dan selamat untuk seluruh industri ini.
  • Cekap: Mengurangkan masa pemeriksaan daripada 20 hari kepada 2 jam, menjadikannya 80 kali ganda lebih cekap. Hubungkan platform pintar dan aplikasi untuk mendigitalkan perkhidmatan, meningkatkan kelajuan respons dan kecekapan pemprosesan tugas sebanyak 30%. 
  • Mesra alam: Mengurangkan jumlah kakitangan pemeriksaan dan kenderaan, mengurangkan emisi karbon. Sebagai contoh, bagi setiap 5000 km talian, penyelesaian ini dijangka dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 16.2 tan setahun bagi setiap kenderaan. Di samping itu, penyelesaian ini membantu mengenal pasti dengan pantas kecemasan (seperti kebakaran di gunung), melindungi alam semula jadi dan meningkatkan keandalan bekalan kuasa.
  • Berorientasikan-pengalaman: Kakitangan tidak perlu bekerja dalam persekitaran yang sukar dengan kerap hasil daripada peranti pintar; dan apabila mereka perlu berbuat demikian, penyelesaian ini menawarkan persekitaran yang lebih selamat, meningkatkan pengalaman kakitangan.

Huawei menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) untuk integrasi dengan sistem kuasa yang merupakan asas bagi Penyelesaian Pemeriksaan Pintar 2.0. Ia membawakan pemeriksaan tanpa pengawasan, saluran visual, penyelenggaraan dipermudah dan kerja yang ringan. Pada masa akan datang, Huawei akan terus mendalami dengan mendalam senario industri dan melancarkan produk serta penyelesaian yang andal, menjimatkan kos dan sesuai untuk industri kuasa elektrik. Kami bermatlamat untuk membantu grid kuasa mencapai operasi yang selamat, cekap dan mesra alam.

MWC 2022 diadakan mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Reruai perniagaan perusahaan Huawei terletak di H50, Hall 1, Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/events/huawei-enterprise-mwc-2022

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar dan komited untuk membawakan ciri digital kepada setiap orang, rumah dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. Huawei memfokuskan kepada senario perniagaan pelanggan perusahaan dan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi infrastruktur digital. Bergabung tenaga dengan pelanggan dan rakan kongsi global, Huawei mengintegrasikan secara meluas ICT dengan perniagaan industri, mempercepatkan transformasi digital industri, memacu penaiktarafan industri digital, menggalakkan pembangunan ekonomi digital, membantu pembangunan sosial yang mampan, New Value Together. Setakat penghujung tahun 2021, secara global, lebih daripada 700 bandar dan 267 syarikat Fortune Global 500 memilih Huawei sebagai rakan transformasi digital mereka. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di

www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news