omniture

Huawei Perkenal Green Intelligent OptiX Network, Serlahkan Lima Penyelesaian untuk Perkasa Pendigitalan Industri

Huawei
2022-03-04 17:36 155

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Di Kongres Dunia Mudah Alih 2022 (MWC 2022), Richard Jin, Naib Presiden Huawei dan Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik, melancarkan Green Intelligent OptiX Network untuk perusahaan. Ia menyediakan lima penyelesaian berasaskan senario yang inovatif — FTTO (Gentian Ke Pejabat), FTTM (Gentian Ke Mesin), Single OptiX, DC OptiX dan Sensing OptiX — untuk memperkasa pendigitalan industri.

Huawei Memperkenalkan Green Intelligent OptiX Network
Huawei Memperkenalkan Green Intelligent OptiX Network

Penyelesaian FTTO: Dengan mengintegrasikan kelebihan teknikal IP dan produk optik, Huawei melancarkan penyelesaian Gentian Ke Pejabat (FTTO) untuk membina rangkaian kampus hijau dan dipermudah. Penyelesaian ini memudahkan seni bina rangkaian daripada tiga lapisan kepada dua lapisan, memastikan tiada bilik voltan rendah tambahan (ELV) diperlukan. Tambahan pula, seni bina P2MP yang unik mengurangkan pelaburan modul optik sebanyak 50%. Di samping itu, terminal optik menyokong pasang-dan-pakai serta tukar-dan-pakai, meningkatkan kecekapan O&M sebanyak 50%. Selain itu, Huawei melancarkan OptiXstar P871E, ONU panel pertama industri ini yang menyokong10 Gbps lebar jalur dan ONU 10G paling kecil dalam industri OptiXstar S890H.

Penyelesaian FTTM: Penyelesaian ini terpakai untuk senario seperti kilang, kereta api bawah tanah, lombong arang batu, pelabuhan dan lebuh raya serta menyediakan kependaman rendah berketentuan dan keandalan tinggi, memenuhi keperluan rangkaian dalam senario industri. Di pelabuhan, rangkaian Gentian Ke Mesin (FTTM) menawarkan kependaman ultra-rendah berketentuan agar pengendali dapat mengawal mesin secara jarak jauh dari 100 km jauh, meningkatkan dengan ketara kecekapan operasi kontena. FTTM turut memastikan keselamatan intrinsik untuk rangkaian bawah tanah (seperti rangkaian bawah tanah lombong arang batu), menghapuskan risiko keselamatan daripada percikan elektrik. Di persimpangan, seni bina teragih FTTM yang inovatif menggunakan hanya satu kabel optik dan satu kabel elektrik untuk menggantikan ratusan kabel dalam penyelesaian tradisional, meningkatkan kecekapan kejuruteraan sebanyak 80%.

Penyelesaian Single OptiX: Huawei melancarkan penyelesaian rangkaian Paip Keras Natif (NHP). Penyelesaian ini menyokong teknologi paip keras generasi kelima yang dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Optik (OSU) dan serasi dengan Modulasi Kod Denyutan (PCM), Hierarki Digital Segerak (SDH), Rangkaian Pengangkut Optik (OTN) dan teknologi paip keras yang lain. Rangkaian NHP menyepadukan rangkaian penghantaran dan akses buat julung kalinya, yang mana teknologi serah semua OSU memastikan pengasingan fizikal E2E dan keandalan perkhidmatan yang tinggi. Teknologi ini mempunyai prospek aplikasi yang luas dalam kuasa elektrik dan senario laluan bawah tanah. Pemanjangan paip keras ke bawah untuk mengakses rangkaian membolehkan penggabungan automasi pengedaran kuasa dengan pemeriksaan pintar atau sistem maklumat penumpang metro dengan sistem kutipan tambang automatik melalui satu rangkaian, meningkatkan keandalan dan kecekapan.

Penyelesaian DC OptiX: Menggabungkan kelebihan storan dan produk komunikasi optik, Huawei melancarkan penyelesaian Penyelarasan Sambungan Optik-Storan (SOCC). Penyelesaian ini menggunakan rangkaian optik untuk mengesan kerosakan pautan dan mengupayakan penukaran laluan gentian dalam 5 milisaat. Selain itu, ia dapat memantau getaran rangkaian gentian pada waktu sebenar dan memaklumkan peranti storan. Penyelesaian ini membolehkan penukaran saluran I/O dalam 1 saat, memastikan kehilangan data sifar dan meningkatkan dengan ketara keandalan rangkaian. Selain itu, Huawei menaik taraf kapasiti sistem Antara Sambung Pusat Data (DCI) daripada 88 Tbps kepada 96 Tbps setiap gentian, mengurangkan kos pemajakan gentian dan meningkatkan kecekapan operasi untuk pelanggan.

Penyelesaian Sensing OptiXb: Dengan pengalaman inovasi dan aplikasi teknologi optik selama 30 tahun, Huawei melancarkan produk penderiaan optik pertama — OptiXsense EF3000, yang berasaskan kepada hasil kajian algoritma penderiaan pintar. Produk ini sebahagian besarnya digunakan dalam senario saluran paip minyak dan gas, membantu perusahaan membina mod pemeriksaan tanpa pengawasan yang baharu. Hasilnya, kadar pengenalpastian peristiwa ancaman saluran paip telah mencecah 97%. Xu Xiaoliang, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Gentian Optik Shandong Jihua Gas, mengulas, "Jihua telah menjalankan ujian teknikal lapangan menggunakan produk penderiaan optik Huawei. Ujian ini membuktikan ketepatan laporan adalah jauh lebih tinggi daripada industri ini. Untuk membina berasaskan kepada projek bersama ini, kami akan terus mengumpul dan mengemas kini sampel di lapangan bagi mengiktiraf sebanyak mungkin jenis kejadian, mendedahkan algoritma pengecaman yang lebih tepat dan menyediakan jaminan teknikal yang lebih cekap untuk pengurusan keselamatan dalam industri minyak dan gas."

MWC 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian perusahaan di Reruai 1H50, Hall 1, Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://e.huawei.com/en/events/huawei-enterprise-mwc-2022.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news