omniture

Projek TECH4ALL DigiTruck memenangi Anugerah GSMA GLOMO untuk Sumbangan Mudah Alih Cemerlang kepada SDG PBB

Huawei
2022-03-07 12:38 141

BARCELONA, Sepanyol, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai pengiktirafan kepada projek TECH4ALL DigiTruck, Safaricom, Close the Gap, dan Huawei telah menerima Anugerah Mudah Alih Global (Global Mobile, GLOMO) di MWC22 Barcelona untuk Sumbangan Mudah Alih Cemerlang kepada SDG PBB.

Safaricom, Close the Gap, dan Huawei menang anugerah GLOMO untuk Sumbangan Mudah Alih Cemerlang kepada SDG PBB
Safaricom, Close the Gap, dan Huawei menang anugerah GLOMO untuk Sumbangan Mudah Alih Cemerlang kepada SDG PBB

Dilancarkan dalam kerjasama dengan pengendali Kenya Safaricom, Kementerian untuk ICT Kenya, Komputer untuk Sekolah-Sekolah Kenya, GSMA, dan NGO antarabangsa Close the Gap, projek DigiTruck berada di bawah domain pendidikan – Tech4Education – inisiatif rangkuman digital Huawei TECH4ALL. Sejajar dengan SDG, TECH4ALL bertujuan untuk memastikan bahawa tiada seorang pun yang ketinggalan dalam dunia digital dengan membangunkan kemahiran, aplikasi, dan teknologi dalam domain pendidikan, persekitaran, kesihatan, dan pembangunan.

Projek DigiTruck telah dilancarkan dalam tahun 2019 untuk mempromosi keterangkuman digital dalam masyarakat terpencil dan luar bandar di Kenya. Ditukarkan dari kontena perkapalan terpakai, DigiTruck adalah bilik darjah mudah alih yang menyediakan latihan dalam kemahiran digital untuk individu dan masyarakat yang sangat memerlukannya. Ia memuatkan 20 stesyen kerja dan dilengkapi dengan komputer, tablet, telefon pintar, dan sambungan Internet melalui penyelesaian Akses Tanpa Wayar Tetap Huawei – kesemuanya dikuasakan solar sepenuhnya, supaya masyarakat yang kurang bekalan kuasa turut mendapat faedah.

Sejak pelancaran, lebih daripada 2,300 pelajar telah menerima lebih 80,000 jam latihan merentas 19 daerah di Kenya. Setiap kursus 40 jam meliputi kemahiran literasi digital asas, yang termasuk cara bagaimana menggunakan telefon pintar, Internet, emel, dan perisian pejabat. Selain menyediakan panduan mengenai pengurusan e-sisa, latihan juga meliputi pelbagai kemahiran insaniah yang penting seperti merangka dokumen perniagaan, mencari kerja dalam talian, dan memulakan perniagaan dalam talian.

Pelatih DigiTruck di Kenya
Pelatih DigiTruck di Kenya

"Kami komited untuk menyumbang kepada SDG PBB; kami menyediakan ketersambungan, penyelesaian inovatif, dan kemahiran digital yang memperkasa pelanggan kami dalam dunia digital. Kemenangan ini adalah pengiktirafan luar biasa terhadap usaha kami bersama dengan Huawei dan rakan kongsi lain dalam menghubungkan pelanggan kami secara digital," kata Peter Ndegwa, Ketua Pegawai Eksekutif Safaricom.

Program ini menyumbang kepada SDG4 dengan ketara: untuk memastikan pendidikan berkualiti yang terangkum dan saksama dan mempromosi peluang pembelajaran sepanjang hayat buat semua. Inisiatif seperti DigiTruck dapat membantu usaha ke arah mencapai SDG lain, termasuk menamatkan kemiskinan dan kesaksamaan jantina. Kemahiran digital yang dipertingkatkan adalah penting untuk meningkatkan prospek pekerjaan untuk pencari kerja dan memperkasa masyarakat berpendapatan rendah dengan model perniagaan dalam talian – kemahiran yang seterusnya dapat mengeluarkan orang ramai daripada kemiskinan. Walaupun majoriti program menyasarkan nisbah yang sama bagi pelatih lelaki dan perempuan, kursus juga tersedia khusus gadis dan wanita, yang mana kekurangan kemahiran digital dilihat lebih teruk. Dalam tahun 2021 dan dalam kerjasama dengan Wanita dalam Teknologi Huawei, DigiTruck menyediakan Latihan untuk 55 wanita di sub daerah terpencil Garbatulla.  

Bagi kebanyakan pelatih, latihan ini merupakan pengalaman pertama mereka dalam teknologi digital, menyediakan kunci untuk membuka peluang yang mungkin tidak mereka sedari atau yang mungkin di luar jangkauan.

"Program DigiTruck yang dibangunkan oleh Close the Gap bersama Huawei sedang berusaha untuk menukar cabaran kepada satu peluang," kata Olivier Vandem, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Close the Gap. "Lokasi terpencil dan di luar grid dapat ditukar sepenuhnya menjadi digital untuk menjadikan orang muda lebih inklusif dan berdikari serta memperkasa masyarakat."

Selain Kenya, DigiTruck sedang dilaksanakan di banyak negara di seluruh dunia untuk membantu meningkatkan kemahiran digital dan merapatkan jurang digital.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Huawei memenangi anugerah GLOMO untuk Sumbangan Cemerlang kepada SDG PBB – dalam tahun 2021, Rainforest Connection dan Huawei telah memenangi anugerah untuk projek TECH4ALL Nature Guardian, yang menggunakan teknologi akustik terangkai untuk melindungi spesis dan ekosistem terancam daripada ancaman seperti pembalakan dan pemburuan haram.

Dihoskan oleh GSMA, anugerah GLOMO mengiktiraf sumbangan organisasi yang inovatif dan cemerlang yang menukar bagaimana orang ramai, masyarakat, dan perniagaan berinteraksi dan berubah dalam dunia yang mengutamakan digital. Setiap tahun, GLOMO dianugerahkan di MWC22 Barcelona.

MWC22 Barcelona berlangsung dari 28 Februari sehingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya di reraui 1H50 di Fira Gran Via Dewan 1. Bersama dengan pengendali global, profesional industri, dan peneraju pandangan, kami menyelami topik seperti trend industri, PANDUAN untuk Masa Hadapan, dan pembangunan hijau untuk membayangkan masa depan rangkaian digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2022

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Corporate Social Responsibility Trade show news