omniture

Perkongsian awam-swasta dengan penyedia awan kunci memacu bandar pintar di Asia

Tencent Cloud
2022-03-08 13:36 103

Tencent Cloud memperkasa perniagaan dan kerajaan dengan memupuk bakat dan mengukuhkan ekosistem digital tempatan.

SINGAPURA, 8 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Di Technology for Change Week Asia oleh Economist Impact tahun ini, Tencent Cloud membincangkan mengenai peranan yang semakin kritikal yang dimainkan oleh sektor swasta dalam memacu transformasi digital, ketika Asia melangkah ke arah bandar pintar atau Smart Cities. Tencent Cloud percaya pemangku kepentingan sektor swasta terus menjadi mitra yang tidak ternilai dalam memupuk ekosistem digital yang rancak dan berterusan di Asia.

Berucap di perbincangan panel mengenai peranan penyelesaian berasaskan awan dalam e-tadbir urus, Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan, Tencent Cloud International menyatakan bahawa transformasi digital yang berjaya dikuasakan oleh kolaborasi antara kerajaan, penggiat sektor swasta dan pemangku kepentingan tempatan seperti rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menekankan bahawa sektor swasta perlu melihat sektor mereka sebagai rakan kongsi untuk proses pendigitalisan, beliau menggariskan dua bidang utama di mana penyedia teknologi awan dapat menyokong inisiatif bandar pintar dengan lebih baik: bekerjasama seiring dengan penggiat ekosistem dan memupuk kumpulan bakat berkemahiran.

Membangunkan ekosistem digital yang mantap dan berkembang maju merupakan kunci untuk mengekalkan bandar pintar. Sebagai permulaannya, peranan kerajaan kekal kritikal untuk memulakan langkah ke arah menjadi bandar lebih pintar. Penggiat sektor swasta melengkapkan pihak kerajaan dengan meminjamkan kepakaran mereka dan pengetahuan teknikal mereka untuk memberi nasihat yang lebih baik kepada pemegang kepentingan tempatan. Pemegang berkepentingan ini boleh terdiri daripada perniagaan tempatan dan kerajaan itu sendiri hinggalah rakyat yang mungkin belum menyedari bagaimana pendigitalisan dapat menjadikan kehidupan mereka lebih cekap. Yeung mengulas, "Cabaran untuk kedua-dua perniagaan dan kerajaan dalam perjalanan pendigitalan adalah serupa. Mereka mungkin tidak tahu di mana atau bagaimana untuk bermula, bahkan apa yang mereka inginkan. Selain teknologi, kini kami perlu muncul sebagai perunding untuk membantu mereka memahami peluang yang tersedia dan jalan ke hadapan."

Individu-individu kini beralih kepada saluran dalam talian untuk perkhidmatan harian mereka, bermula dengan membuat bayaran untuk membeli-belah, malah menempah perundingan di institusi rawatan kesihatan. Bagi memenuhi rangkaian permintaan digital yang semakin berkembang ini, dipercepatkan oleh kemunculan pandemik, perniagaan dan kerajaan berusaha untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memacu penglibatan yang lebih baik antara pekerja dan rakyat. Tatkala penerimaan teknologi dipercepatkan dalam kalangan pengguna akhir dan penyedia perkhidmatan, bakat tempatan perlu mengikuti perkembangan dan terus meningkatkan kemahiran mereka bagi memanfaatkan teknologi yang berkembang pesat ini, bagi memastikan terdapat saluran bakat teknologi yang baik untuk menyokong proses pendigitalisan.

Sebagai salah sebuah syarikat awan yang terkemuka dan berkembang paling pantas di dunia, Tencent Cloud merupakan penyokong yang kuat untuk memanfaatkan pengalaman dan pengetahuannya untuk latihan dan peningkatan kemahiran. Telahpun melancarkan program pensijilan Tencent Cloud pada tahun 2021 secara rasmi, sejak itu syarikat ini menjadikan bahan pembelajaran berkualiti tingginya tersedia secara percuma di platform e-pembelajaran antarabangsa Coursera. Lebih berkait rapat dengan syarikat ini, baru-baru ini Tencent Cloud bekerjasama dengan Kydon Group, agensi pembelajaran digital terkemuka Asia untuk membangunkan dan menawarkan pengkomputeran awan dan kursus teknologi termaju yang lain kepada pelajar di Asia Tenggara.

Sebagai contoh, Tencent Cloud berganding bahu dengan Kerajaan Digital Guangdong untuk menyokong peralihan wilayah ini kepada e-tadbir urus. Penyelesaian digital syarikat ini telah membantu membangunkan platform "Digital Guangdong Series", membawakan lebih daripada 1,800 perkhidmatan dan fungsi sara hidup untuk rakyatnya untuk diakses pada platform digital tunggal. Yeung berkongsi bahawa inisiatif ini telah meningkatkan kualiti dan kecekapan keupayaan perkhidmatan kerajaan dalam talian untuk rakyat di Guangdong.

Jelas bahawa teknologi awan telah dan akan terus menjadi pendorong utama untuk transformasi digital dalam era pasca-pandemik. Di seluruh rantau ini, perbelanjaan awan dijangka mencecah US$200 bilion di rantau ini menjelang tahun 2024, dengan pelaburan dalam awan meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun lebih 20% sejak tahun 2018. Tencent Cloud kekal komited untuk menjadi rakan pilihan yang dipercayai untuk perniagaan, industri dan kerajaan ketika mereka berusaha untuk menyerlahkan potensi penuh ekonomi digital.

Source: Tencent Cloud
Keywords: Computer/Electronics