BARCELONA, Sepanyol, 8 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Huawei Digital Power Technologies Co., Ltd. (selanjutnya dirujuk sebagai Huawei Digital Power) menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Meinergy Technology Co., Ltd (selanjutnya dirujuk sebagai Meinergy), pemaju fotovolta (PV) yang terkemuka di Afrika Barat. Di bawah perjanjian ini, Huawei Digital Power akan menyediakan penyelesaian PV pintar & sistem storan tenaga (ESS) yang lengkap untuk loji PV berskala utiliti 1 GW dan projek ESS 500 MWj yang dibangunkan oleh Meinergy di Ghana.
Wu Guangwen (Ketua Pegawai Eksekutif - Meinergy), Zhou Wei (Pengarah Urusan - Pejabat Perwakilan Huawei Ghana) dan Fang Liangzhou (Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran - Huawei Digital Power), menghadiri majlis penandatanganan.
Meinergy Tandatangan Perjanjian dengan Huawei untuk satu Projek 1 GW dan 500 MWh bagi Membantu Pembangunan Mesra Alam Ghana
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kuasa, mempelbagaikan campuran tenaga dan mempercepatkan pembangunan ekonomi, kerajaan Ghana telah menetapkan matlamat strategiknya untuk tenaga boleh diperbaharui: Meningkatkan proposisi tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga kepada 10%, mempromosikan tenaga hijau dan menjadikan kuasa boleh dicapai di seluruh negara menjelang tahun 2030.
Meinergy telah berada di Ghana selama bertahun-tahun dan perniagaannya meliputi sektor perlombongan, kuasa elektrik dan PV. Berlatarbelakangkan transformasi campuran tenaga global, Meinergy mengembangkan perniagaan tenaga boleh diperbaharuinya dengan bersungguh-sungguh di Ghana dan negara-negara lain di Afrika untuk menyediakan kuasa mesra alam yang stabil untuk masyarakat tempatan dan merapatkan jurang kuasa elektrik.
Kedua-dua pihak telah menjalin kerjasama erat bagi loji PV berskala utiliti, penyepaduan PV dan hidrokuasa, storan tenaga dan PV kediaman di Ghana serta mencapai hasil perniagaan yang cemerlang. Kedua-dua pihak dijangka untuk terus bekerjasama dalam pembangunan loji PV & ESS, pusat data, eLTE dan awan awam untuk membangunkan Afrika yang lebih mesra alam.