omniture

Huawei CloudCampus 3.0 Takrifkan Semula Rangkaian Kampus dengan Pengalaman Pengguna Amat Pantas dan Akses ke Awan Amat Pantas

Huawei
2022-03-18 09:20 108

BARCELONA, Sepanyol, 18 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Kongres Dunia Mudah Alih (MWC 2022), Huawei memperkenalkan Penyelesaian CloudCampus 3.0 yang baru dinaik taraf di IP Club Carnival dan dengan berbuat demikian dalam mengambil langkah yang penting untuk menakrifkan semula rangkaian kampus. CloudCampus 3.0 menakrifkan semula akses kampus dengan menawarkan "300 Mbps @ Everywhere", mereka bentuk semula seni bina rangkaian kampus daripada tiga lapisan kepada dua lapisan dan memikirkan semula akses awan untuk cawangan-cawangan melalui talian pajak tapak-ke-awan, menggandakan kecekapan akses awan.

Huawei CloudCampus 3.0 Solution
Huawei CloudCampus 3.0 Solution

Dengan kemunculan teknologi baru muncul, seperti awan, IoT dan data raya, pendigitalan perusahaan menjangkaui dari tempat kerja hinggalah ruang pengeluaran dan operasi serta dari ibu pejabat (HQ) ke cawangan dan awan. Berlatarbelakangkan hal ini, kampus perusahaan dijangka mendayakan persekitaran pejabat dan pengeluaran yang pintar dan kolaboratif demi kreativiti pasukan yang dipertingkat dan kolaborasi tangkas yang lebih baik. Selain itu, kampus perusahaan perlu mempercepatkan akses awan untuk perkhidmatan, membuka jalan untuk kolaborasi perkhidmatan global di tengah-tengah persekitaran perniagaan yang pantas berubah ini.

Rangkaian kampus — menghubungkan terminal pada satu hujung dan awan pada hujung yang lain – merupakan asas untuk pembinaan kampus digital. Dalam seni bina rangkaian kampus tradisional, rangkaian kampus hanya menyambungkan aplikasi pejabat perusahaan setempat dan terminal pejabat berwayar dengan rangkaian tanpa wayar hanya dengan menambah rangkaian berwayar. Ini mengakibatkan pengalaman pengguna yang tidak berterusan dan terputus sambungan serta bingkai pegun yang kerap. Lebih teruk lagi, talian pajakan tradisional gagal mengupayakan akses awan yang cekap untuk pelbagai cawangan perusahaan.

Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei berkata: "Rangkaian kampus adalah sangat penting. Dari satu segi, pelbagai jenis terminal dihubungkan melalui LAN untuk melaksanakan pertukaran data semua senario. Sebaliknya, SD-WAN diperlukan untuk mengupayakan akses ke awan. Oleh itu, perusahaan amat memerlukan rangkaian kampus yang mendayakan akses yang amat pantas ke awan dan pengalaman pengguna yang sangat pantas."

CloudCampus 3.0 serba baharu Huawei memenuhi sepenuhnya jangkaan ini dengan penaiktarafan berterusan, lalu menjadikan penyelesaian ini amat sesuai untuk membina rangkaian kampus bertumpukan pengalaman.

Seperti biasa, Huawei melaksanakan inovasi yang berterusan dalam bidang WLAN dan suis untuk memastikan pengalaman pengguna yang amat pantas dalam kampus pejabat perusahaan.

Untuk menghuraikannya, produk siri Huawei AirEngine Wi-Fi 6 memanfaatkan teknologi perayauan AI dan antena pintar bagi mencapai perangkaian berterusan tanpa wayar sepenuhnya, membolehkan pengguna yang sedang bergerak menggunakan rangkaian pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Produk beraneka ciri sedemikian turut memanfaatkan algoritma penjadualan multimedia pintar bagi menjamin persidangan suara dan video premium. Sorotan utama yang lain termasuk Huawei AirEngine 6761-21 AP dengan antena pintar zum-dinamik pertama seumpamanya dan Huawei AirEngine 6761-22T AP berupaya untuk Wi-Fi 6E.

Apabila melibatkan suis, Huawei berinovasi dengan teknologi PoE elektrik-optik yang mengupayakan bekalan kuasa PoE pada jarak yang amat jauh. Dikuasakan oleh teknologi ini, AP tidak terjejas walaupun apabila gangguan bekalan elektrik tempatan yang tidak dijangkakan berlaku pada rangkaian kampus, lalu menyediakan pekerja perusahaan dengan akses tanpa wayar yang sentiasa hidup.

Huawei CloudEngine S8700 ialah suis modular generasi-seterusnya serba baharu yang menonjol dengan seni bina dipermudah dan inovatif. Suis kalis masa depan ini dapat berfungsi dengan unit jarak jauh (RU) bagi mencapai "Satu Peranti, Satu Rangkaian", menakrifkan semula seni bina rangkaian kampus dan amat mempermudah perancangan, pelaksanaan dan pengurusan rangkaian kampus.

Terutamanya, dengan memanfaatkan teknologi PoE elektrik-optik, kabel hibrid dan modul hibrid, penyelesaian Huawei dapat menawarkan bekalan kuasa PoE++ pada jarak yang amat jauh iaitu 300 meter, sementara RU menyokong PoE sekunder ke terminal hiliran. Dengan cara ini, seluruh rangkaian dapat mencapai bekalan kuasa terpusat, lalu memastikan kesinambungan rangkaian walaupun tanpa bekalan utama setempat.

Memandangkan semakin banyak perkhidmatan beralih ke awan, Huawei SD-WAN menerokai pelbagai industri lebih mendalam, mengupayakan akses ke awan yang amat pantas. Sebagai contoh, dalam sektor runcit, Huawei SD-WAN menyokong penyediaan sifar-sentuhan (ZTP) untuk pelaksanaan automatik dan penyediaan pautan berasaskan awan. Ini dapat membantu pelanggan runcit memendekkan waktu penyediaan rangkaian kedai daripada beberapa minggu kepada 1 hari. Dalam sektor kewangan, Huawei SD-WAN mengupayakan pengemudian trafik pintar dan menawarkan pautan ultra-jalur lebar untuk akses awan, memastikan perkhidmatan urus niaga yang penting adalah stabil dan andal. Penghala SD-WAN serba baharu daripada Huawei NetEngine AR6710 — yang mengintegrasikan penghalaan dan pensuisan — merupakan pilihan yang ideal untuk akses awan yang amat pantas untuk cawangan-cawangan perusahaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei CloudCampus, klik: https://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/campus-network

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news