omniture

HONOR MAGIC4 ULTIMATE MUNCUL JULUNG KALI DI TEMPAT TERATAS SENARAI KEDUDUKAN KAMERA TELEFON PINTAR DXOMARK

HONOR
2022-03-19 00:51 92

Menampilkan Kamera-Kuad serba baharu yang menetapkan standard baharu untuk sistem pengimejan mudah alih 

SHENZHEN, China, 19 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa HONOR Magic4 Ultimate, menampilkan sistem Kamera-Kuad berkuasa yang memperkenalkan Kanta Bentuk-Bebas Duaan yang pertama di dunia dan pelbagai inovasi kamera terkini yang meningkatkan pengalaman fotografi dan tangkapan video secara besar-besaran. HONOR Magic4 Ultimate juga telah berada dalam senarai kedudukan kamera telefon pintar DxOMark di tempat pertama, satu pencapaian bersejarah yang membuktikan kemajuan jenama ini dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai sebuah syarikat bebas.

HONOR Magic4 Ultimate entered the DxOMark smartphone camera ranking in 1st place
HONOR Magic4 Ultimate entered the DxOMark smartphone camera ranking in 1st place

"HONOR Magic4 Ultimate menonjolkan kemuncak R&D HONOR dan menunjukkan cita-cita kami untuk menjadi jenama teknologi pilihan walaupun untuk pengguna yang paling mendesak," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "Menyampaikan prestasi kamera luar biasa dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik bebas di DxOMark, kesemuanya semasa menawarkan ciri-ciri paparan, prestasi dan keselamatan yang telahpun diharapkan oleh pengguna daripada telefon pintar unggulan HONOR, HONOR Magic4 Ultimate merupakan penyelesai masalah utama dan terunggul yang telah lama diharapkan oleh pengguna profesional."

Sistem Pengimejan Mudah Alih yang Utama dalam Industri 

HONOR Magic4 Ultimate memperkenalkan sistem kamera yang paling berkuasa dan versatil pada telefon pintar HONOR setakat ini.

  • Kamera Luas 50MP dengan Kanta 8P tersuai
  • Kamera Ultra-Luas 64MP dengan Kanta Bentuk-Bebas Duaan terulung
  • Kamera Telefoto Periskop 64MP
  • Kamera Dipertingkat Spektrum 50MP
  • pemproses imej buatan khas serba baharu tambahan

"HONOR Magic4 Ultimate mencapai skor Teratas yang baharu dalam senarai kedudukan Kamera Telefon Pintar DXOMARK, menyampaikan pengalaman luar biasa terutamanya dari segi foto dan zum sekali gus menjadi antara yang pertama bagi video." DXOMARK IMAGE LABS menekankan, "Berhubung segmen Ultra-premium, HONOR Magic4 Ultimate menyediakan prestasi terbaik hampir untuk semua kriteria (Keseluruhan, Foto, Zum) dan amat hampir dengan kedudukan teratas bagi prestasi Video."

Menerima pakai sensor imej terbesar seumpamanya pada telefon pintar HONOR, Kamera Luas 50MP dengan sensor 1/1.12-inci amat besar dan apertur besar f/1.6 memberikan prestasi penderiaan-cahaya unggul yang bahkan menyaingi sensor 1-inci dan apertur f/1.8. HONOR Magic4 Ultimate dapat mengambil gambar waktu malam yang indah atau potret cahaya-rendah yang lebih cerah, dengan warna-warna yang lebih terang, objek yang lebih jelas dan artifak visual minimum. Kanta 8P tersuai didatangkan dengan 37% peningkatan ketajaman pusat dan 30% peningkatan ketajaman bahagian hujung, menghasilkan foto dan video yang kelihatan terperinci walaupun apabila mengezum dekat. Selain itu, salutan Ultra Anti-Pantulan (UAR) dan Penapis Potong Infra-Merah (IRCF), Kamera Luas 50MP ini meminimumkan dengan berkesan suar yang ditangkap daripada sumber cahaya yang kuat, maka pengguna dapat merakamkan detik-detik yang paling mengagumkan walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.

Kamera Ultra-Luas 64MP menawarkan medan pandangan 126° yang mengagumkan untuk mengambil gambar segala-galanya bermula daripada parti hinggalah bandar yang besar, di samping mendapat faedah daripada Kanta Bentuk-Bebas Duaan yang pertama di dunia yang dapat menumpukan kepada punca masalah herotan imej sudut luas dengan herotan pinggir 0.5% yang rendah dalam industri. Dengan teknologi salutan anti-suar, HONOR Magic4 Ultimate boleh mendapatkan medan pandangan yang jelas dan besar, sama ada mengambil gambar atau video.

Bagi objek yang jauh, Kamera Teleskop Periskop 64MP dengan penstabilan optik terbina dalam dan fotografi pengkomputeran gabungan menawarkan julat zum yang mengagumkan dengan 3.5x Zum Optik dan sehingga 100x Zum Digital untuk pengguna mengambil gambar imej tetap. Unik kepada HONOR Magic4 Ultimate dalam siri ini, Kamera Dipertingkat Spektrum 50MP, yang diperkenalkan buat julung kali dalam Magic V unggulan boleh lipat yang pertama daripada HONOR, membolehkan sistem kamera mendedahkan lebih banyak butiran dalam persekitaran yang kompleks seperti kabus.

Pada bahagian utama sistem ini, pemproses imej buatan khas serba baharu tambahan menyokong pengkomputeran AI yang lebih pantas dan lebih cekap untuk membawa Fotografi Ultra Gabungan ke tahap yang jauh lebih tinggi, mengupayakan pengambilan video Mod Malam 4K yang paling hebat dalam industri dan pratonton masa sebenar, memastikan bahawa rakaman video yang amat cerah, jelas dan terang dalam kegelapan yang amat sangat dapat dijayakan.

HONOR Magic4 Ultimate turut didatangkan dengan sokongan untuk format video gred-profesional serba baharu: Magic-Log2. Dibangunkan khas berdasarkan kepada modul kamera baharu, format baharu ini mengupayakan penangkapan 15% julat dinamik yang lebih tinggi untuk merakam bahagian video. Digabungkan dengan sokongan LUT (Look Up Table) 3D serba baharu, HONOR Magic4 Ultimate dapat menghasilkan video HDR10+ yang mempesonakan walaupun dalam cahaya malap, yang menghidupkan keajaiban filem dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

Kuasa Ajaib Ditonjolkan Sebaiknya

Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G Mobile Platform, HONOR Magic4 Ultimate menyampaikan prestasi yang luar biasa pantas dan kecekapan bateri yang hebat merentas kesemua senario penggunaan biasa. HONOR memaksimumkan keupayaan cip set ini, membawakan pengoptimuman sistem yang selanjutnya dengan kelancaran dan penggunaan kuasa yang lebih baik dan dalam masa yang sama menghasilkan kurang haba dan menurunkan kependaman demi pengalaman pengguna yang jauh lebih baik.

LTPO Display 6.81-inci generasi seterusnya menyampaikan visual yang lancar dan cerah dengan sokongan untuk kadar segar semula adaptif bagi membantu pengguna menjimatkan bateri. Konsisten dengan HONOR Magic4 Series yang lebih luas, paparan ini menyokong pemalapan Modulasi Lebar-Denyut (PWM) 1920Hz bagi menawarkan pengalaman tontonan yang selesa walaupun dalam persekitaran cahaya rendah. HONOR Magic4 Ultimate juga merupakan telefon pintar Android terbaik yang baharu dalam senarai kedudukan Paparan DxOMark dengan skor 95 mata.

Menggunakan Magic UI 6.0 terkini berdasarkan kepada Android 12, HONOR Magic4 Ultimate menyokong pelbagai ciri kehidupan pintar khusus HONOR.

Warna dan Ketersediaan  

Boleh didapati dalam warna Hitam dan Putih, HONOR Magic4 Ultimate akan tiba dalam pasaran China lewat tahun ini dengan harga bermula daripada RMB 7,999.

Latar Belakang HONOR   

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di  www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/ 
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services