omniture

Absen rancang kukuhkan jaringan rakan kongsi global sokong pertumbuhan pesat LED

Absen.com
2022-03-23 16:50 124

SHENZHEN, China, 23 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Pengeluar LED global Absen, hari ini mengumumkan permulaan fasa perekrutan baharu dalam usaha untuk meluaskan lagi jaringan perkongsian globalnya dan mengukuhkan kedudukan utamanya sebagai pakar inovasi dan teknologi LED dan untuk menyokong pertumbuhan pasaran.

Perekrutan global Absen untuk lebih 1000 rakan kongsi
Perekrutan global Absen untuk lebih 1000 rakan kongsi

Dalam menyokong pertumbuhan pesat pasaran LED, Absen – yang kini beroperasi dalam lebih 130 negara – bersedia untuk meluaskan jaringan globalnya dengan menjalin kerjasama dengan perniagaan-perniagaan berfikiran sealiran yang lain yang boleh memohon untuk menjadi wakil Absen menerusi komitmennya untuk kekal menjadi peneraju pasaran secara global.

Berdasarkan kepada jaringan yang sudahpun mengagumkan sejak permulaan syarikat-syarikat berkenaan pada tahun 2001, ketika ini Absen mempunyai 13 pejabat domestik dan luar negara, menggaji lebih 2,000 kakitangan dan wakil yang bertanggungjawab terhadap penyiapan lebih 50,000 projek setakat ini. Bagi mengukuhkan lagi perkongsian global yang telahpun dipupuk daripada dua dekad lamanya dalam industri LED, syarikat ini komited untuk mengalu-alukan perniaagan yang mempunyai ideologi, visi dan dorongan yang serupa.

"Kami telah dan akan terus mengalami pengembangan yang besar dalam pasaran LED. Sejajar dengan pertumbuhan ini, kami komited untuk meningkatkan jaringan rakan kongsi berharga sedia ada kami," ujar Laura Luo, Naib Presiden di Absen "memandangkan kemajuan teknologi dilakar dengan LED dan aplikasi yang membolehkan LED dapat digunakan terus berkembang – begitu juga dengan jaringan wakil Absen kami. Ini sememangnya waktu yang tepat untuk LED."

Absen mengaitkan dua dekad kejayaannya sebagai peneraju pasaran, berkaitan dengan nilai-nilai teras yang sama: kejujuran, kesyukuran dan tanggungjawab – dan lebih penting lagi berbanding sebelum ini – kelestarian.

"Kami sedang mencari bakal rakan kongsi yang berkongsi ideologi perniagaan yang diperjuangkan secara bersungguh-sungguh oleh kami, sebagai sebuah syarikat. Menyokong pertumbuhan secara mampan akan menjadi usaha bersama yang menjadi komitmen kami untuk diteruskan bersama rakan kongsi baharu kami."

Sepanjang lima tahun yang lalu, Absen telah melakar kemajuan yang besar dari segi komitmen kelestarian dan penjimatan tenaganya, mengurangkan emisi karbon kira-kira sebanyak 700,000 tan pada ketika itu.

Fasa strategi pertumbuhan jaringan Absen yang baharu menyeru perniagaan-perniagaan 'terbaik dalam kelas' yang lain untuk memohon maklumat lanjut terus daripada Absen. Rakan-rakan kongsi baharu akan dilatih, dibimbing dan disokong menerusi pengetahuan luas daripada pasukan dan akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada peluang-peluang yang dibawa oleh LED ke pasaran global.

https://www.absen.com/connect-to-the-future

Source: Absen.com
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion