omniture

YOFC Umum Keputusan Tahunan 2021

YOFC
2022-04-01 06:53 248

Perkadaran Perniagaan Luar Negara Melebihi 30% Buat Julung Kalinya 

Keuntungan Bersih Mencecah 710 Juta Yuan, Meningkat 30% Berbanding Tahun Sebelumnya 

WUHAN, China, 1 April 2022 /PRNewswire/ -- Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (selepas ini dirujuk sebagai "YOFC" atau "Syarikat") baru-baru ini mengumumkan hasil disatukannya bagi tahun 2021 ("Tempoh Pelaporan"). Sepanjang tempoh pelaporan, hasil kendalian mencecah 9,536 juta yuan, satu peningkatan sebanyak 16.0% berbanding tahun 2020. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat induk mencecah 710 juta yuan, meningkat 30.3% berbanding tahun sebelumnya.

Semasa tempoh pelaporan, YOFC terus mengoptimumkan kecekapan pengeluaran dan struktur kos, meluaskan senario aplikasi produk baharu dan mengukuhkan kepimpinannya dalam pasaran Gentian optik dan kabel global. Titik kejayaan dari segi inovasi teknologi yang ditakrifkan oleh pencapaian berautonomi penuh merentas seluruh rantaian nilai Gentian optik, Syarikat ini mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Gentian optik baharu, yang menjurusnya untuk menjadi yang pertama di seluruh dunia yang memperkenalkan Gentian serakan-rata untuk transmisi ke hadapan 5G. Untuk satu lagi pencapaian pertama, Gentian kawasan-efektif-besar Syarikat ini dengan pelemahan yang sangat rendah serta Gentian berbilang-teras dan mod-rendah proprietarinya menerajui seluruh dunia. Selain itu, Gentian optik berbilang-mod berkualiti tinggi Syarikat ini digunakan secara meluas dalam pembinaan pusat data berskala besar di dalam dan luar negara.

Di samping menjamin kelebihan teras perniagaan utama, YOFC mempercepatkan kadar pempelbagaian secara berterusan dan mencapai kejayaan penting dalam banyak bidang. Syarikat ini meningkatkan lagi portfolionya untuk modul optik/peranti optik, kejuruteraan rangkaian komunikasi, pendawaian pusat data serta kabel optik aktif untuk aplikasi elektronik pengguna, di samping mencapai pertumbuhan baharu dalam modul optik, bahan kuarza semikonduktor dan kabel komunikasi dasar laut. Syarikat ini memanfaatkan selanjutnya kelebihannya dalam modul optik dan peranti optik bagi memanfaatkan sendiri peluang-peluang projek dalam pasaran pusat data dan komunikasi, dengan segmen ini menunjukkan lonjakan baharu dalam hasilnya semasa tempoh pelaporan.

Pada tahun 2021, YOFC memperkenalkan hala tuju yang memberi tumpuan pada pembezaan produk dan perkhidmatan yang selanjutnya untuk meningkatkan daya saing antarabangsa serta mewujudkan kehadiran yang lebih luas dalam pasaran sedia ada mahupun pasaran baharu. Penelitian terhadap permintaan produk dan keuntungan yang berpotensi diperoleh dalam beberapa pasaran sasaran, terutamanya di Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin, menjadi asas rancangan untuk meluaskan kapasiti pengeluaran dengan sewajarnya, menghasilkan pertumbuhan pesat dalam hasil perniagaan luar negara. Semasa tahun tersebut, syarikat ini meraih pencapaian pertama hala tuju baharunya apabila hasil perniagaan tidak termasuk China mencapai 310 juta yuan, meningkat 46.8% berbanding tahun sebelumnya dan menyumbang sebanyak lebih daripada 30% daripada hasil tahunan buat julung kalinya. Dua projek penting yang menyumbang untuk meraih pencapaian tersebut ialah kemudahan rangkaian komunikasi di Filipina dan di Peru yang mana dalam kedua-dua kes, pasukan-pasukan yang dipertanggungjawabkan membuktikan diri mereka mampu menangani cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 dan menyelesaikan sasaran pembinaan mereka seperti yang dijadualkan. Kedua-dua kejayaan ini diiktiraf oleh pengendali tempatan, membawa kepada pengumpulan pesanan projek susulan. Pada bulan Jun 2021, Syarikat ini menyelesaikan pemerolehan YOFC Poliron Indústria e Comércio de Cabos Especiais Ltda. (Poliron) di Brazil, menubuhkan kemudahan pengeluaran pertamanya di wilayah berkenaan. Di samping itu, lantaran permintaan sebenar di seluruh Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin, Syarikat ini meluaskan kapasiti pengeluaran Gentian optik dan kabelnya di Indonesia serta kapasiti pengeluaran Gentian optiknya di Poland.

Memandang ke arah tahun 2022, tahun yang jelas dengan peluang mahupun cabaran, YOFC menjangkakan untuk mengukuhkan kedudukan kepimpinan seluruh dunia untuk perniagaan utamanya dengan memanfaatkan keperluan untuk mengimbangi semula bekalan dan permintaan merentas industri dan untuk terus melaksanakan inisiatif strategik yang penting. Syarikat ini turut merancang peringkat globalisasi operasi yang seterusnya dengan meningkatkan lagi portfolio kapasiti pengeluaran luar negara selain memperkukuh pasukan luar negara melalui pengambilan bakat tempatan agar keperluan pelanggan dapat dipenuhi dengan lebih baik dengan berbincang bersama mereka dalam bahasa ibunda mereka.

https://en.yofc.com/

Source: YOFC
Related Stocks:
HongKong:6869 Shanghai:601869
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Earnings