omniture

Ingenico, jenama Worldline dan rakan kongsi BharatPe tawar perkhidmatan pembayaran dan perdagangan canggih kepada pedagang India

Ingenico, a Worldline brand
2022-04-01 11:20 159

- Perkongsian strategik 5-tahun menandakan era baharu dalam dunia perdagangan 

NEW DELHI, PARIS dan SINGAPURA, 25 Mac 2022 /PRNewswire/ -- BharatPe, salah sebuah syarikat teknologi kewangan (Fintech) yang berkembang paling pantas di India dan Ingenico, jenama Worldline, hari ini mengumumkan satu perkongsian strategik selama lima tahun yang akan membantu mendorong penerimaan peranti POS di India. Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Ingenico akan melancarkan 100,000 rangkaian Axium Android Smart POS dan PPaaS (Platform Pembayaran sebagai satu Perkhidmatan Ingenico) ke rangkaian pedagang BharatPe di India sepanjang 12 bulan akan datang.

Kombinasi antara terminal berasaskan Android Axium DX8000 dan PPaaS membawakan BharatPe, unikorn berpangkalan di Delhi, tindanan teknologi yang dirancang untuk memenuhi keperluan pasaran yang berkembang dengan pantas dan membangun. Dibina mengikut norma industri yang terkini dan menggunakan sistem operasi Android 10, antara muka pengguna yang besar di terminal Axium menjadikannya sangat sesuai untuk pedagang BharatPe.

Sebagai pengusaha POS persendirian No.3 di India dan syarikat yang sentiasa berinovasi dengan perkhidmatan baharu, BharatPe, dengan penyelesaian PPaaS Ingenico akan mempunyai kefleksibelan untuk membawa aplikasi perniagaannya yang inovatif ke pasaran dalam tempoh waktu yang paling singkat. PPaaS ialah rangkaian perkhidmatan pembayaran dan perdagangan yang menggabungkan penyelesaian untuk mengurus terminal dengan aplikasi pihak ketiga dan kaedah bayaran alternatif. Platform berasaskan awan ini berfungsi dengan sebarang peranti pembayaran melebihi 35 juta POS Ingenico yang telahpun diatur kedudukannya di 170 negara di serata dunia dan untuk perdagangan dalam talian.

Bagi Ingenico, perkongsian ini merupakan peluang untuk memperkukuh kehadirannya dalam pasaran India yang berpotensi tinggi selain meletakkan kedudukan Ingenico sebagai pendaya ekosistem yang memperkasa perdagangan merentas kesemua saluran, mempermudah pembayaran dan membawakan perjalanan pelanggan yang inovatif.

Mengulas tentang perkongsian ini di India FinTech Expo, Delhi yang mana beliau merupakan penceramah ucap tama, Nigel Lee, Naib Presiden Kanan Ingenico untuk Asia Pasifik berkata: "Kami berbesar hati dapat mengiringi trajektori pertumbuhan BharatPe di India, pasaran yang strategik untuk Ingenico. Perkongsian ini merupakan peluang yang besar untuk Ingenico bagi menyokong BharatPe dan untuk memperluas rangkaian perkhidmatan yang dapat dibawa olehnya kepada pedagang. Selain itu, misi Ingenico untuk PPaaS adalah untuk membantu rakan kongsinya mengurus perkhidmatan berbeza yang disediakan oleh mereka kepada pedagang mereka secara mudah dan cekap dengan cara yang jauh lebih cepat dan lebih mudah berbanding teknologi lain yang dibenarkan ketika ini. Kami berbangga dapat membolehkan BharatPe berbuat demikian dan untuk menyokong mereka sepanjang perjalanan pertumbuhan mereka yang luar biasa."

Mengulas tentang perkongsian ini, Shashvat Nakrani, Pengasas Bersama, BharatPe, berkata, "Kami telah merancang salah satu pengembangan yang paling pantas dalam industri POS di India sejak kami melancarkan BharatSwipe pada tahun 2020. Hari ini, perniagaan PoS kami aktif di lebih 250 bandar dan kami telah menempatkan lebih daripada 125,000 mesin BharatSwipe di seluruh kedai luar talian. Selain itu, kami memproses sebanyak US$ 4 bilion nilai pemprosesan transaksi tahunan pada peranti PoS kami ketika ini. Menerusi perkongsian strategik bersama Ingenico ini, kami akan dapat menambah dimensi baharu kepada rangkaian tawaran teknologi kewangan kami kepada pedagang luar talian. Mesin POS Axium baharu digandingkan dengan PPaaS akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan pembayaran dan perdagangan yang bertaraf dunia kepada rakan dagangan kami dan seterusnya memperkasa mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kami akan terus meneroka perkongsian yang strategik bersama pengusaha-pengusaha terkemuka merentas industri-industri agar dapat menawarkan produk dan perkhidmatan teknologi kewangan yang terbaik dalam kelas kepada berjuta-juta rakan dagangan kami."

LATAR BELAKANG WORLDLINE 

Worldline [Euronext: WLN] merupakan peneraju global dalam industri pembayaran dan rakan teknologi pilihan untuk pedagang, bank dan pemeroleh. Diperkasa oleh 20,000 pekerja di lebih daripada 50 negara, Worldline menyediakan kepada pelanggannya dengan penyelesaian yang mampan, dipercayai dan inovatif bagi mendorong pertumbuhan mereka. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Worldline termasuk pemerolehan komersial dalam kedai dan dalam talian, pemprosesan transaksi pembayaran yang sangat selamat dan pelbagai perkhidmatan digital. Pada tahun 2021, Worldline menjana hasil proforma sebanyak hampir 4 bilion euro.

LATAR BELAKANG  BHARATPE 

BharatPe ditubuhkan pada tahun 2018 dengan visi untuk menjadikan rangkuman kewangan suatu kenyataan untuk pedagang India. Pada tahun 2018, BharatPe melancarkan kod QR saling beroperasi UPI yang pertama di India, iaitu perkhidmatan penerimaan bayaran MDR sifar yang pertama. Pada tahun 2020, selepas Covid, BharatPe turut melancarkan satu-satunya terminal penerimaan kad MDR sifar India – BharatSwipe. Ketika ini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 8 juta pedagang merentas lebih 150 bandar, syarikat ini merupakan peneraju bagi transaksi luar talian UPI, memproses lebih 11 kror transaksi UPI setiap bulan (Nilai Terproses Transaksi tahunan sebanyak US$ 16+ Bilion bagi pembayaran). Syarikat ini telahpun memudahkan pelepasan pinjaman yang berjumlah lebih INR 3000 kror kepada lebih 300,000 pedagang, sejak dilancarkan. Perniagaan POS BharatPe memproses bayaran sebanyak lebih US$ 4 bilion setiap tahun pada mesin POSnya. Ia memiliki jaringan dengan lebih 125,000 mesin di seluruh bandar-bandar. BharatPe telah mengumpul lebih US$ 650 juta ekuiti dan hutang, sehingga kini. Senarai pelabur terkemuka syarikat ini melibatkan Tiger Global, Dragoneer Investment Group, Steadfast Capital, Coatue Management, Ribbit Capital, Insight Partners, Steadview Capital, Beenext, Amplo dan Sequoia Capital. Pada Jun 2021, syarikat ini mengumumkan pemerolehan PAYBACK India, syarikat program kesetiaan berbilang jenama yang terbesar di negara ini dengan lebih 100 juta ahli. Pada Jun 2021, ia turut diberi kelulusan dalam-prinsip oleh Reserve Bank of India untuk menubuhkan Bank Kewangan Kecil, dengan kerjasama Centrum Financial Services Limited (Centrum), cabang NBFC Centrum Group yang mantap dan menguntungkan. Pada Oktober 2021, konsortium Centrum Financial Services Limited (Centrum) dan BharatPe, telah diberikan lesen Bank Kewangan Kecil (SFB) oleh Reserve Bank of India (RBI). BharatPe juga melakukan penyertaan besar-besarannya dalam segmen Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later) menerusi pelancaran postpe pada Oktober 2021. 

Source: Ingenico, a Worldline brand
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts Financial Technology