BEIJING, 2 April 2022 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec" atau "Syarikat") menganjurkan persidangan prestasi tahunan 2021 pada 28 Mac di Beijing melalui webinar. Mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa, perolehan 2021 dan pendapatan kendalian lain Sinopec mencecah CNY2.74 trilion (USD431.50 bilion) dengan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat mencapai CNY71.975 bilion (USD11.33 bilion), pertumbuhan sebanyak 115.2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini menjadi prestasi operasi terbaik Sinopec dalam dekad yang lalu.
Sinopec menganjurkan persidangan prestasi tahunan 2021 pada 28 Mac, melaporkan pendapatan perolehan dan kendalian lain 2021nya sebanyak CNY 2.74 trilion (USD 431.50 bilion) dengan keuntungan boleh diatribut kepada pemegang sahan syarikat mencecah CNY 71.975 billon (USD 11.33 bilion), mencapai 115.2 peratus perkembangan berbanding tahun sebelumnya.
Dividen sebanyak CNY0.47 sesaham diagihkan sepanjang tahun dengan nisbah pembayaran dividen sebanyak 80 peratus. Berdasarkan kepada harga saham purata wajaran pada tahun 2021, hasil dividen bagi saham A dan saham H masing-masing mencapai 10.8 peratus dan 14.3 peratus.
Dengan mengambil kira pandemik COVID-19 dan persekitaran makro yang rumit, Sinopec memberi tumpuan untuk memajukan pengeluaran dan operasi yang berkualiti tinggi, pembangunan transformatif, inovasi teknologi, pembaharuan pengurusan, pencegahan dan kawalan risiko, antara aspek-aspek lain pada tahun 2021 bagi mencapai permulaan yang mantap selaras dengan "Rancangan Lima-Tahun ke-14" China. Secara keseluruhan, pelbagai sektor perniagaan Sinopec telah berkembang dengan positif, dengan pencapaian yang luar biasa dalam:
Dalam pada itu, Sinopec turut memfokuskan kepada pembangunan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) bersama lembaga pengarah yang datangnya daripada latar belakang yang lebih pelbagai dan Syarikat ini bertindak balas dengan aktif kepada cabaran perubahan iklim, menjimatkan tenaga dengan bersungguh-sungguh dan mengurangkan pencemaran serta emisi karbon, selain menyokong Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022.
En. Ma Yongsheng, presiden Sinopec menyatakan, Sinopec akan melaksanakan pembangunan sepenuhnya terhadap kelebihannya dalam penyepaduan pemasaran, jenama, teknologi dan bakat untuk melangkah maju secara berterusan ke arah matlamat untuk menjadi syarikat tenaga bersih dan kimia yang terkemuka di dunia, lalu mencipta nilai yang lebih besar untuk pihak berkepentingan dan juga masyarakat.
"Memandang ke arah masa depan, Sinopec akan menerima transformasi tenaga dengan aktif dan membina serta transformasi industri secara keseluruhan, melaksanakan strategi pembangunan yang utama di dunia secara meluas dan mengoptimumkan secara berterusan Rancangan Lima-Tahun ke-14 dan matlamat jangka panjang 2035 bagi mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi dan mampan," kata Ma.
Sinopec telah menyusun lima tumpuan utama dalam melaksanakan strategi pembangunan baharunya dan berusaha untuk:
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.