omniture

Country Garden keluarkan keputusan kewangan bagi tahun 2021, Hasil meningkat 13% kepada US$82.2 bilion

Country Garden Holdings
2022-04-04 12:28 215

FOSHAN, China, 4 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 30 Mac, Country Garden Holdings Company Limited ("Country Garden") (02007.HK) mengeluarkan keputusan kewangannya bagi tahun 2021. Syarikat ini mengekalkan kedudukan utama industrinya dalam jualan dan mencapai pertumbuhan kukuh dalam hasil serta prestasi terbaik dalam hari jualan tertunggak (DSO), lantas menunjukkan kebingkasan operasi yang mantap.

Pengumuman Keputusan Tahunan 2021 Country Garden Holdings
Pengumuman Keputusan Tahunan 2021 Country Garden Holdings

Bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2021, Country Garden mencapai jualan berkontrak yang boleh diagihkan kepada pemegang saham kira-kira sebanyak 558 bilion yuan (kira-kira US$87.7 bilion) dengan GFA jualan berkontrak yang boleh diagihkan kepada pemegang saham mencapai 66.41 juta meter persegi. Statistik menunjukkan bahawa mulai tahun 2015 hingga 2021, kadar pertumbuhan kompaun syarikat bagi jualan berkontrak mencapai 29%.

Dari segi kedudukan jualan yang dikeluarkan oleh China Index Academy, CRIC dan organisasi-organisasi pihak ketiga yang lain, Country Garden merupakan satu-satunya pemaju hartanah dengan jualan berkaliber penuh yang melangkaui 700 bilion yuan (kira-kira US$110 bilion) sementara jualan ekuiti melebihi 500 bilion yuan (kira-kira US$78.6 bilion), seterusnya mengekalkan kedudukan teratasnya dalam industri ini.

Dari segi penunjuk keuntungan teras, Kumpulan ini memperoleh hasil sebanyak 523.06 bilion yuan (kira-kira US$82.2 bilion), keuntungan kasar sebanyak 92.78 bilion yuan (kira-kira US$14.6 bilion) dan keuntungan bersih sebanyak 40.98 bilion yuan (kira-kira US$6.4 bilion) sepanjang tahun. Keuntungan bersih teras yang boleh diagihkan kepada pemegang saham mencecah 26.93 bilion yuan (kira-kira 4.2 bilion).

Aliran tunai yang mencukupi merupakan faktor penting dalam mengurus dan meminimumkan risiko tatkala industri ini menyaksikan pengetatan modal dan banyak pemaju mengalami kekurangan tunai apabila bon mereka mencapai tempoh matang. Semasa tempoh pelaporan, wang tunai Country Garden yang dikumpul daripada jualan berkontrak yang boleh diagihkan berjumlah 502.2 bilion yuan (kira-kira US$79 juta), dengan nisbah kutipan tunai sebanyak 90%. Perlu diperhatikan bahawa Country Garden mengekalkan nisbah ini pada paras 90% atau lebih tinggi selama enam tahun berturut-turut.

Di samping peningkatan selanjutnya dalam kedudukan kewangan, paras hutang Country Garden telah menurun secara berterusan tahun demi tahun, dengan kos pembiayaan menurun seiring dengannya. Setakat 31 Disember 2021, Kumpulan ini mempunyai wang tunai tersedia yang mencukupi iaitu 181.3 bilion yuan (kira-kira US$28.5 bilion); jumlah hutang menanggung faedah menurun sebanyak 2.6% kepada 317.92 bilion yuan (kira-kira US$50 bilion) dengan nisbah penggearan bersih sebanyak 45.4%, menurun 10.2 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya; kos pinjaman purata wajaran menurun sebanyak 36 mata asas kepada 5.2%. Nisbah aliran tunai kepada hutang jangka pendek berada pada 2.3x.

Walaupun industri di China ini secara keseluruhannya mengalami tempoh penyesuaian yang signifikan. Operasi kukuh dan pengurusan kewangan yang stabil oleh Country Garden menjamin pengiktirafan dan sokongan yang berterusan kepada firma ini daripada agensi-agensi penarafan kredit dan institusi-institusi kewangan utama.

Industri hartanah di tanah besar China memasuki kitaran ke bawah semasa separuh kedua tahun 2021 dengan tiga agensi penarafan antarabangsa yang utama menurunkan secara kumulatif penarafan atau prospek pemaju hartanah Cina kira-kira 250 kali, lalu memperlihatkan kesan kemelesetan ke atas pemaju yang terkesan dan keupayaan mereka untuk mengumpul atau meminjam dana. Walau bagaimanapun, kedua-dua Moody's dan Fitch mengekalkan penarafan gred-pelaburan mereka ke atas Country Garden, sementara Standard & Poor's mengekalkan penarafan "BB +" pihak pemaju dan prospek yang "positif".

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Earnings