omniture

CGTN: China giatkan usaha tanam pokok untuk kurangkan emisi karbon

CGTN
2022-04-04 12:32 202

BEIJING, 4 April 2022 /PRNewswire/ -- China menggiatkan usahanya untuk menanam pokok di seluruh negara tatkala ia berusaha untuk memenuhi janjinya untuk memuncak emisi karbon menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.

Presiden Cina Xi Jinping dan pegawai-pegawai kanan yang lain telah memimpin usaha penghutanan. Semasa menyertai aktiviti penanaman pokok di Beijing pada hari Rabu, Xi berkata bahawa hutan mempunyai kapasiti untuk memulihara air, membawa faedah ekonomi, meningkatkan penghasilan bijirin dan juga berfungsi dengan baik sebagai sinki karbon.

Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman pokok selama 10 tahun berturut-turut sejak Kongres Kebangsaan CPC kali ke-18 pada tahun 2012.

'Semai benih pemuliharaan ekologi' 

China menetapkan tarikh 12 Mac sebagai Hari Menanam Pokok Kebangsaan pada tahun 1979, Kongres Rakyat Kebangsaan, badan perundangan tertinggi China, melancarkan kempen menanam pokok secara sukarela di seluruh negara pada tahun 1981, mensyaratkan bahawa setiap rakyat yang berkeupayaan berumur 11 tahun ke atas harus menanam tiga hingga lima batang pokok setiap tahun.

"Saya ingin memberi sumbangan saya kepada inisiatif China Indah (Beautiful China) dan juga untuk menyemai benih pemuliharaan ekologi dalam seluruh masyarakat, khususnya dalam kalangan belia Cina," kata Xi semasa aktiviti tahun ini di taman rekreasi bandar di Bandar Huangcun, Daerah Daxing, Beijing.

Beliau menanam anak pokok pain Cina, pic berbunga, magnolia, epal masam dan pokok ash Cina.

"Dengan ketabahan dan usaha terkumpul, kami akan dapat menjadikan langit negara kita lebih biru, gunung lebih menghijau, air lebih jernih dan alam sekitar lebih indah," kata beliau.

Menyifatkan hutan sebagai "sinki karbon," Xi berkata hutan dan padang rumput mempunyai kepentingan asas dan strategik untuk keselamatan ekologi negara ini.

Beliau menyeru untuk mengutamakan pemuliharaan ekologi dan mengusahakan pembangunan hijau dengan "pendekatan holistik."

"Kami akan melindungi dan mengurus ekosistem kita yang melibatkan gunung-ganang, sungai, hutan, tanah ladang, tasik, padang rumput dan padang pasir dengan pendekatan yang holistik, menjalankan program penghijauan secara sistematik dan meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber hutan serta padang rumput," kata beliau.

Peranan hutan dalam pengurangan karbon 

"Perairan yang jernih dan gunung-ganang menghijau merupakan aset-aset yang tidak ternilai," satu konsepsi yang diungkapkan oleh Xi, telah menjadi prinsip panduan dalam usaha pemuliharaan ekologi China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China berjanji untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060. Ia juga berjanji untuk memajukan transformasi hijau pembangunan sosial dan ekonomi, menurut Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) dan objektif-objektif jangka panjang sehingga tahun 2035, pelan tindakan pembangunan terkini negara ini.

Penghutanan memainkan peranan penting dalam mengubah idea-idea ini menjadi kenyataan memandangkan sinki karbon, seperti hutan dan padang rumput, menyerap dan menyimpan karbon dioksida daripada atmosfera.

Baik liputan hutan mahupun hutan simpan China telah mengekalkan pertumbuhan sejak 30 tahun yang lalu dan negara ini merealisasikan pertumbuhan sumber hutan terbesar antara semua negara, menurut kertas putih China tentang pemuliharaan biodiversiti yang dikeluarkan pada Oktober lalu.  

Pada penghujung tahun 2020, kawasan hutan China mencapai 220 juta hektar, dengan kadar liputan hutan mencapai 23 peratus dan simpanan karbon hutan mencapai 9.19 bilion tan, menurut kertas putih berkenaan.

Pada tahun 2021, China menanam 3.6 juta hektar hutan dan mengubah 380,800 hektar tanah ladang menjadi hutan, menurut Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara dalam satu buletin pada 11 Mac. Negara ini merancang untuk menanam 6.4 juta hektar pokok dan rumput pada tahun ini.

Bagi menyokong peningkatan kapasiti sinki karbon dalam sektor perhutanan, baru-baru ini China Development Bank mengeluarkan pinjaman bernilai kira-kira 114.1 bilion yuan (sekitar $17.95 bilion) untuk mendorong kawasan ekologi utama seperti pembinaan hutan simpan negara dan peningkatan kualiti hutan.

Bank tersebut, salah satu bank polisi utama negara ini, menyokong penanaman dan pemeliharaan hutan yang meliputi hampir empat juta hektar yang dijangka dapat menyerap 72 juta tan karbon setahun selepas tahun 2030.

https://news.cgtn.com/news/2022-03-31/China-steps-up-tree-planting-efforts-to-reduce-carbon-emissions-18QrTqA6rHq/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service