omniture

IEAD dan Envision menandatangani Surat Hasrat (LOI) untuk membina ladang angin terbesar di ASEAN

Envision Energy
2022-04-05 20:12 71

SHANGHAI, 5 April 2022 /PRNewswire/ -- Envision Group (Envision) mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Surat Hasrat (LOI) dengan Impact Energy Asia Development Limited (IEAD) untuk membekalkan turbin angin kepada Projek Angin Monsun yang ikonik berkapasiti 600MW di Republik Demokratik Rakyat Laos. Ladang angin ini akan mula dibina tahun ini dan dijangka akan mula beroperasi secara komersial pada tahun 2025. Apabila siap, ia akan menjadi ladang angin terbesar di ASEAN serta merupakan projek tenaga angin rentas sempadan yang pertama di rantau ini.

Ladang angin ini akan terletak di daerah Sekong dan Attapeu di Selatan Republik Demokratik Rakyat Laos. Envision merancang untuk membekalkan 133 unit turbin angin EN-171 dengan kuasa yang berkapasiti 4.51 MW. Projek Angin Monsun ini akan menjana lebih 1,700 GWj tenaga hijau setiap tahun. Penjanaan elektrik bagi projek ini akan dihantar dari Republik Demokratik Rakyat Laos ke Vietnam Tengah melalui talian penghantaran 500 kV yang dikhususkan untuk projek tersebut. 

Encik Nat Hutanuwatr, Pengarah Urusan IEAD mengulas "Ketika kami mencapai perkembangan yang cemerlang dalam membangunkan ladang angin rentas sempadan yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara dengan tarif yang sangat kompetitif ini, kami berbesar hati mengalu-alukan penyertaan Envision ke dalam perjalanan kami untuk menyampaikan elektrik karbon sifar yang menarik ini. Teknologi canggih Envision bagi penyelesaian turbin angin yang dicadangkan ini serta rekod prestasi pelaksanaannya yang berjaya akan menjadi pendaya utama bagi projek tersebut mencapai objektifnya dengan yakin dan menjimatkan."

Projek Monsun telah menarik perhatian seluruh dunia sejak di peringkat permulaannya. Rakan bersekutu IEAD iaitu Impact Electrons Siam Company Limited (IES), mula membina ladang angin tersebut pada tahun 2011 dan IEAD menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa selama 25 tahun dengan Vietnam Electricity (EVN) pada bulan Julai 2021.

Envision juga bekerjasama dengan IES dalam pembangunan Projek Angin Xekong milik IES, satu lagi ladang angin berkapasiti 1,000 MW di tapak bersebelahan Projek Monsun. IES baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh hak eksklusif daripada Kerajaan Republik Demokratik Rakyat Laos untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan Penilaian Impak Alam Sekitar awal bagi Projek Angin Xekong.

Tentang Impact Energy Asia Development Limited
Impact Energy Asia Development Limited (IEAD) sedang membina Projek Angin Monsun dan dimiliki sebanyak 55% oleh Impact Wind Investment Limited manakala 45% lagi oleh BCPG Public Company Limited, sebuah syarikat tenaga boleh baharu yang terkemuka di Thailand dan Asia Pasifik.

Tentang Impact Electrons Siam Limited 
Impact Electrons Siam Limited (IES) ialah sebuah firma pembangunan tenaga boleh baharu rintis yang beribu pejabat di Thailand dengan lebih 1,900 MW projek tenaga solar dan angin yang sedang dibina serta sedang beroperasi di Thailand, Jepun, Republik Demokratik Rakyat Laos dan Vietnam. IES ialah sebuah syarikat milik persendirian yang ditubuhkan pada tahun 2011. IES membangunkan penyelesaian tenaga boleh baharu yang bersih, berpatutan dan boleh dipercayai serta merupakan perintis inovasi yang berwawasan dalam sektor tenaga boleh baharu dengan visinya untuk membina masa depan yang lebih baik buat komuniti di seluruh rantau ini.

IES mengetuai pembangunan ladang angin Monsun dan Xekong di Selatan Republik Demokratik Rakyat Laos yang bakal mempunyai kapasiti agregat sebanyak 1,600 MW. IES baru-baru ini mengumumkan bahawa Projek Kuasa Angin Monsun tersebut telah menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa dengan Vietnam Electricity dan projek tersebut menepati jadual untuk mencapai pembiayaan yang akan dimuktamadkan pada tahun 2022. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.impactelectrons.com/

Tentang Envision Group 
Envision Group ialah sebuah syarikat teknologi hijau yang terkemuka di dunia dan merupakan rakan teknologi karbon sifar bersih. Dengan misi untuk "menyelesaikan cabaran demi masa depan manusia yang lestari". Envision mereka bentuk, menjual dan mengendalikan turbin angin pintar serta sistem penyimpanan pintar melalui Envision Energy; bateri yang dikuasakan AIoT melalui Envision AESC; dan sistem operasi AIoT terbesar di dunia melalui Envision Digital. Ia juga memiliki pasukan Perlumbaan Formula E Envision. Envision terus mempromosikan tenaga angin dan solar sebagai "arang batu baharu", bateri dan bahan api hidrogen sebagai "minyak baharu", rangkaian AIoT sebagai "talian baharu", taman perindustrian karbon sifar bersih sebagai "infrastruktur baharu" serta menggalakkan pembinaan dan penubuhan "industri baharu" yang hijau.

Envision Group dinilai pada kedudukan 10 Terbaik dalam '50 Syarikat Paling Pintar di Dunia' tahun 2019 oleh MIT Technology Review. Pada bulan Oktober 2021, Envision telah menduduki tempat kedua di dunia dalam senarai "Change the World" (Ubah Dunia) Fortune. Envision Group menyertai inisiatif 'RE100' global dan muncul sebagai syarikat pertama di tanah besar China yang komited kepada 100% tenaga boleh baharu menjelang tahun 2025. Pada 22 April 2021, Envision Group mengumumkan bahawa ia akan mencapai keneutralan karbon dalam operasinya menjelang tahun 2022 dan mencapai keneutralan karbon di seluruh rantaian nilainya menjelang tahun 2028.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.envision-group.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/747745/Envision_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements New products/services