omniture

AACSB Menonjolkan 24 buah Sekolah Perniagaan yang Meningkatkan Kepelbagaian dan Keterangkuman

AACSB International
2022-04-05 21:00 63

- Program sorotan ahli tahunan ketujuh menampilkan komitmen pendidikan perniagaan untuk membuat tindakan

TAMPA, Florida, 5 April 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, AACSB International (AACSB)—satu pakatan pendidikan perniagaan terbesar di dunia — mengumumkan 24 buah sekolah perniagaan yang diserlahkan dalam program sorotan ahlinya iaitu Inovasi Yang Memberi Inspirasi (Innovations That Inspire).

AACSB 2022 Innovations That Inspire
AACSB 2022 Innovations That Inspire

Program tahunan ini mengiktiraf institusi dari seluruh dunia yang berfungsi sebagai peneraju perubahan dalam landskap pendidikan perniagaan. Pada tahun 2022, sorotan ini menampilkan usaha untuk meningkatkan kepelbagaian, kesaksamaan, keterangkuman dan kekitaan (DEIB). Penekanan terhadap DEIB ialah ciri utama piawaian akreditasi perniagaan AACSB 2020 dan merupakan fokus bagi kertas kerja kedudukan yang diterbitkan baru-baru ini. Kertas kerja ini menggambarkan komitmen AACSB terhadap akses yang saksama kepada pendidikan perniagaan berkualiti tinggi di seluruh dunia dan menyeru komuniti pendidikan perniagaan untuk menerapkan prinsip DEIB ke dalam strategi dan budayanya. 

Inovasi yang ditampilkan membincangkan tentang cabaran dan peluang di seluruh bidang akademik, perniagaan dan tempat kerja serta komuniti. Contoh termasuklah:

  • Egypt Women on Boards Observatory: Diasaskan oleh satu konsortium yang dimulakan oleh Sekolah Perniagaan Universiti Amerika Kaherah, usaha ini menyokong objektif kebangsaan untuk membolehkan golongan wanita membentuk 30 peratus daripada lembaga pengarah syarikat awam dan swasta di Mesir menjelang tahun 2030.
  • Indeks Rangkuman Digital Australia dari Pusat Impak Sosial—Sekolah Perniagaan, Undang-undang dan Keusahawanan Universiti Teknologi Swinburne: Projek berbilang tahun yang mendokumentasikan rangkuman digital di Australia berdasarkan geografi dan demografi ini merupakan satu-satunya indeks yang komprehensif seumpamanya.
  • Kursus Rangkuman Tenaga kerja Universiti Negeri Florida: Di dalam Kolej Perniagaannya, kursus transformasi ini mempersiapkan para pelajar untuk menjadi individu yang boleh berintegrasi dan menyesuaikan diri serta mempunyai pelbagai kebolehan bagi memasuki tenaga kerja.

"Kemajuan ke arah ruangan yang lebih mesra dan inklusif memerlukan tindakan, dan sorotan bagi inisiatif Inovasi Yang Memberi Inspirasi 2022 menunjukkan kepemimpinan dalam usaha yang penting ini," kata Caryn Beck-Dudley, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Melalui kerjasama—dalam kalangan sekolah perniagaan, perniagaan dan komuniti—kami akan mewujudkan masyarakat global yang kukuh dan melengkapkan pemimpin untuk memberikan impak positif."

Kini, pada tahun ketujuhnya, inisiatif Inovasi Yang Memberi Inspirasi ini telah menonjolkan hampir 200 usaha sekolah perniagaan sebagai contoh pendekatan yang berpandangan ke hadapan dalam sektor pendidikan, penyelidikan, penglibatan atau jangkauan komuniti, keusahawanan dan kepemimpinan. Sokongan untuk program sorotan ahli Inovasi Yang Memberi Inspirasi 2022 disediakan oleh Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah (GMAC).

Cerapan dan contoh lanjut boleh didapati di aacsb.edu/innovations-that-inspire.

Tentang AACSB International

Ditubuhkan pada tahun 1916, AACSB International (AACSB) ialah sebuah pakatan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia, menghubungkan pendidik, pelajar dan perniagaan untuk mewujudkan generasi pemimpin akan datang yang hebat. Dengan kehadiran di lebih 100 buah negara dan wilayah, AACSB memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan meluaskan kesan dalam pendidikan perniagaan. Ketahui bagaimana AACSB mengubah pendidikan perniagaan demi masyarakat yang lebih baik di aacsb.edu.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1776935/ITI_2022_AACSB.jpg?p=medium600

Source: AACSB International
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Lesbian/Gay/Bisexual Women-related news