omniture

Blackview Lancar Produk Peranti Pintar Baharu di Asia Tenggara

Blackview
2022-04-20 05:37 101

SHENZHEN, China, 20 April 2022 /PRNewswire/ -- Blackview, vendor peranti pintar Cina yang menumpukan perhatian kepada pengalaman gaya hidup lasak, melancarkan produk baharunya di Thailand, FIlipina, Malaysia dan Indonesia. Syarikat ini terkenal dengan telefon pintar tahan lamanya yang dilengkapi dengan kamera penglihatan malam dan pengimejan terma yang membezakannya daripada telefon pintar Oppo, Vivo dan Xiaomi. Jenama ini juga terkenal kerana mengintegrasikan reka bentuk estetika yang ekstrem dengan ciri kemampuan dalam telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan fon telinganya yang tahan lasak dan arus perdana.


Blackview Tab 11, diperkenalkan pada bulan Disember tahun lalu, merupakan tablet Blackview diperakui Widevine L1 pertama seumpamanya yang menjadikan visual HD menyeronokkan di Netflix. Blackview A95 ialah telefon pintar yang paling cantik dalam barisan siri-A, mempunyai bahagian luar yang licin berkilat dan fotografi cahaya rendah. Di samping itu, Blackview Tab10 dan Tab10 Pro terkenal dengan UI yang lancar dan disesuaikan dengan DokeOS yang dibangunkan sendiri oleh Blackview, memberikan setiap individu dengan interaksi pintar serba baharu yang menonjol daripada vendor yang lain. Akan datang, Blackview Tab 12 bakal menyaksikan penaiktarafan hebat termasuk bateri yang lebih matang dan paparan lebih nipis. AirBuds 6 dengan reka bentuk dalam-telinga yang popular, bunyi yang jelas dan bass HD, serta R7 Pro kalis air IP68, merupakan telefon pintar Black pertama seumpamanya yang membolehkan untuk membuat atau menerima panggilan, terutamanya semasa kecemasan.

Sejak tahun 2013, Blackview, dengan pengalaman pengguna sebagai terasnya, menghasilkan telefon pintar dengan kamera tahan lasak yang hebat dan kamera penglihatan malam yang berbeza daripada telefon pintar Vivo, Oppo dan Xiaomi, menjual ratusan juta unit di seluruh Eropah. Mengekalkan pertumbuhan jualan lebih 30% selama lapan tahun berturut-turut, Blackview mempunyai kedai unggulan dalam talian yang hebat dan pengedar luar talian di lebih 200 negara.

Menurut IDC, dalam suku ketiga tahun 2021, Blackview menduduki tempat keempat dalam pasaran telefon tahan lasak Eropah, membawa gaya hidup luar yang praktikal, inovatif dan lasak kepada penggunanya dengan telefon pintar seperti BV8800 penglihatan malam dan BV6600 Pro pengimejan terma yang boleh mengesan suhu di mana-mana. Sementara itu dalam sektor tablet, Blackview menawarkan interaksi yang lancar dan reka bentuk yang cantik dengan ciptaan istimewa seperti Tab 11 unggulan diperakui Widevine L1 10.36-inci dengan skrin ultra besar untuk hiburan yang mengagumkan dan siri Tab 6, tablet 8'' yang boleh digunakan sebagai telefon bersaiz besar, tablet-mini dan 'kindle' besar untuk pembacaan yang mudah dan direka khas untuk pendatang baharu pejabat, kanak-kanak serta warga emas. Dengan pengalaman yang begitu berjaya dalam peranti pintar dan hakikat bahawa terdapatnya permintaan yang semakin melonjak untuk telefon pintar yang lebih disesuaikan yang dapat dibandingkan dengan rakan setara berkualiti tinggi, Blackview percaya bahawa ia dapat menggegarkan pengalaman peranti pintar di Asia Tenggara, menyuntik idea baharu ke dalam pasaran ini.

Biarpun dengan persaingan yang sengit dalam pasaran Asia Tengara, Blackview yakin dapat membawa pilihan yang pelbagai dan pengalaman yang lebih diperibadikan kepada pasaran. Blackview akan terus membuktikan bahawa ia sememangnya berbaloi untuk dicuba sekali. Untuk maklumat lanjut, sila semak laman sesawang rasmi Blackview.

 

Source: Blackview
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications