omniture

Peneraju Alat Tulis Cina M&G Ditetapkan sebagai Rakan Kongsi Rasmi BFA 2022

Shanghai M&G Stationery Inc. (M&G)
2022-04-22 01:38 142

SHANGHAI, 22 April 2022  /PRNewswire/ -- Hainan menyaksikan pembukaan Persidangan Tahunan 2022 Boao Forum for Asia (BFA) pada 20 April, di bawah tema "Dunia dengan COVID-19 & Selanjutnya: Saling Bekerjasama demi Pembangunan Global dan Masa Depan Bersama" ("The World in COVID-19 & Beyond: Working Together for Global Development and Shared Future"). Sebagai rakan kongsi alat tulis yang ditetapkan untuk acara tersebut, Shanghai M&G Stationery Inc. ("M&G" atau "Syarikat") menyediakan BFA dengan produk alat tulis pejabat yang berkualiti tinggi selama lebih sedekad.

M&G menyediakan BFA dengan produk alat tulis pejabat yang berkualiti tinggi selama lebih sedekad.
M&G menyediakan BFA dengan produk alat tulis pejabat yang berkualiti tinggi selama lebih sedekad.

M&G telah mengusahakan pasaran Cina selama lebih daripada 30 tahun, sebagai jenama alat tulis yang digemari dan dipercayai untuk pengguna Cina. Syarikat ini mewujudkan jaringan dengan lebih 80,000 terminal runcit di China. Menerusi pencapaian yang berterusan dalam saluran, produk dan jenama, produk M&G telah meliputi lebih daripada 50 negara dan wilayah, dengan rakan kongsi dari serata dunia.

Pada tahun fiskal 2021, hasil M&G mencecah $2.76 bilion, meningkat lebih daripada 17.9% berbanding tahun sebelumnya.

Tahun 2021 turut menyaksikan tahun permulaan strategi baharu syarikat bagi tahun 2021-2025. M&G yang berpangkalan di China, salah satu pengeluar alat tulis yang terbesar di dunia, akan menjadi lebih "berorientasikan pengguna" dan mempercepatkan kemajuannya ke arah menjadi sebuah perusahaan bertaraf dunia.

M&G melabur lebih daripada $15 juta setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta reka bentuk produk bagi memenuhi keperluan pengguna. Ia telah diberikan 841 paten, memenangi empat anugerah reka bentuk industri antarabangsa yang berwibawa termasuk iF Design Award, Red Dot Design Award, Good Design Award dan IDEA Design Award.

Dalam pada itu, M&G mengamalkan tanggungjawab sosial dengan bersungguh-sungguh sebagai warga korporat dan mengikuti strategi "keneutralan karbon" negara. Dalam laporan tahunannya baru-baru ini yang dikeluarkan pada bulan Mac 2022, M&G mendedahkan strategi kemampanan lima tahunnya dengan visi untuk "mencipta masa depan perniagaan yang mampan". Ia akan meneruskan usahanya untuk membangunkan produk mampan, menangani perubahan iklim, mewujudkan rantaian bekalan yang mampan serta memperkasa pekerja dan juga komuniti.

Di samping itu, ia telah memperoleh dan melabur dalam beberapa jenama antarabangsa bagi memperluas portfolio jenama & produknya termasuk jenama beg galas Norway Beckmann dan jenama lukisan kanak-kanak & pencerahan seni Itali CARIOCA.

Berdasarkan kepada daya saing dan kekuatan keseluruhan syarikat ini terhadap produk yang berkualiti tinggi, M&G telah menyediakan alat tulis kepada banyak acara penting termasuk APEC dan BFA.

Latar Belakang M&G: www.mgstationery.com

Source: Shanghai M&G Stationery Inc. (M&G)
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Office Products Paper/Forest Products/Containers Retail Awards