omniture

East Ventures lancar Laporan Kemampanan 2022 sulungnya

East Ventures
2022-04-22 01:47 147
  • East Ventures telah mencatatkan lebih daripada US$ 86 bilion GMV tahunan dan US$ 6.7 bilion pembiayaan susulan; mengukuhkan kedudukan utamanya di rantau Asia Tenggara bagi membawa lebih impak kepada masyarakat.
  • East Ventures - Laporan Kelestarian 2022 menunjukkan perkembangan mantap East Ventures dan ekosistemnya ke arah masa depan yang mampan dan inklusif, di mana 25% daripada portfolio aktifnya mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengasas wanita dan sebuah ekosistem yang menyumbang kepada 16 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

JAKARTA, Indonesia, 22 April 2022 /PRNewswire/ -- East Ventures, sebuah firma modal teroka agnostik-sektor perintis dan terkemuka di Indonesia, hari ini melancarkan laporan sulungnya yang dikenali sebagai East Ventures - Laporan Kemampanan 2022 (East Ventures - Sustainability Report 2022). Laporan ini menggariskan kemajuan mantap dan pelbagai inisiatif antara firma ini dan ekosistemnya bagi menghubungkan kerangka dan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi mencapai masa depan yang lebih mampan dan lebih inklusif.

East Ventures - Sustainability Report 2022
East Ventures - Sustainability Report 2022

 

Infographic of East Ventures - Sustainability Report 2022
Infographic of East Ventures - Sustainability Report 2022

Dengan pengalaman selama lebih daripada sedekad sebagai pelabur, East Ventures pernah bekerjasama dan menyaksikan ratusan usahawan yang telah mengubah hala tuju ekonomi Asia Tenggara dengan teknologi inovatif mencapai penambahbaikan masyarakat secara keseluruhan. Firm ini turut mencatatkan lebih daripada US$ 86 bilion Nilai Barangan Kasar (GMV) tahunan dan US$ 6.7 bilion pembiayaan susulan, yang mengukuhkan lagi kedudukan utamanya bagi memberi lebih impak dan meneruskan lagi kemajuan menuju kemampanan.

Laporan ini meringkaskan pengalaman luas East Ventures dan ekosistemnya serta bertindak sebagai buku strategi (playbook) yang memberi pemahaman yang lebih baik dan garis panduan untuk semua pengusaha dalam melangkah ke arah kemampanan. Komitmen berterusan East Ventures ke arah amalan mampan dicerminkan oleh inisiatif strategik dan kemajuan yang dibuat, termasuk menjadi modal teroka pertama di Indonesia yang menandatangani Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI) yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memiliki 52% pekerja wanita mengikut merit serta 33% rakan kongsi pelaburan wanita dan sebagainya. Ekosistem East Ventures menyumbang kepada 16 Matlamat SGD manakala 25% daripada portfolio aktifnya mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengasas wanita. 

Melalui laporan ini, East Ventures turut mengumumkan penubuhan Pasukan Kepimpinan ESG untuk mengurus pelaburannya yang bertanggungjawab dan mampan. Struktur tadbir urus yang mantap ini telah dan akan terus menyatakan tanggungjawab serta mengawasi pematuhan, dasar, proses pelaburan dan piawaian ESG dalam East Ventures. Bukan sahaja memberi tumpuan kepada penambahbaikan dasar dalamannya, bahkan East Ventures juga tekal menggalakkan aplikasi yang sama merentas portfolio dan ekosistemnya.

Laporan ini mengemukakan Kerangka Pelaburan Mampan yang menyediakan garis panduan untuk memaksimumkan peluang penciptaan impak dan mengurangkan risiko ESG dalam transaksi berpotensi merentas kitaran hayat pelaburan. Strategi pelaburan mampan ini terletak dalam pendekatan serampang dua mata East Ventures: Berbuat Baik dan Menjauhi Kemudaratan. Tambahan pula, asas strategi pelaburan mampan East Ventures ialah kenyataan impaknya untuk "membolehkan syarikat-syarikat berpotensi tinggi mengembangkan proposisi pasaran mampan, seterusnya memperkasa masyarakat yang lebih inklusif dan ekonomi rantau ini untuk berkembang maju."

"Kami gembira dapat melancarkan laporan ini sebagai sebahagian daripada komitmen kami ke arah masa depan yang lebih mampan dan inklusif. Kami percaya sambungan digital bertindihkan kemampanan, yang mana ia bertindak sebagai asas dan pendorong utama untuk pertumbuhan ekonomi dan penambahbaikan punca pendapatan dalam pasaran. Kemampanan menjadi teras dalam segala-gala yang kami lakukan dan kami percaya laporan ini akan melangkaui dan menyediakan garis panduan yang boleh digunakan untuk semua pihak yang berkaitan dalam amalan harian mereka," kata Avina Sugiarto, Rakan Usaha Niaga East Ventures.

East Ventures percaya terdapat tiga hasil utama yang dicapai melalui pelaburan, yang mana pendigitalan berperanan sebagai asas yang kukuh untuk mempercepatkan kemajuan, bermula dengan rangkuman kewangan, pendidikan dan rawatan kesihatan yang lebih baik serta persekitaran yang lestari dan boleh didiami. Justeru itu, East Ventures aktif dalam mencipta dan menyokong beberapa inisiatif dalam bidang ini; beberapa sorotan penting termasuk Indonesia PASTI BISA (IDPB) dalam menangani krisis kesihatan, East Ventures - Digital Competitiveness Index (EV-DCI) dalam meningkatkan transformasi digital serta Women with Impact Forum dalam mendorong masyarakat yang lebih sama rata dan inklusif. Tambahan pula, East Ventures percaya bahawa pendigitalan, inisiatif dan perkongsian berterusan diperlukan untuk mendorong masa depan yang mesra alam, cekap dan mampan.

"East Ventures akan memastikan penciptaan dan perkongsian inisiatif yang betul bagi menyokong kemajuan kami ke arah pembangunan mampan yang bermula daripada transformasi digital dan bagaimana pelaburan yang kami lakukan harus memberi impak kepada masyarakat dan alam sekitar secara keseluruhan," tambah Avina.

Laporan penuh East Ventures - Laporan Kemampanan 2022 boleh dimuat turun di www.east.vc/sustainability-report

Latar Belakang East Ventures 

East Ventures ialah sebuah firma modal teroka agnostik-sektor perintis dan terkemuka yang beribu pejabat di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 2009, East Ventures telah berubah menjadi platform holistik yang menyediakan pelaburan pelbagai peringkat termasuk Benih dan Pertumbuhan untuk lebih 200 syarikat di Asia Tenggara.

Syarikat yang percaya di peringkat awal mengenai ekosistem syarikat pemula di Indonesia, East Ventures merupakan pelabur pertama dalam syarikat-syarikat unikorn Indonesia, iaitu Tokopedia dan Traveloka. Syarikat-syarikat terkemuka yang lain dalam portfolio ini termasuk Ruangguru, SIRCLO, Kudo (diperoleh oleh Grab), Loket (diperoleh oleh Gojek), Tech in Asia, Xendit, IDN Media, MokaPOS (diperoleh oleh Gojek), ShopBack, KoinWorks, Waresix dan Sociolla.

East Ventures dinamakan sebagai dana modal teroka (VC) berprestasi terunggul yang paling konsisten di seluruh dunia oleh Preqin dan pelabur yang paling aktif di SEA dan Indonesia oleh pelbagai media. Tambahan pula, East Ventures ialah modal teroka pertama di Indonesia yang menandatangani Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI), disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). East Ventures komited untuk mencapai pembangunan mampan dan membawa impak positif kepada masyarakat melalui inisiatif dan amalannya yang diterapkan dengan ESG.

 

Source: East Ventures
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research Venture Capital