omniture

CGTN: China tekankan peranan Asia dalam menggalakkan keamanan, pertumbuhan dan kerjasama global

CGTN
2022-04-24 08:58 247

BEIJING, 24 April 2022 /PRNewswire/ -- Bagaimana kita dapat membina dunia pasca-pandemik yang lebih baik? Apa yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan pemulihan yang mantap dan pembangunan mampan ekonomi global? Bagaimana pula kita boleh menjalin kerjasama yang saling menguntungkan?

Dengan tiga soalan kritikal yang menjadi agenda utama ini, Persidangan Tahunan Boao Forum for Asia (BFA) tahun ini yang diadakan di bandar Boao, Wilayah Hainan, selatan China, telah menggamit perhatian seluruh dunia.

Inisiatif Keselamatan Global untuk menggalakkan keselamatan buat semua di dunia yang dicadangkan oleh Presiden Cina Xi Jinping di forum tersebut pada hari Khamis lalu memberi perspektif Asia bagi menangani cabaran zaman ini.

'Struktur sofistikated, bersepadu'

Keselamatan merupakan prasyarat untuk pembangunan dan umat manusia hidup dalam "komuniti keselamatan yang tidak dapat dipisahkan," kata Xi dalam ucapan video.

"Pada zaman ini, komuniti antarabangsa telah berkembang begitu pesat sehingga ia menjadi struktur yang sofistikated dan bersepadu," kata beliau, menambah bahawa tindakan untuk menyingkirkan mana-mana satu bahagian akan menyebabkan masalah yang serius kepada operasinya.

Menyeru semua negara untuk berganding bahu, beliau menekankan selanjutnya keperluan untuk bekerjasama dalam memerangi pandemik COVID-19, menggalakkan pemulihan ekonomi, mengekalkan keamanan dunia dan menangani cabaran tadbir urus global.

"Ia penting khususnya untuk negara-negara utama memimpin melalui teladan dalam memberi penghormatan kepada kesamaan, kerjasama, penuh percaya dan kedaulatan undang-undang serta bertindak dengan cara yang sesuai dengan status mereka," kata beliau.

Ini merupakan kali keenam Xi menyampaikan ucapan dasar di forum tersebut dan kerjasama serta keamanan sering menjadi antara tonggak utama yang disebut oleh beliau semasa menjelaskan mengenai cadangan China kepada dunia.

'Jadikan Asia sebagai penambat'

Diukur oleh pariti kuasa beli, bahagian Asia dalam ekonomi dunia pada tahun 2021 meningkat sebanyak 0.2 mata peratusan berbanding tahun 2020 kepada 47.4 peratus, menurut Laporan Tahunan Tinjauan Ekonomi dan Perkembangan Integrasi Asia 2022.

Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa beberapa faktor adalah penting untuk menilai prestasi ekonomi pada tahun 2022 termasuk perkembangan COVID-19, ketegangan geopolitik selepas konflik Rusia-Ukraine, pelarasan polisi kewangan di A.S. dan Eropah, masalah hutang dalam sesetengah ekonomi, bekalan global dan perubahan rejim politik di beberapa buah negara Asia. 

Berlatarbelakangkan hal berkenaan, cadangan Xi di forum tersebut lebih masuk akal — menjadikan Asia sebagai penambat untuk keamanan dunia, penjana untuk pertumbuhan global dan perintis baharu untuk kerjasama antarabangsa.

"Apabila Asia berada dalam keadaan baik, seluruh dunia mendapat manfaatnya," kata beliau.

Menggesa usaha untuk menggalakkan pasaran seluruh Asia yang lebih terbuka, beliau menegaskan untuk merebut peluang, seperti menguatkuasakan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dan pembukaan kepada lalu lintas kereta api China-Laos.

Presiden tersebut juga menekankan peranan China semasa proses berkenaan, dengan berkata bahawa asas ekonomi Cina — kebingkasan yang mantap, potensi yang besar, ruang yang luas untuk bergerak dan kemampanan jangka panjang — kekal tidak berubah.

https://news.cgtn.com/news/2022-04-21/Xi-Jinping-Boao-2022-When-Asia-fares-well-the-whole-world-benefits--19pin75Hwnm/index.html  

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service