omniture

VisionNav Robotics Kumpul $80j dalam Pusingan C+, Pimpin Pendanaan Terbesar dalam Bidang Kenderaan Industri Tanpa Pemandu

VisionNav
2022-04-29 20:00 75

SHENZHEN, China, 29 April 2022 /PRNewswire/ -- VisionNav Robotics ("Syarikat"), pengeluar bertaraf global bagi kenderaan industri tanpa pemandu, mengumumkan pusingan C+ sebanyak lebih daripada US$80 juta dipimpin oleh Meituan (platform e-dagang terkemuka China untuk perkhidmatan) dan 5Y Capital, lalu menjadikan VisionNav sebagai syarikat dengan jumlah pusingan pendanaan terbanyak serta dana tunggal terbesar dalam bidang kenderaan industri tanpa pemandu di seluruh dunia.


VisionNav Robotics menegaskan bahawa pusingan pendanaan ini akan digunakan terutamanya untuk:

  • Mengkaji teknologi baharu dan bentuk pembangunan produk yang inovatif;
  • Mengoptimumkan prestasi produk, memfokuskan kepada kestabilan dan penyeragaman produk;
  • Menggalakkan pelaksanaan berskala besar dan penghantaran setempat untuk pelanggan global.

Ditubuhkan pada tahun 2016, VisionNav Robotics kini merupakan sebuah syarikat kenderaan industri tanpa pemandu yang terkemuka. Ia komited untuk mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI), persepsi persekitaran, pembelajaran mendalam, kawalan servo dan teknologi teras yang lain kepada kenderaan industri, menyediakan kenderaan berautonomi dan penyelesaian tanpa pemandu yang fleksibel untuk intralogistik di kilang dan gudang. Ketika ini, VisionNav Robotics telah membangunkan sembilan siri kenderaan industri tanpa pemandu dan sistem kawalan robot.

Sejak pusingan pendanaan terakhir, VisionNav Robotics mempercepatkan globalisasinya dan menubuhkan pusat pemasaran di lebih daripada 30 negara dan wilayah. Syarikat ini berjaya menyerahkan lebih daripada 350 projek, lebih daripada 1,500 forklift berautonomi dan traktor tanpa pemandu, meliputi alat ganti kenderaan, tayar, petrokimia, tembakau, makanan, farmaseutikal, pembuatan elektronik 3C, logistik e-dagang, logistik pihak ketiga, tekstil, pencetakan dan pembuatan kertas antara banyak yang lain. Lebih 70% merupakan projek dengan senario rumit serta permintaan ketat dan kerjasama turut dijalin dengan lebih lima puluh syarikat Fortune 500.

Kecekapan rendah, persekitaran perekrutan tenaga kerja yang sukar dan kekurangan pendigitalan telah menjadi masalah utama yang melanda intralogistik perusahaan dalam tempoh yang lama. Kenderaan industri tanpa pemandu menyediakan penyelesaian yang boleh dilaksanakan untuk masalah utama ini, seraya mewujudkan pasaran berpotensi dengan pertumbuhan yang besar. Menurut data World Industrial Trucks Statistics (WITS), jumlah penghantaran forklift global mencecah 1.58 juta unit pada tahun 2020 dan 2.34 juta unit pada tahun 2021, peningkatan sebanyak 42.93% berbanding tahun lalu. Fortune Business Insights meramalkan bahawa CAGR penghantaran forklift global dari tahun 2021 hingga 2028 adalah kira-kira 4.3%. Ketika ini, nisbah pengelektrikan forklift global mencecah 63% (WITS, 2020) dan dijangkakan bahawa 20% akan menjadi berautonomi pada tahun 2028, dengan saiz pasaran mencapai hampir 100 bilion.

VisionNav Robotics memberi penekanan tinggi ke atas pembangunan dan aplikasi kenderaan industri tanpa pemandu. Berdasarkan kepada persepsi robot, kawalan, penentududukan dan teknologi penjadualan yang utama dalam industri, perniagaannya meliputi semua senario intralogistik, membuat penemuan penting seperti penyimpanan rak setinggi 9.4 meter, akses lorong sempit 2 meter, pemuatan dan pemunggahan tanpa manusia, penyusunan bingkai bahan mudah alih berbilang lapisan dan aplikasi senario rumit yang lain, mencetuskan sejumlah besar senario pembelajaran, mewujudkan piawaian kebolehlaksanaan industri dan membentuk halangan teknikal mutlak.


Dari segi model perniagaan, VisionNav Robotics mengekalkan kerjasama yang erat bersama para penggiat utama dalam seluruh rantaian perniagaan termasuk pembekal antarabangsa yang terkemuka dan pelanggan akhir. Kelebihan kos telah disahkan menonjol dalam pasaran. Li Luyang, Ketua Pegawai Eksekutif VisionNav Robotics, berkata bahawa berlatarbelakangkan keadaan antarabangsa yang tidak menentu dan pandemik yang masih berterusan, industri robot menyambut tahun "cabaran" dan melangkah menuju tahap penghantaran yang berskala besar dan seragam. VisionNav Robotics membentuk ekologi secara beransur-ansur berkisarkan intralogistik tanpa pemandu, penyepaduan rantaian bekalan telah dipertingkat dan keupayaan operasi seluruh rantaian turut membina halangan kompetitif untuk syarikat ini.

Menurut Li, jumlah jualan menyaksikan pertumbuhan 10 kali ganda antara tahun 2019 hingga 2021. Berbanding tahun 2021, ia dianggarkan melonjak sebanyak 300% pada tahun 2022 dengan purata jumlah pesanan meningkat sebanyak 350% dan jumlah pesanan pembelian semula pelanggan sebanyak 300%. Dengan kemasukan pasaran baharu dan penghantaran berskala besar dalam senario yang berfaedah, skala perniagaan menjanjikan peningkatan 5 kali ganda pada tahun ini.

 

Source: VisionNav
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Venture Capital