omniture

Bas Bandar Elektrik Foton Mulakan Operasi di New Zealand

FOTON INTERNATIONAL CO., LTD, BEIJING
2022-05-02 12:18 126

BEIJING, 2 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 13 April, bas bandar elektrik FOTON memulakan operasi secara rasminya di Auckland, New Zealand dan ia menjadi bas bandar elektrik pertama yang beroperasi di Auckland selatan, mematuhi sepenuhnya WVTA EU dan RUB New Zealand. Bas bandar ini beroperasi di laluan antara Papakura dan Otahuhu bermula jam 5:30 pagi hingga 9:30 malam setiap hari. Ketahanan bas ini adalah lebih 400 km selepas dicas sepenuhnya, lalu menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih mesra alam dan lebih mudah untuk penduduk tempatan.

Bas Bandar Elektrik Foton Mulakan Operasi di New Zealand
Bas Bandar Elektrik Foton Mulakan Operasi di New Zealand

Difahamkan bahawa Sumbangan Ditentukan Negara (Nationally Determined Contribution, NDC1) pertama New Zealand telah dikemas kini pada 31 Oktober 2021. NDC baharu ini menetapkan sasaran penting iaitu pengurangan emisi bersih sebanyak 50% di bawah paras kasar tahun 2005 menjelang tahun 2030. Berlatarbelakangkan hal ini, Kerajaan komited untuk menjamin semua usaha demi memastikan integriti alam sekitar.

Bas elektrik FOTON telah diperakui oleh WVTA EU, yang bererti jenama China ini telah memperoleh pensijilan untuk jenis kenderaan dalam sebuah negara EU dan memasarkannya di seluruh EU tanpa ujian selanjutnya.

Bas bandar elektrik 12-meter FOTON ini mempunyai akses lantai yang lebih rendah dan kapasiti yang lebih besar untuk penumpang. Ia boleh membuka pintunya dengan lebih luas untuk turun naik yang lebih mudah. Ia mesra penumpang khususnya untuk golongan muda dan warga emas, menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpang. Menghasilkan sedikit hingar dan emisi sifar, bas ini telahpun beroperasi dengan lancar di Auckland sebelum operasi rasminya.

Bagi menjamin sepenuhnya operasi bas bandar elektrik yang lancar, FOTON bekerjasama dengan pengedar tempatan SINOLINK NZ LTD. untuk menubuhkan pasukan perkhidmatan selepas jualan di Auckland. Pasukan tersebut telahpun mengadakan sesi latihan dalam talian dan luar talian untuk memandu dan menyelenggara kenderaan tersebut.

Source: FOTON INTERNATIONAL CO., LTD, BEIJING
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation New products/services