omniture

Hikvision keluarkan keputusan kewangan setahun penuh 2021 dan suku pertama tahun 2022

Hikvision Digital Technology
2022-05-05 17:53 156

HANGZHOU, China, 5 May 2022  /PRNewswire/ -- Hikvision telah mengeluarkan keputusan kewangan setahun penuh 2021nya, melaporkan jumlah hasil sebanyak RMB 81.42 bilion dan mencapai pertumbuhan 28.21% berbanding tahun sebelumnya (YoY). Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat mencecah RMB 16.80 bilion, menunjukkan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 25.51%.

Keputusan Kewangan Setahun Penuh 2021 Hikvision
Keputusan Kewangan Setahun Penuh 2021 Hikvision

 

Data perakaunan utama bagi keputusan kewangan sepanjang tahun 2021 Hikvision


2021

2020

Perubahan YoY
(%)
 

Pendapatan kendalian (RMB) 

81,420,053,539.27

63,503,450,891.78

28.21%

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat (RMB) 

16,800,411,032.05

13,385,526,714.15

25.51%

Hasil luar negara bagi tahun 2021 berjumlah RMB 21.99 bilion, dengan pertumbuhan 24.23% berbanding tahun sebelumnya, menyumbang sebanyak 27% daripada jumlah hasil syarikat.

Hikvision turut mengeluarkan keputusan kewangan suku pertama tahun 2022nya dan melaporkan hasil sebanyak RMB 16.52 bilion yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18.11% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat ialah RMB 2.28 bilion, menunjukkan pertumbuhan sebanyak 5.29% berbanding tahun sebelumnya

Menuju ke hadapan, syarikat ini akan terus memberi tumpuan kepada inovasi teknologi, produk dan penyelesaian untuk mencipta nilai buat pelanggan dan masyarakat. Hikvision komited untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai industri melalui teknologinya yang canggih iaitu persepsi mesin, kecerdasan buatan dan data raya, lalu memimpin masa depan AIoT.

Laporan tahunan penuh 2021 dan laporan suku pertama tahun 2022 boleh dibaca di sini.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Earnings