omniture

Merapatkan Teknologi dan Pendidikan: UNESCO dan Huawei Bawakan Campus UNESCO kepada Anak Muda di 20 negara

Huawei
2022-05-16 09:39 264

SHENZHEN, China, 16 Mei 2022  /PRNewswire/ -- Setakat ini, UNESCO dan Huawei telah menjalankan sepuluh sesi Campus UNESCO, memfokuskan kepada teknologi dan pendidikan serta mendekati pelajar daripada 39 buah sekolah di 21 negara.

Campus UNESCO ialah sebuah program berterusan yang memberi peluang kepada anak muda berumur 14 hingga 18 tahun untuk berkongsi pandangan bersama pakar-pakar daripada UNESCO dan masyarakat madani. Topik-topik yang dibincangkan dalam setiap sesi selama 90 minit sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis dikaitkan dengan tema-tema utama UNESCO seperti pendidikan, kecerdasan buatan, pembangunan mampan, kesamaan jantian dan kewarganegaraan.

Salah satu tangkap layar masa sebenar kampus
Salah satu tangkap layar masa sebenar kampus

Huawei telah bekerjasama dengan UNESCO dalam program tersebut sejak Jun 2021. Sesi-sesi berkenaan meliputi pelbagai topik, termasuk hubungan antara teknologi dan pendidikan, teknologi baharu untuk hari ini dan masa depan dan bagaimana teknologi dapat digunakan untuk kebaikan. Topik-topik yang relevan dengan isu-isu semasa yang timbul dalam agenda global apabila pandemik menutup sekolah pada tahun 2020 dialu-alukan khususnya oleh pelajar, termasuk perubahan yang dibawa ke sekolah sama ada yang mempunyai teknologi atau mengalami kekurangan teknogi dan keperluan sekolah fizikal apabila semuanya boleh ditemui di Internet.

"Kami percaya SDG dan cabaran COVID merupakan ramuan yang luar biasa untuk mencapai inovasi," kata said Dr. Valtencir Mendes, Pakar Program Kanan, UNESCO di salah satu kampus.

Isu-isu tumpuan lain semasa sesi-sesi kampus ialah nilai kemahiran digital dan tingkah laku baharu untuk mengelakkan buli siber, ancaman yang mengalami peningkatan untuk ramai remaja dalam dunia yang semakin bersifat digital ini di mana media sosial digunakan secara meluas dan apabila golongan muda berada di luar bilik darjah.

Berkongsi pengalaman dan pendapat mereka bersama penceramah berkepakaran dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang muda, bukan sahaja tentang bagaimana teknologi baharu akan memberi kesan kepada hari ini dan masa depan, tetapi juga peranan yang boleh dimainkan golongan remaja masa kini dalam membentuk masa depan.

Kampus dalam tangkap layar masa sebenar Bahasa Perancis
Kampus dalam tangkap layar masa sebenar Bahasa Perancis

Selain pakar-pakar UNESCO, para penceramah yang lain termasuk individu yang memberi inspirasi daripada jaringan organisasi seperti NGO, IGO, syarikat pemula, mencakupi pelbagai peranan, termasuk saintis, penyelidik dan pengurus projek pembangunan tempatan.

Sejajar dengan matlamat Campus UNESCO, Huawei dan UNESCO turut bekerjasama untuk projek "Sekolah Terbuka didayakan-Teknologi untuk Semua", fasa pelaksanaannya yang telah dilancarkan pada tahun 2021 di Ghana, Mesir dan Etiopia. Projek selama tiga tahun ini menyokong pembinaan sistem pendidikan yang bingkas yang dapat menahan gangguan global seperti COVID-19. Selain menghubungkan sekolah, projek ini menyediakan latihan kepada guru dan pelajar mengenai penggunaan alat digital, mewujudkan platform dalam talian untuk menghubungkan pembelajaran di sekolah dan rumah serta membangunkan kurikulum digital yang boleh diakses secara jarak jauh.

Projek "Sekolah Terbuka didayakan-Teknologi untuk Semua" ini sejajar dengan domain Tech4Education dalam inisiatif rangkuman digital Huawei, TECH4ALL yang bertujuan untuk mendorong kesaksamaan dan kualiti pendidikan dengan teknologi di bawah matlamat TECH4ALL yang utama: untuk tidak meninggalkan sesiapa dalam dunia digital ini.

Tonton siri ini di laman sesawang rasmi TECH4ALL Huawei:

https://www.huawei.com/en/tech4all/stories/bridging-technology-education-campus-unesco

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Corporate Social Responsibility New products/services