omniture

Trina Solar kekalkan tempat kedua untuk penghantaran modul global dalam suku pertama

Trina Solar Co., Ltd
2022-05-18 08:08 155

CHANGZHOU, China, 18 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Berdasarkan kepada penyata kewangan pengeluar modul yang terkemuka, beberapa organisasi yang berwibawa telah menyenaraikan penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global Trina Solar di tempat kedua di seluruh dunia menerusi penghantaran modul 8GW. Ini konsisten dengan dapatan oleh PV InfoLink, sebuah agensi analisis PV berwibawa dan PV-Tech, outlet media PV yang terkemuka di dunia, yang menyenaraikan penghantaran modul global pada tahun lalu dan meletakkan Trina Solar di tempat kedua. Syarikat ini berkata bahawa tahun ini ia menjangkakan untuk mengekalkan kedudukannya melalui modul penghantaran berjumlah 43GW.

Penganalisis industri berkata modul 210 berkeandalan tinggi, berkuasa tinggi, LCOE rendah yang dipelopori oleh Trina Solar dan yang telah menjadi arus perdana dalam industri ini telah membantunya mencapai kejayaan yang hebat. Teknologi G12-210 Vertex telah diterima secara meluas oleh seluruh industri. Penghantaran global modul 210 meningkat dengan mendadak tahun lalu, kepada 26GW, menurut laporan media dan daripada penghantaran ini Trina Solar menyumbang 16GW, lalu meletakkannya di kedudukan pertama. Menjelang bulan Mac, penghantaran kumulatif modul 210 melonjak sehingga melepasi penghantaran 35GW. Dengan industri PV melonjak ke era 600W+, kolaborasi rantaian industri telah menjadi lebih lancar, penyongsang dan penjejak serasi sepenuhnya dengan modul 210, ekologi 600W+ menjadi lebih matang dan kapasiti pengeluaran dan penghantaran modul kuasa tinggi 210 akan terus meningkat.

Trina Solar telah memenangi pengiktirafan antarabangsa untuk keandalan produk dan kebolehterimaan bank (bankability) jenamanya berkali-kali. Menjelang tahun lalu, ia telah dinamakan sebagai Pelaksana Utama, seperti mana yang diperakui oleh PVEL, makmal ujian PV bebas yang terkemuka, selama tujuh tahun berturut-turut. Ia juga telah memperoleh skor 100% dalam Tinjauan Kebolehterimaan Bank BNEF, tersenarai sebagai pembekal modul boleh diterima oleh bank (bankable) terkemuka selama enam tahun berturut-turut dan dinilai sebagai pengeluar tahap 1 modul PV BNEF dalam suku keempat tahun lalu.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities