omniture

CGTN: China tegaskan semula komitmen terhadap pembukaan standard tinggi

CGTN
2022-05-20 15:43 217

BEIJING, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari Rabu, China menegaskan semula komitmennya terhadap pembukaan dengan standard yang tinggi dan berjanji untuk memupuk perniagaan perniagaan berdasarkan kepada prinsip-prinsip pasaran.

"Saya ingin mengulangi bahawa keazaman China untuk mengadakan pembukaan pada standard yang tinggi tidak akan berubah dan pintu China akan dibuka semakin luas kepada dunia," kata Presiden Cina Xi Jinping apabila berucap di persidangan ulang tahun ke-70 Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan Sidang Kemuncak Promosi Perdagangan dan Pelaburan Global melalui pautan video.

"China akan terus memupuk persekitaran perniagaan mengupayakan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip pasaran, dikawal oleh undang-undang dan mengikut standard yang antarabangsa," kata Xi.

Ekonomi kedua terbesar di dunia ini akan meneruskan pelaksanaan standard tinggi bagi perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan kerjasama Jalur dan Jalan berkualiti tinggi selain menawarkan lebih banyak peluang pasaran, pelaburan dan pertumbuhan kepada komuniti perniagaan global, kata beliau.

Biarpun dengan cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19 yang berlarutan, China mencapai prestasi perdagangan yang mantap dalam suku pertama tahun ini, dengan jumlah import dan eksport barangan melonjak 29.2 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 8.47 trilion yuan (kira-kira $1.25 trilion), data ditunjukkan daripada Pentadbiran Am Kastam.

Dalam suku pertama, perdagangan China dengan negara-negara sepanjang Jalur dan Jalan meningkat 21.4 peratus berbanding tahun sebelumnya bagi mencecah 2.5 trilion yuan (kira-kira $370 bilion). Perdagangan negara ini dengan 14 anggota RCEP yang lain berjumlah 2.67 trilion yuan (kira-kira $395 bilion), meningkat 22.9 peratus berbanding tahun sebelumnya dan menyumbang sebanyak 31.5 peratus daripada import dan eksport keseluruhan sepanjang tempoh ini.

Sejak penubuhannya pada tahun 1952, CCPIT memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ikatan kepentingan antara perusahaan Cina dan perusahaan asing, menggalakkan pertukaran ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta menggalakkan pembangunan hubungan, kata Xi.

Perjalanan CCPIT selama 70 tahun menjadi "lambang usaha pembukaan China yang semakin berkembang dan merupakan saksi penting dari segi sejauh mana perniagaan dari negara-negara berbeza boleh berkongsi peluang dan faedah pembangunan daripada jalinan kerjasama yang saling menguntungkan," tambah beliau.

Xi menyeru untuk membuat 'pai' kerjasama yang lebih besar

Mengambil maklum bahawa globalisasi ekonomi sedang mengalami kemerosotan dan dunia memasuki tempoh turun naik dan transformasi yang baharu, presiden telah membuat beberapa cadangan.

Usaha bersama diperlukan untuk mengatasi pandemik ini, kata beliau, menambah bahawa penting untuk mengutamakan manusia dan nyawa mereka, terlibat secara aktif dalam kerjasama antarabangsa berhubung penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan pengedaran vaksin serta memperkukuh tadbir urus kesihatan awam global.

Berhubung memperbaharui perdagangan dan pelaburan, beliau menegaskan untuk menyokong rejim perdagangan berbilang arah bertumpukan Pertubuhan Perdagangan Dunia (World Trade Organization, WTO), menjamin keselamatan dan kestabilan rantaian industri dan bekalan global dan menjadikan "pai" kerjasama lebih besar untuk membolehkan perolehan pembangunan agar mengalir dengan lebih baik kepada penduduk semua negara.

Beliau turut menegaskan usaha untuk menyerlahkan kuasa inovasi dalam memacu pembangunan, menyeru untuk memupuk persekitaran terbuka, adil, saksama dan tidak bersifat diskriminasi demi pembangunan saintifik dan teknologi.

Berhubung meningkatkan tadbir urus global, beliau berkata multilateralisme sebenar harus ditegakkan.

"Kita harus memilih dialog berbanding konfrontasi, memecahkan tembok dan bukannya mendirikan tembok, meneruskan integrasi dan bukannya menyahgandingkan, memilih keterangkuman, bukan pengecualian dan membimbing reformasi sistem tabbir urus global dengan prinsip kesaksamaan dan keadilan," kata beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-05-18/President-Xi-reiterates-China-s-resolve-to-open-up-at-high-standard-1a8MutaXcli/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service