omniture

Trina Solar terima Top Brand PV Awards oleh EUPD Research

Trina Solar Co., Ltd
2022-05-20 21:32 1307

CHANGZHOU, China, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, diiktiraf sebagai "modul Top Brand PV" oleh EUPD Research, firma penyelidikan pasaran utama di seluruh dunia untuk tahap kepuasan pelanggan Trina Solar yang luar biasa tinggi menerusi modul PVnya di Australia, Chile, Mexico dan Pakistan.


EUPD Research ialah badan pensijilan terkemuka yang terkenal di dunia dalam industri PV dengan pengalaman penyelidikan yang luas dan telah membangunkan model penilaian yang unik berasaskan kepada analisis data yang beraneka dan mendalam dengan kualiti dan objektiviti tertinggi bagi mencerminkan persepsi pemasang terhadap jenama-jenama solar.

Setiap tahun, EUPD Research menyoal selidik ribuan pemasang di 25 negara dan wilayah, meminta pandangan mereka tentang jenama-jenama PV dan prestasinya dari segi modul, penyongsang, sistem rak, borong dan penyimpanan. Tinjauan tahun ini menunjukkan bahawa Trina Solar disenaraikan antara jenama-jenama global yang terkemuka dengan tahap kepuasan pemasang dan nilai disyorkan yang luar biasa. Ini bererti Trina Solar merupakan pelaksana terbaik dalam pasaran PV global, sebuah syarikat terbaik dalam minda pemasang dan pengguna akhir dan diiktiraf untuk keandalannya yang cemerlang dan kebolehpercayaannya di mata pelanggan serta rakan niaga.

Markus A.W. Hoehner, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EUPD Research, berkata: "Modul PV Trina Solar merupakan antara produk yang paling disyorkan di Australia, Chile, Mexico dan Pakistan. Diperakui bahawa syarikat berkenaan telah memberi sumbangan luar biasa kepada pembangunan pasaran solar di negara-negara ini. Kami mengucapkan tahniah kepada Trina Solar dan mendoakan kejayaannya dalam berkhidmat sebagai model peranan standard tinggi yang diharapkan oleh rakan niaga dan pelanggannya seluruh dunia."

Trina Solar telah meraih pengiktirafan peringkat antarabangsa untuk keandalan produk dan keupayaan menjana keuntungan (bankability) jenama berkali-kali. Menjelang tahun lalu, ia dinamakan sebagai Pelaksana Terbaik, seperti yang diperakui oleh PVEL, makmal ujian PV bebas yang terkemuka, selama tujuh tahun berturut-turut. Ia juga telah mendapat skor 100% dalam Tinjauan Keupayaan Menjana Keuntungan BNEF, disenaraikan sebagai pembekal modul boleh menjana keuntungan yang utama selama enam tahun berturut-turut dan dinilai sebagai pengeluar tahap 1 bagi modul PV BNEF dalam suku keempat tahun lalu.

Sejak penubuhan Trina Solar 25 tahun yang lalu, syarikat ini kekal komited dengan teguh terhadap misinya untuk membawa manfaat kepada semua umat manusia dengan tenaga solar. Ketika ini, julat kuasa modul Vertex 210mm meliputi 410W+ hingga 690W+, yang memenuhi rangkaian luas keperluan dan pelbagai kegunaan pelanggan seperti dalam stesen janakuasa teragih dan darat. Menjelang bulan April tahun ini, Trina Solar telah menghantar lebih daripada 100GW modul berkecekapan tinggi ke seluruh dunia. Trina Solar menduduki tempat kedua untuk penghantaran modul global pada tahun 2021 dan mengekalkan kedudukan berkenaan dalam suku pertama tahun ini.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards Survey, Polls & Research