omniture

Fullerton Health Babadkan Perjalanan COVID-19 dalam E-buku

Fullerton Health
2022-05-25 11:27 385

SINGAPURA, 25 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini Fullerton Health melancarkan 'The Mighty Storm - Fullerton Health Rises to the Challenge', sebuah e-buku 68 muka surat yang membabadkan perjuangan, cabaran dan kejayaan Fullerton Health dalam menyokong perjuangan selama dua tahun negara ini dalam memerangi pandemik.

Cover Page of The Mighty Storm - Fullerton Health Group Rises to the Challenge
Cover Page of The Mighty Storm - Fullerton Health Group Rises to the Challenge

The DigiHealth Kiosk enables immediate consult with a doctor and have medications dispensed on the spot.
The DigiHealth Kiosk enables immediate consult with a doctor and have medications dispensed on the spot.

The Raffles City Vaccination Centre, operated by Fullerton Health.
The Raffles City Vaccination Centre, operated by Fullerton Health.

Fullerton Health also operated Vaccination Centres that serves children.
Fullerton Health also operated Vaccination Centres that serves children.

Tampines East CC Vaccination Centre operated by Fullerton Health.
Tampines East CC Vaccination Centre operated by Fullerton Health.

E-buku ini menceritakan kisah COVID-19 Fullerton Health dari perspektif doktor, jururawat, pekerja korporat dan kakitangan operasi Fullerton Health. Ia meninjau dan menyatakan pengalaman, pemikiran dan perasaan mereka semasa mereka mengharungi cabaran yang mereka depani disebabkan oleh pandemik. Kisah-kisah peribadi turut memberi penghormatan kepada semua pekerja barisan hadapan atas sumbangan mereka yang tidak mementingkan diri sendiri.

En. Ho Kuen Loon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Fullerton Health berkata, "Pandemik global ini merupakan cabaran terbesar kepada umat manusia pada abad yang lalu. Fullerton Health perlu beradaptasi dengan cepat untuk terus memenuhi keperluan pesakit dan pelanggan kami. Kakitangan kami telah menangani pelbagai cabaran. Di barisan hadapan yang berhadapan dengan COVID-19, kami benar-benar merasakan dan memahami bahawa rawatan kesihatan merupakan suatu kerjaya dan bukan sekadar satu pekerjaan. Buku ini merupakan cara untuk berkongsi pengalaman kami."

Kami menjemput anda untuk menghidupkan semula perjalanan tersebut bersama kami, untuk melihat e-buku sila klik di sini.

Antara cerita-cerita tersebut ialah:

  • Diuji dengan badai: Tinjauan di sebalik tabir bagaimana perjuangan COVID-19 Fullerton Health bermula.
  • Tulang belakang perjuangan memerangi COVID-19: Kisah di sebalik pencarian Fullerton Health terhadap bekalan seperti PPE, sarung tangan dan ubat-ubatan.
  • Mencipta perjalanan pelanggan yang luar biasa: Tinjauan dalaman bagaimana Fullerton Health mencipta pengalaman unik untuk kanak-kanak di pusat vaksinasi kami.
  • Pengerahan ke hadapan: doktor berani yang dikerahkan ke Bangladesh untuk memberi rawatan kepada penduduk tempatan yang mencari pekerjaan di Singapura.
  • Masa Depan, Ke Hadapan, Pantas: Inovasi Fullerton Health bagi memenuhi keperluan rawatan kesihatan masa depan.

Latar Belakang Fullerton Health 

Ditubuhkan pada tahun 2010, Fullerton Health ialah platform rawatan kesihatan bersepadu secara vertikal yang terkemuka di Asia Pasifik dengan rekod prestasi terbukti dalam menyediakan kepada pelanggan dan pesakit dengan penyelesaian rawatan kesihatan perusahaan. Kami memiliki dan mengendalikan jaringan kemudahan rawatan kesihatan yang luas dalam 9 pasaran dan bekerjasama dengan penyedia rawatan kesihatan yang mantap dan bereputasi baik di rantau ini. Kami memanfaatkan sumber ini untuk menyediakan Rawatan yang Berpatutan dan Boleh Dicapai buat Semua di Asia Pasifik.

Kunjungi https://www.fullertonhealth.com/ untuk maklumat lanjut.

 

 

Source: Fullerton Health
Keywords: Books Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail New products/services