omniture

Kempen LALEILMANINO dan JKT48 Ajak Gen-Z Menyanyi Bersama di TikTok dan Instagram Menerusi #BeraniBersuara

The Ministry of Communications and Informatics
2022-05-30 10:12 155

JAKARTA, Indonesia, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Kementerian Komunikasi dan Informatika (MCI) Indonesia melalui Gerakan Literasi Digital Nasional (GNLD) Siberkreasi telah bekerjasama dengan LALEILMANINO dan JKT48 untuk melancarkan kempen literasi digital terbaharu mereka, #BeraniBersuara. Dengan lirik lagu yang mudah didengari, kempen ini bertujuan untuk mendidik anak muda di Indonesia khususnya Generasi Z (Gen Z) agar lebih bijak menggunakan media sosial, seterusnya mewujudkan ruang kreatif digital yang positif, beretika dan selamat.

Kempen LALEILMANINO dan JKT48 Ajak Gen-Z Menyanyi Bersama di TikTok dan Instagram Menerusi #BeraniBersuara
Kempen LALEILMANINO dan JKT48 Ajak Gen-Z Menyanyi Bersama di TikTok dan Instagram Menerusi #BeraniBersuara

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, LALEILMANINO menggubah lagu yang indah berjudul "Berani Bersuara <3<3" yang akan dilancarkan pada 27 Mei dan akan dipersembahkan oleh kumpulan pujaan remaja popular, JKT48. Pelancaran lagu ini akan disusuli dengan kempen "Duet Bareng JKT48" yang mengajak Gen Z menyanyikan lagu duet bersama JKT48 dan Laleilmanino di media sosial seperti Instagram dan TikTok. Lirik lagu itu bertujuan untuk membina rasa kebersamaan dan berhubung dengan Gen Z.

"Kami percaya muzik ialah medium yang amat hebat untuk mengingatkan nilai-nilai positif yang sering kita lupakan. Dengan susunan yang agak rancak dan ceria, kami berharap pendengar memahami mesej serius yang cuba kami sampaikan, jika disampaikan dalam lirik yang menghiburkan. Tajuk dengan emotikon <3<3 ialah permainan kata hati-hati, yang boleh membawa maksud 'dua hati' atau 'berhati-hati' dalam Bahasa. Bunyinya main-main tetapi maknanya mendalam," kata Nino, ahli LALEILMANINO.

JKT48 pula melahirkan harapan mereka agar Gen Z dapat menunjukkan kewibawaan dalam alam digital. "Golongan muda dan Gen Z sedang mencari hiburan dan teladan di media sosial. Melalui gerakan muzik dan tarian, kami mahu dapat menyentuh hati orang, khususnya generasi muda di Indonesia," kata Sheni [salah seorang kakitangan JKT48 selaku jurucakap].

Pelancaran kempen ini dijalankan berdekatan dengan Hari Kebangkitan Nasional Indonesia yang jatuh pada 20 Mei, dan selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo untuk terus membangkitkan semangat kreatif Gen Z di Indonesia untuk mencipta kandungan positif dan berinovasi di platform digital.

Menjaga Gen Z Indonesia 

Statistik daripada Business of Apps pada tahun 2020 menunjukkan bahawa 98% daripada Gen Z memiliki telefon pintar dengan TikTok dan Snapchat tersedia pada mudah alih mereka. Secara purata, mereka menghabiskan kira-kira 4.1 jam sehari menggunakan aplikasi dalam talian selain masa yang dihabiskan untuk bermain permainan dalam talian.

Walaupun sangat aktif di media sosial, netizen Indonesia menduduki tempat terakhir dalam Indeks Keadaban Digital 2020 di kalangan negara lain di rantau Asia Pasifik, dengan 76 mata, menjadikan rakyat Indonesia mempunyai sikap paling buruk dalam dunia digital. Sebab yang disyaki menjadi penyebab penurunan ini ialah penyebaran cerita palsu besar-besaran, penipuan dan kebencian yang mudah didapati dan dikongsi secara digital dalam kalangan rakyat Indonesia.

"Melihatkan keadaan ini, kami berharap kempen #BeraniBersuara bukan sahaja mendidik dan memberi inspirasi kepada Gen Z Indonesia untuk mencipta kandungan menarik, malah membantu mereka memahami kepentingan bermain media sosial dengan bijak dan beretika, serta menjauhi cerita palsu, penipuan dan buli siber," kata Rizki Amelia, Penyelaras Literasi Digital di Kementerian Komunikasi dan Informatik.

Sebagai kumpulan pemuzik yang mementingkan literasi digital beretika, LALEILMANINO berkata, "Walaupun kita gembira kerana semua orang semakin berani dalam meluahkan perasaan, kita masih boleh mencari pautan atau komen yang dikemukakan secara tidak beretika. Kami berharap lagu ini dapat memberi hiburan dengan lirik yang memberi inspirasi kepada Gen Z untuk mencipta hanya komunikasi yang baik di Indonesia."

Untuk maklumat lanjut dan menyertai pergerakan "Duet dan Nyanyi Bareng" di TikTok, Instagram, dan YouTube. Untuk maklumat lanjut dan acara literasi digital lain, layari http://info.literasidigital.id.

Latar Belakang Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia 

Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia melalui Ditjen Aptika mempunyai fungsi utama menyebar dan membangunkan infrastruktur digital nasional bagi mempercepatkan transformasi digital Indonesia.

Kementerian bekerjasama dengan Gerakan Literasi Digital Kebangsaan Siberkreasi sebagai rakan kongsinya untuk menyediakan pendidikan mengenai literasi digital kepada masyarakat yang lebih luas melalui pelbagai bentuk media. Gerakan ini memberi tumpuan kepada penggunaan literasi digital untuk meningkatkan keupayaan negara dan memajukan rakyat Indonesia.

Source: The Ministry of Communications and Informatics
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Licensing/marketing agreements New products/services