omniture

Perniagaan antarabangsa SANY semakin berkembang pesat

SANY Group
2022-05-30 12:28 247

CHANGSHA, China, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- SANY, pengeluar peralatan pembinaan Cina yang berkembang pesat, tidak pernah terhalang oleh pandemik dari segi kadar pengantarabangsaannya. Sebaliknya, liputan pasarannya dan bahagian produknya di luar pasaran Cina menikmati rangsangan dengan peningkatan pelaburan oleh syarikat ini dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), penjualan, perkhidmatan serta pengambilan kakitangan.

Perniagaan antarabangsa SANY
Perniagaan antarabangsa SANY

Data menunjukkan bahawa syarikat ini berada di landasan yang betul untuk menjadi syarikat gergasi bertaraf global. Pada tahun 2021, syarikat ini mencapai hasil luar negara sebanyak $314.5 juta USD, peningkatan 54% berbanding tahun sebelumnya dan kadar pertumbuhan kompaun sebanyak 30.1% sepanjang tiga tahun yang lalu.

Lihat peralatan perlombongan dan peralatan logistik sebagai contoh.

Hasil jualan luar negara bagi peralatan perlombongan mencapai $133.6 juta USD pada tahun 2021 (peningkatan 101.1% berbanding tahun sebelumnya) manakala angka untuk peralatan logistik mencapai $180 juta USD (peningkatan 31.2% berbanding tahun sebelumnya). Eropah, Asia Tengara dan Amerika Syarikat merupakan pasaran-pasaran yang berkembang paling pantas, dengan kadar pertumbuhan masing-masing mencecah 95.7%, 48.1% dan 42.1%.

Produk

Generasi kedua kenderaan berkuasa bahan api, elektrik, badan luas 70+ t SANY dan kenderaan perlombongan roda-elektrik 100-300 t telahpun dilancarkan. Bagi peralatan logistik, spektrum produk yang lengkap diwujudkan untuk pasaran Eropah dan Amerika, menawarkan rangkaian penuh penindan capaian elektrik, penindan dan produk kren bagan kawalan jauh berskala besar.

Saluran 

Walaupun peralatan perlombongan SANY memfokuskan kepada enam wilayah utama termasuk India, Asia Tengah dan Afrika, peralatan logistik memberi tumpuan pada pasaran Eropah, Amerika dan Asia-Pasifik. Di seluruh dunia, sistem wakil penjual yang mantap ditubuhkan yang telah menjana jumlah jualan yang stabil.

Perkhidmatan 

Mengambil maklum bahawa perkhidmatan selepas-jualan penting untuk pengalaman pelanggan, SANY terus mengoptimumkan strategi perkhidmatan antarabangsanya untuk beradaptasi dengan persekitaran pasaran antarabangsa. Penyetempatan dan transformasi dalam talian untuk pengedaran alat ganti dan penyediaan perkhidmatan terus menjadi usaha yang sedang berjalan.

2022: Pencepatan hebat

Suku pertama tahun 2022 menyaksikan pertumbuhan yang jauh lebih besar iaitu 161% berbanding tahun sebelumnya, hasil yang boleh dikaitkan terutamanya kepada peningkatan syarikat yang berterusan dalam bidang pengurusan, pendigitan, pengelektrikan dan pengantarabangsaan. Hampir semua barisan produk kini berkembang pada kadar pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelum ini dari segi jualan antarabangsa dengan jentera perlombongan mencecah 255% manakala peralatan logistik mencecah 98.8%. Sektor-sektor baharu yang disertai oleh syarikat ini baru-baru ini juga kelihatan memberi harapan, dengan 105% pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya direkodkan dalam penjualan produk robotik seperti AGV logistik pintar, forklift litium bervoltan tinggi dan gudang pintar tiga dimensi antara lain.

 

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Sales reports