omniture

ONE°15 Marina dorong pemuliharaan lautan menerusi Blue Water EduFest sulung di Singapura

ONE°15
2022-05-31 11:36 127
  • Digandingkan oleh Sentosa Development Corporation dan International SeaKeepers Society Asia, acara empat hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan lautan
  • En. Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Sosial, akan menjadi Tetamu Kehormat.
  • Program akan melibatkan tiga segmen termasuk persidangan, aktiviti pengumpulan dana dan pameran mewah yang lestari 
  • Penjelajah Oseanografi Terkenal, Fabien Cousteau, merupakan penceramah dasar untuk segmen persidangan  
  • Hasil kutipan acara akan disalurkan kepada dana pemuliharaan lautan 

SINGAPURA, 31 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Para pejuang pemuliharaan marin dari seluruh wilayah ini dijangka berhimpun di Singapura sempena Blue Water EduFest sulung yang dianjurkan oleh ONE15 Events Management ("ONE°15"),  subsidiari SUTL Enterprise Limited ("SUTL"), pada November ini.

ONE°15 Marina pushes marine and ocean conservation with inaugural Blue Water EduFest in Singapore.
ONE°15 Marina pushes marine and ocean conservation with inaugural Blue Water EduFest in Singapore.

Bakal diadakan pada 3-6 November 2022 di ONE°15 Marina Sentosa Cove Singapore, acara selama empat hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan marin dan bagi mengetengahkan usaha para pejuang alam semula jadi di sekitar wilayah ini. Digandingkan oleh Sentosa Development Corporation dan International Seakeepers Society Asia, ia menyasarkan penggubal dasar dan penggiat industri yang terlibat dalam pembangunan prasarana, pemilik kapal layar, usahawan dan usahawan-sosial, personaliti alam semula jadi, pempengaruh media dan individu yang mempunyai minat yang tinggi untuk melindungi lautan kita.

Dengan peningkatan fokus untuk melindungi biodiversiti marin di Singapura, pewujudan Blue Water EduFest berperanan sebagai platform amat penting tahunan untuk semua pemegang kepentingan yang berkaitan bagi membina, menghubungkan dan bersatu sebagai satu komuniti kohesif bagi melindungi lautan kita demi generasi-generasi akan datang.

En. Arthur Tay, Ketua Pegawai Eksekutif SUTL, merupakan pencetus idea di sebalik acara tersebut. En Tay berkata: "Sebagai seorang pelayar dan penyelam, saya telah mengalami keadaan lautan kita yang menyedihkan dan ia benar-benar menyayat hari. Bagi saya, terdapat dua warna alam semula jadi penting yang mempengaruhi kehidupan dan mata pencarian; biru dan hijau. Hijau pastinya merupakan warna flora dan fauna kita manakala biru merujuk kepada lautan dan pesisir pantai kita yang semakin musnah dengan cepat ekoran kecuaian, kejahilan dan kadang kala sifat mementingkan diri sendiri.

Justeru itu, kami perlu mendapatkan sokongan padu untuk memajukan "gerakan Laut Biru" di bahagian dunia ini, dengan jalinan kerjasama yang erat bersama kerajaan dan rakan kongsi industri di wilayah ini."

Blue Water EduFest akan mempunyai tiga komponen. Komponen pertama ialah persidangan selama dua hari, Ocean Collective Summit, yang dianjurkan dengan kerjasama International Seakeepers Society Asia yang menampilkan para penceramah antarabangsa yang memfokuskan kepada pemuliharaan terumbu di bandar dan pengurangan plastik di lautan. Penceramah dasar persidangan tersebut ialah Penjelajah Oseanografi dan akuanaut, Fabien Cousteau.

En Fabien Cousteau , Akuanaut, Penjelajah Oseanografi, Penyokong Alam Sekitar, Pengasas Fabien Cousteau Ocean Learning Centre dan Proteus Ocean Group , mengulas "Lautan merupakan talian hayat untuk semua hidupan di Bumi dan mempunyai penyelesaian tanpa had kepada isu-isu yang dihadapi oleh umat manusia hari ini, terutamanya kerana ia berkaitan dengan perubahan iklim serta kelestarian. Bagi melakukan daya tarikan sebenar terhadap impak positif ke atas planet ini, kita perlu memperluas fokus kita dan merangka semula cara fikir kita tentang pemuliharaan. Saya teruja menjadi sebahagian daripada The Ocean Collective Summit dan membincangkan tentang cabaran dan penyelesaian berpotensi ini bersama mereka yang memimpin perubahan."

Komponen kedua termasuk acara pengumpulan dana setiap malam dengan dua sorotan utama; "Blue Water Heroes Awards", yang akan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu serta organisasi yang telah menyumbang kepada pemuliharaan lautan di Asia Tenggara. Sorotan acara kedua ialah lelongan amal setiap malam yang memaparkan senarai barangan yang disusun atur dengan ciri-ciri atau nilai lestari dengan hasil kutipan akan disalurkan kepada benefisiari: WWF-Singapore dan International SeaKeepers Society Asia.

Komponen ketiga ialah Pameran Mewah Mini Lestari (Mini Sustainable Luxury Showcase) oleh kenderaan elektrik, jam tangan, kapal layar serta barang kemas, dengan inisiatif atau nilai lestari.

Acara berkenaan dibuka kepada orang ramai. Jualan tiket kini tersedia.

 

Source: ONE°15
Keywords: Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Future Events