omniture

Cambrex Mengambil Alih Syarikat Penyimpanan Kestabilan Kesatuan Eropah yang Terkemuka Q1 Scientific

Cambrex
2022-06-02 13:10 65

EAST RUTHERFORD, New Jersey, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Cambrex, sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak global (CDMO) terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analitik di seluruh kitaran hayat ubat-ubatan, hari ini mengumumkan pengambilalihan Q1 Scientific – penyedia terkemuka bagi perkhidmatan penyimpanan kestabilan cGMP yang terkawal persekitaran untuk industri farmaseutikal, peranti perubatan dan sains hayat yang terletak secara strategik di Waterford, Ireland.

Cambrex Acquires Leading EU Stability Storage Company Q1 Scientific
Cambrex Acquires Leading EU Stability Storage Company Q1 Scientific

"Kestabilan penyimpanan dan ujian merupakan komponen penting untuk pembangunan dan pengkomersialan ubat-ubatan bagi terapi baharu. Q1 Scientific membawa keupayaan bertaraf dunia kepada portfolio perkhidmatan farmaseutikal penyumberan luar kami yang sentiasa berkembang." kata Tom Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex. "Pengambilalihan ini merupakan satu lanjutan semula jadi daripada tawaran semasa kami yang akan memperluas dan meningkatkan kepakaran kami dalam bidang yang kritikal ini serta jejak kami di pasaran Eropah."

Kemudahan cGMP Q1 Scientific yang canggih telah mendapat pengesahan ICH untuk memenuhi keperluan penyimpanan khusus bagi mana-mana projek farmaseutikal, dilengkapi pilihan storan daripada suhu -80 C hingga +50 C, dengan julat penuh kawalan kelembapan. Dengan keluasan 20,000 kaki persegi, kemudahan Waterford mempunyai hampir 40 buah ruangan penyimpanan kestabilan mudah alih, unit penyejuk beku dan kestabilan capai terus serta penyejuk beku suhu ultra rendah untuk terapi biologi. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan pengurusan sampel dan pengangkutan.

"Kami gembira dapat menyertai Cambrex ketika kami terus menyediakan perkhidmatan penyimpanan kestabilan yang terkemuka kepada para pelanggan semasa kami," kata Stephen Delaney, Ketua Pegawai Eksekutif Q1 Scientific. "Dengan kepakaran dan skala saintifik Cambrex, kami akan dapat mempercepat pertumbuhan kami dan menawarkan rangkaian perkhidmatan analisis bersepadu yang menyediakan penyelesaian penuh yang terkemuka di pasaran kepada para pelanggan kami."

Cambrex menawarkan pelbagai keupayaan penyimpanan dan ujian dengan bilik mudah alih dan boleh dicapai terus yang memenuhi keperluan ICH Q1A. Pengambilalihan ini akan memperluas keupayaan Cambrex ke dalam pasaran Eropah.

Memandangkan syarikat farmaseutikal dan biofarmaseutikal berterusan mencari pilihan penyumberan luar bagi keupayaan bukan teras untuk mengurangkan jejak mereka, perkhidmatan penyimpanan kestabilan Q1 Scientific yang digabungkan dengan portfolio perkhidmatan analisis Cambrex yang terkemuka dalam industri, menyediakan keupayaan khusus yang bernilai tinggi kepada industri.

Tentang Cambrex
Cambrex ialah sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan. Dengan lebih 40 tahun pengalaman dan pasukan yang terdiri daripada lebih 2,200 orang pakar yang semakin berkembang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari Amerika Utara dan Eropah, Cambrex merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk pembangunan dan pembuatan berbentuk dos yang telah siap dan API.

Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat-ubatan yang khusus termasuk biokatalisis, aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan dan API yang sangat kuat. Selain itu, Cambrex boleh menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal, separa pepejal dan cecair oral serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus seperti pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.

Tentang Q1 Scientific
Q1Scientific telah ditubuhkan di Waterford, Ireland pada tahun 2013 oleh Louise Grubb dan menawarkan perkhidmatan penyimpanan kestabilan yang terkawal persekitaran kepada industri farmaseutikal, peranti perubatan dan sains hayat di kemudahan cGMP miliknya seluas 20,000 kaki persegi. Sebagai syarikat pertama dalam sektor ini yang ditubuhkan di Ireland, Q1 Scientific sedang merevolusikan cara syarikat farmaseutikal menyimpan produk mereka, membantu meningkatkan kepantasan masa yang diambil oleh ubat-ubatan baharu untuk memasuki pasaran serta menjimatkan perbelanjaan syarikat bagi membina dan memantau ruang penyimpanan mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cambrex.com atau www.q1scientific.com

Hubungan: 
Jennifer Therrien
Jennifer.therrien@cambrex.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1830432/Cambrex_Q1_Scientific.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1723116/Cambrex_40_Years_Logo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1830431/Q1_Scientific_Cambrex_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Cambrex
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers