omniture

Gotion High-Tech Lancar Bateri Keadaan-Separa-Pepejal & Stesen Pengecasan Mudah Alih di Persidangan Teknologi ke-11

Gotion High-tech
2022-06-02 19:00 199

HEFEI, China, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Mulai 27 hingga 28 Mei, Gotion High-Tech, pengeluar bateri kuasa yang terkenal di China, mengadakan Persidangan Teknologinya yang ke-11. Syarikat ini melancarkan beberapa produk baharu di Persidangan tersebut, termasuk bateri aliran separa-pepejal dengan ketumpatan kapasiti 360Wj/kg, teknologi pertukaran kuasa JTM+ Gotion yang dinamakan Leishi dan stesen pengecasan storan tenaga mudah alih pintar EPLUS. 

Bateri keadaan-separa-pepejal akan dimuatkan pada tahun ini. Bagi model-model yang dilengkapi dengan bateri keadaan-separa-pepejal, pek bateri tersebut akan mencapai 160 kWj, dengan perbatuan pemanduan mencecah 1,000 km dan masa pecutan hanya 3.9s setiap 100 km. Syarikat ini telah membangunkan sampel prototaip bagi bateri keadaan-separa-pepejal NCM dengan ketumpatan kapasiti 400Wj/Kg di dalam makmalnya. Ia akan mempercepatkan peralihan daripada bateri cecair kepada bateri aliran separa-pepejal dan akhirnya melengkapkan bateri keadaan-pepejal-sepenuhnya melalui inovasi teknologi lelaran anod berasaskan silikon, anod logam litium dan teknologi pra-litium.

Dengan membawa sel LFP dengan ketumpatan kapasiti 210Wj/kg pada sistem JTMnya yang dibangunkan sendiri dan menyepadukannya dengan teknologi pertukaran kuasa Gotion yang dinamakan Leishi, Syarikat ini telah memasuki bidang pertukaran kuasa untuk merealisasikan penyepaduan antara pengecasan, pertukaran dan storan bateri. Produk-produk yang membawa teknologi ini telah menerima tempahan pukal dan tidak lama lagi akan disenaraikan dalam Pengumuman Katalog Kenderaan Baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China.

Stesen pengecasan storan tenaga mudah alih pintar EPLUS merupakan produk pertama yang dibangunkan sendiri oleh Gotion High-Tech dalam bidang storan dan pengecasan tenaga mudah alih untuk pengguna biasa. Ia membawakan susun atur yang mudah, pelbagai senario, kapasiti yang besar dan kuasa tinggi serta merupakan penyelesaian terbaik untuk penyepaduan storan teragih dan pengecasan di bandar-bandar.

Gotion akan terus memperkukuh kerjasamanya bersama Volkswagen. Terdapat lebih daripada 100 ahli dalam pasukan projek bersama antara Volkswagen dan Gotion, meliputi semua aspek fungsian seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sel, proses pembuatan, pengurusan projek, kawalan kualiti dan ujian prestasi. Volkswagen telahpun menandatangani perjanjian belian dengan Gotion High-Tech untuk bateri NCM yang dibangunkan sendiri dan juga Sel Paduan LFP.

Menerusi tema "Mendukung Inovasi dan Menuju Global" ("Upholding Innovation and Going Global"), Persidangan Teknologi Gotion 2022 telah menarik minat ramai pakar dan ilmuwan daripada akademi penyelidikan terkemuka, institusi penyelidikan serta kolej dan universiti dari seluruh dunia termasuk 15 ahli akademik untuk menyampaikan ucapan.

Source: Gotion High-tech
Keywords: Auto Chemical Oil/Energy Transportation Utilities Contracts New products/services