omniture

Pelancaran Global V8 Midea di Dubai, Terajui Revolusi VRF melalui Teknologi

Midea Group
2022-06-06 10:35 193

DUBAI, UAE, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Midea Building Technologies melancarkan VRF Siri V8 di Dubai. Produk menonjol ini berupaya untuk menangani banyak masalah utama dalam industri ini melalui teknologi ShieldBox, SuperSense dan HyperLink.


Trend penyelesaian pintar karbon-rendah dan belenggu masalah utama dalam industri VRF tradisional memaksa perubahan dilakukan dalam industri ini. Gene Sun, Pengurus Besar Midea KONG Intelligent Building Ltd, memperkenalkan konsep penyelesaian iBuilding. Melalui data raya, IoT, 5G dan teknologi lain, penyelesaian iBuilding dapat merealisasikan fungsi saling kendali antara manusia, peralatan dan ruang sepanjang kitaran hayatnya.


Perunding industri menyatakan secara terperinci masalah utama bangunan dan industri VRF. Lubang pengudaraan dalam kotak kawalan elektrik VRF tradisional membawa kepada kerosakan peranti dalaman ekoran pasir, habuk, salji dan serangga yang merupakan isu yang penting dalam pelbagai persekitaran seperti Timur Tengah dan Afrika. Pemasangan VRF tradisional juga meningkatkan kesukaran pembinaan sementara proses pembaikan pula memakan masa dan mahal.

Peter Wu, Ketua Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Midea DX Product Company, memperincikan penerokaan perintis bagi VRF Siri V8 Midea dari sudut kualiti, reka bentuk dan karbon-rendah. Midea melancarkan kotak kawalan elektrik tertutup sepenuhnya yang pertama dalam industri ini (ShieldBox) bagi mengelakkan kerosakan kepada komponen dalaman yang disebabkan oleh persekitaran yang mencabar. Dari sudut pemasangan pula, cip komunikasi direka bentuk sendiri oleh Midea (HyperLink) merealisasikan topologi arbitrari selain daripada kaedah tradisional, mengurangkan kos pemasangan dan meningkatkan kecekapan pemasangan. Bagi operasi pula, VRF Siri V8 dilengkapi dengan 19 sensor (SuperSense), rangkaian yang paling lengkap dalam industri ini, bagi membolehkan diagnosis segera dibuat terhadap isipadu bahan penyejuk semasa dalam sistem.

Dari segi reka bentuk, VRF Siri V8 Midea memperkenalkan siri nyahcas sisi dalam unit luarnya yang dapat mengurangkan ruang yang terisi dan menjadikannya lebih mudah untuk diangkut. Rangkaian unit dalaman yang pelbagai tersedia bagi memenuhi permintaan ruang dalaman yang semakin rumit, membebaskan produk daripada kekangan ketinggian. Dari segi penjimatan tenaga pula, VRF Siri V8 Midea turut menjadi peneraju bagi merealisasikan arus terus dalam semua unit dalaman dan luaran serta telah memasuki pembahagian tenaga untuk pengurusan tenaga berzon.

VRF Siri V8 Midea memperoleh beberapa pensijilan daripada Intertek dan V8 turut menerima hadiah emas untuk penyelesaian tenaganya di Inventions Geneva 2022. Membangunkan standard global untuk VRF dalam bangunan emisi-sifar, Midea menyasarkan masa depan yang lestari.

Source: Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities Awards New products/services Trade show news