omniture

NEWONE S&T Peroleh Pensijilan Prestasi untuk Peralatan Keselamatan Penerbangan buat kali pertama di Korea

NEWONE S&T
2022-06-07 15:52 153

 - Memperoleh pensijilan prestasi dengan jayanya bagi Pengesan Kesan Letupan dan Narkotik buat kali pertama di Korea

- Dijangka menggalakkan pengembangan eksport dari Asia ke AS dan Eropah

SEOUL, Korea Selatan, 7 Jun 2022 /PRNewswire/ -- NEWONE S&T Co., Ltd., sebuah syarikat usaha niaga teknologi, mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Pensijilan Prestasi Peralatan Keselamatan Penerbangan daripada Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan buat julung kalinya di Korea.

IONAB, Korea's first Explosive and Narcotics Traces Detector, was granted Certification of Aviation Security Equipment Performance by the Ministry of Land, Infrastructure and Transport of Korea.
IONAB, Korea's first Explosive and Narcotics Traces Detector, was granted Certification of Aviation Security Equipment Performance by the Ministry of Land, Infrastructure and Transport of Korea.

Produk pertama di Korea yang memperoleh Pensijilan Prestasi Peralatan Keselamatan Penerbangan ialah satu unit peralatan pengesanan kesan letupan dan dadah (nama model: IONAB). IONAB dibangunkan 100% menggunakan teknologi proprietari berdasarkan kepada IMS (Spektrometri Mobiliti Ion).

Hanya kira-kira lima buah negara, termasuk AS dan UK berjaya menghasilkan dan memperakui peralatan pengesanan kesan letupan dan dadah mendahului Korea. Hal ini lebih mengagumkan apabila mengambil kira keadaan semasa. Kerajaan Korea sedang menggalakkan daya saing bagi peralatan domestik dan mengembangkan pasaran luar negara di peringkat seluruh kerajaan untuk menguasai pasaran keselamatan penerbangan yang menunjukkan trend pertumbuhan yang hebat, namun mempunyai halangan kemasukan yang tinggi. IONAB daripada NEWONE S&T Co., Ltd. merupakan satu contoh kes.

IONAB telah dibekalkan ke negara-negara dan agensi-agensi di seluruh dunia sejak 5 tahun yang lalu termasuk Jabatan Kawalan Narkotik di Bangladesh, Kementerian Keselamatan Awam untuk Wilayah Yunnan di China dan Kerajaan Wilayah Warak di Malaysia. IONAB telah digunakan di ruang berisiko tinggi dan sejumlah besar acara antarabangsa yang mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk mengesan bahan berbahaya dengan lebih tepat seperti Sukan Olimpik Pyeongchang. Kejohanan Renang Dunia Gwangju dan Ultra Korea 2019. 

IONAB hanya memerlukan masa 5 saat untuk mengesan bahan berbahaya dan memaksimumkan kemudahan pengguna dengan saiz mudah alihnya iaitu hanya seberat 3.8kg (tidak termasuk bateri luar) dan 40cm panjang. Ia juga termasuk fungsi condong LCD. Baterinya yang mantap juga dapat bertahan hingga 6 jam lamanya.

Menurut NEWONE S&T, hasil daripada penggunaan sumber bukan radioaktif, IONAB dapat membantu mengurangkan risiko isotop radioaktif, bebanan menggaji pengurus keselamatan radiasi dan kos pelupusan peralatan radioaktif yang melampau.

"Menerusi pemerolehan pensijilan ini, ia dijangka memperoleh momentum bukan sahaja di Korea tetapi juga dari segi pengembangan saluran eksport di serata dunia," kata Park Jin-young, Ketua Pegawai Eksekutif NEWONE S&T Co., Ltd.

Source: NEWONE S&T
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics High Tech Security Travel