omniture

Inovasi Perniagaan melalui Pendigitalan: Strategi digital Midea 2025 sasarkan 100% pendigitalan perniagaan

Midea Group
2022-06-13 10:15 454

GUANGZHOU, China, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Persidangan Midea Digital Midea 2025 menunjukkan bahawa Midea membina sebuah kumpulan teknologi yang menyediakan penyelesaian digital yang menggabungkan antara perisian serta perkakasan untuk kedua-dua pengguna akhir-B dan akhir-C dengan aktif.


Midea telah menetapkan matlamat untuk strategi digital 2025nya: 100% pendigitalan bagi seluruh operasi merentas seluruh rantai nilai, memacu perniagaan melalui perspektif pengguna dan mencapai standard industri berteknologi tinggi, mengekalkan kepimpinan industri dengan membina halangan teknologi teras, menjadi pilihan pertama dalam industri kediaman pintar global dan mengintegrasikan teknologi digital ke dalam pembangunan perniagaan untuk menginovasi model perniagaan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Midea menubuhkan secara berturut-turut Pusat Inovasi AI, Institut Kejuruteraan Perisian Midea, Pusat Data Awan Midea dan Makmal Bersama Pengkomputeran Privasi. Semua ini menunjukkan kesungguhan Midea bagi melaksanakan strategi digital dan cita-citanya dalam transformasi teknologi.

Zhang Xiaoyi, naib presiden dan Ketua Pegawai Maklumat Midea Group menjelaskan: "Digital Midea 2025 mencerminkan proses Midea mendekati pengguna kami secara berperingkat-peringkat." Dalam bidang Kediaman Pintar, Bangunan Pintar, Perjalanan Pintar, Tenaga Pintar, Penjagaan Kesihatan Pintar, Logistik Pintar dan Pembuatan Pintar, Midea mempunyai pangkalan digital yang seragam, menyediakan kokpit data yang eksklusif serta pembantu membuat keputusan pintar yang eksklusif untuk semua.

Di sidang media, Midea melancarkan secara rasmi robot khidmat rumah XIAOWEI, iaitu robot dengan teknologi pintar yang merupakan pelayan AI, pembantu keluarga, pengawal keselamatan dan rakan sepermainan semua dalam satu. Dari segi pendigitalan perindustrian, Midea berkembang selanjutnya daripada kediaman pintar kepada teknologi perindustrian, teknologi bangunan dan dalam bidang-bidang lain, bagi memperkasa pelanggan korporat dan membina ekosistem digital yang baharu.

Midea Industrial Technology komited untuk menyokong pembangunan industri melalui kuasa inovasi teknologi, terutamanya dalam pengangkutan pintar, automasi perindustrian, penyelesaian tenaga dan perkakas pengguna. Midea Building Technologies menyediakan penyelesaian sehenti untuk produk udara, air dan lif di seluruh dunia. Midea Cloud memfokuskan kepada pembuatan pintar dan perisian perindustrian. Menjelang tahun 2025, ia akan meliputi 2,000 pelanggan yang utama dalam industri dan memperkenalkan 1,000 rakan kongsi ekologi. Melalui pengumpulan data yang boleh dilihat hinggalah proses perniagaan yang boleh dilaksanakan, Midea Annto Logistics merealisasikan asas membuat keputusan yang andal

Bagi Midea, apabila semua perkakasan disokong oleh teknologi digital, akan wujudnya ekosistem terbuka organik, daripada setiap metadata kepada platform, sistem, perkakas rumah, malah bangunan dan bandar, kesemuanya dihubungkan dengan cara digital yang pintar bagi menyediakan dunia digital yang lebih baik. Dengan Midea, dunia digital berada di hujung jari.

 

Source: Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail New products/services